Disclaimer

MatriXwoo2 does not give any warranty on accuracy, completeness, functionality, usefulness or other assurances as to the content appearing in this blog. MatriXwoo2 disclaims all responsibility for any losses, damage to property or personal injury suffered directly or indirectly from reliance on such information.
Memaparkan catatan dengan label Kajian Tindakan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kajian Tindakan. Papar semua catatan

Isnin, 26 Februari 2018

Instrumen Ujian Kecergasan Fizikal : Ujian lompat kuadran (Johnson & Nelson, 1986)

Perakaunan Sem.1 Sesi 2017/2018
TUJUAN:
Mengukur prestasi ketangkasan menukar posisi badan dengan cepat berdasarkan arahan lompatan.

PERINGKAT UMUR:       
Pelajar lelaki dan perempuan Kolej Matrikulasi Malaysia.
KESAHAN:                          
Kesahan logikal diterima (Johnson & Nelson, 1986)

KEBOLEHPERCAYAAN:  
0.89 (Johnson & Nelson, 1986)

OBJEKTIVITI:                     
0.96 (Larry Malone 1969 dalam Johnson & Nelson, 1986)
                                               
KAWASAN UJIAN:          
Gelanggang bersimen yang mempunyai keluasan yang mencukupi (sekurang-kurangnya 20 kaki panjang dan 20 kaki lebar).

ALATAN:             
Jam randek, dan Pita Penanda.

PROSEDUR:       
  1. Subjek berdiri di belakang garisan kecil permulaan yang disediakan.
  2. Petak kuadran ditandakan dengan nombor 1, 2, 3, dan 4
  3. Subjek dikehendaki melompat kedua belah kaki ke dalam petak mengikut urutan nombor 1, 2, 3, dan 4 dalam masa 10 saat.
  4. Arahan `sedia’ dan `mula’ diberikan kepada subjek untuk melompat dengan kedua-dua belah kaki dalam petak kuadran 1, kemudian kedua, ketiga, keempat dan balik semula ke petak pertama.
  5. Kekalkan corak lompatan begini sehingga arahan `berhenti’ diberikan.
  6. DUA percubaan diberikan dengan rehat antara percubaan.
KIRAAN SKOR:
  1. Skor dikira berdasarkan jumlah bilangan mendarat dengan kedua-dua belah kaki dalam petak yang betul dalam masa 10 saat.
  2. Percubaan yang terbaik daripada dua percubaan diambil kira sebagai skor ujian setelah ditolak skor bagi setiap kesalahan.
KESALAHAN: 

Setengah mata (1/2) ditolak setiap kali pelaku melakukan kesalahan iaitu mendarat dengan kaki menyentuh garisan atau mendarat dalam petak yang tidak mengikut urutan sepatutnya.

TAMBAHAN:

Dua orang penguji diperlukan; seorang pembantu mengira skor dan seorang lagi mengira bilangan kesalahan subjek.

 









Selasa, 13 Februari 2018

Instrumen Ujian Kecergasan Fizikal : Ujian kayu bass menegak (Johnson & Nelson 1986)



Kelas Tenis Sem.2 Sesi 2016/2017

TUJUAN:                       

Mengukur keupayaan imbangan badan dalam keadaan statik dengan sokongan bebola kaki di atas permukaan sempit.

                     

PERINGKAT UMUR:         

Pelajar lelaki dan perempuan Kolej Matrikulasi Malaysia.



KESAHAN:                    

Kesahan logikal diterima (Johnson & Nelson, 1986)



KEBOLEHPERCAYAAN:     

0.90 (Johnson & Nelson, 1986)



OBJEKTIVITI:                 

Tidak dilaporkan



KAWASAN UJIAN:          

Gelanggang konkrit yang mempunyai keluasan yang mencukupi (sekurang-kurangnya 20 kaki panjang dan 20 kaki lebar).



ALATAN:                       

Jam randek, beberapa batang kayu berukuran 1 inci (lebar), 1 inci (tinggi) dan 12 inci (panjang) serta pita penanda.



PROSEDUR:

  1. Batang kayu ujian berukuran 1 inci x 1 inci x 12 inci di letakkan di atas permukaan simen secara memanjang dan di lekatkan dengan pita supaya tidak mudah bergerak 
  2. Subjek berdiri dalam satu garisan; pembantu penguji berdiri di garisan yang bertentangan dengan subjek. 
  3. Subjek meletakkan bebola kaki yang dominan di atas permukaan kayu tersebut secara memanjang. 
  4. Arahan `sedia’ dan `mula’ diberikan untuk subjek memulakan ujian dengan mengangkat sebelah lagi kaki supaya tidak menyentuh permukaan lantai simen. 
  5. Subjek dikehendaki mengekalkan keadaan keseimbangan tersebut selama yang mungkin sehingga tempoh maksimum 60 saat. Dikira gagal setelah mana-mana bahagian kaki menyentuh lantai. 
  6. Subjek diberi sebanyak EMPAT kali percubaan; DUA dengan kaki kanan dan DUA dengan kaki kiri.

KIRAAN SKOR:
  1. Jumlah masa dalam saat diambil untuk keempat-empat percubaan. 
  2. Skor ujian dikira berdasarkan hasil jumlah masa dalam saat untuk keempat-empat percubaan.



Instrumen Ujian Kecergasan Fizikal : Mengelecek Bola Keranjang (Johnson, 1996)



Team Remaja Labuan 2017

TUJUAN:                       
Mengukur prestasi koordinasi mata dan tangan dalam lakuan motor.

PERINGKAT UMUR:         
Pelajar lelaki dan perempuan Kolej Matrikulasi Malaysia.

KESAHAN:                    
0.82 (Verducci, 1980)

KEBOLEHPERCAYAAN:     
0.95 (Hastad & Lacy, 1998)

OBJEKTIVITI:                 
Tidak dilaporkan

KAWASAN UJIAN:          
Gelanggang konkrit mempunyai keluasan yang mencukupi (sekurang-kurangnya 60 kaki panjang dan 20 kaki lebar).

ALATAN:                       
Jam randek, bola keranjang, enam buah kun, pita pengukur dan pita penanda.

PROSEDUR:

  1. Keenam-enam kun di letakkan dalam satu garisan lurus 45 kaki; Kun yang pertama di letakkan se jarak 5 kaki dari garisan permulaan dan selebihnya di letakkan se jarak 8 kaki setiap satu (Lihat Gambar rajah di bawah) 
  2. Subjek akan mengelecek bola keranjang mengelilingi setiap kun dan berpatah balik dengan cara yang sama sehingga ke garisan permulaan. 
  3. Subjek dikehendaki mula mengelecek dari sebelah kanan kun yang pertama kemudian sebelah kiri kun yang kedua dan seterusnya. 
  4. Arahan `sedia’ dan `mula’ diberikan kepada subjek untuk melakukan ujian. 
  5. DUA percubaan diberikan kepada subjek.
KIRAAN SKOR:

  1. Skor dikira paling hampir kepada 0.1 saat; hanya satu percubaan dengan masa yang terpantas dipilih sebagai skor ujian.


Gambarajah

Featured post

Metos Makan Waktu Malam

  Makan malam buat anda gemuk? Tiada bukti secara saintifik  membuktikan kerap makan di waktu malam akan mengakibatkan seseorang itu mengala...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...