Disclaimer

SainsdanSukan does not give any warranty on accuracy, completeness, functionality, usefulness or other assurances as to the content appearing in this blog. MatriXwoo2 disclaims all responsibility for any losses, damage to property or personal injury suffered directly or indirectly from reliance on such information.

Isnin, 5 Jun 2023

Penilaian Berterusan - PB



PROJEK AKHIR (100%)

  • Penilaian ke atas pelajar bagi subjek WK 002 adalah melalui pelaksanaan Projek Akhir yang membawa pemberatan markah 100%. 
  • Projek Akhir ini perlu dilaksanakan/dianjurkan/diaorganisasi oleh pelajar yang mengambil subjek WK 002 mengikut semester semasa mereka mendaftar WK 002.
  • Projek Akhir ini perlu dilaksanakan dalam bentuk kumpulan dan perlu dianjurkan pada Minggu ke12 hingga minggu 15 pembelajaran

 TUGASAN PROJEK AKHIR (100%)

  • Projek Akhir merupakan Tugasan Berkumpulan mengikut kelas kokurikulum.
  • Perbincangan dalam kalangan ahli jawatankuasa/kelas bagi penetapan tajuk/cadangan program/projek bagi Projek Akhir
  • Penyediaan kertas cadangan bagi Projek Akhir
  • Semakan dan perbincangan bersama pensyarah kokurikulum.
  • Penghantaran kertas cadangan kepada pensyarah kokurikulum
  • Pelaksanaan penganjuran Projek Akhir
  • Penyediaan Laporan Maklum Balas Pelaksanaan Projek Akhir

Silibus Kokurikulum WK002




SINOPSIS 

Kursus Kokurikulum merangkumi tiga (3) komponen iaitu Sukan dan Permainan, Kelab dan Persatuan, dan Unit Beruniform.

Kursus ini merangkumi topik Pengenalan, Kecergasan, Pengurusan Organisasi, Pengurusan Risiko dan Keselamatan, Pengurusan Pertandingan, Pengukuhan Kemahiran, Penganjuran Aktiviti dan Kepimpinan Aktiviti.

Kursus Kokurikulum dalam Program Matrikulasi adalah kursus wajib dan menerapkan elemen kemahiran insaniah dengan penekanan kepada Kemahiran Kerja Berpasukan dan Pembelajaran Sepanjang Hayat.


HASIL PEMBELAJARAN KURSUS (CLO)

Pada akhir kursus ini pelajar dapat :

1. CLO 1: Mengorganisasi aktiviti berdasarkan kemahiran berpasukan yang dipraktikkan melalui Kerja Kumpulan yang diadakan pada akhir semester. (A4, TS 3, PLO 3, MQF LOD 5)

2. CLO 2: Menjelaskan idea dan maklumat berdasarkan kemahiran pembelajaran sepanjang hayat melalui laporan berkaitan projek berkumpulan yang dijalankan pada akhir semester. (A3, LL 1, PLO 5, MQF LOD 7

 

Featured post

Metos Makan Waktu Malam

  Makan malam buat anda gemuk? Tiada bukti secara saintifik  membuktikan kerap makan di waktu malam akan mengakibatkan seseorang itu mengala...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...