Disclaimer

SainsdanSukan does not give any warranty on accuracy, completeness, functionality, usefulness or other assurances as to the content appearing in this blog. MatriXwoo2 disclaims all responsibility for any losses, damage to property or personal injury suffered directly or indirectly from reliance on such information.

Rabu, 22 Jun 2022

Proses Sosialisasi




Proses sosialisasi adalah ruang untuk individu bersosial dan saling berinteraksi dengan orang lain. Melalui proses ini, kita saling mengenali, mempelajari budaya dan menyesuaikan diri menjadi ahli dalam sesebuah masyarakat tersebut.                  

Proses sosialisasi ini berlaku dengan dua cara iaitu proses sosialisasi ke dalam sukan dan proses sosialisasi melalui sukan. Sosialisasi ke dalam sukan ialah individu memilih untuk melibatkan diri ke dalam sukan kesan dari pengaruh, dorongan serta impak agen-agen sosialisasi sukan. Pengaruh agen-agen sosialisasi ini membantu membentuk sikap, nilai dan perlakuan yang diperlukan dalam sukan yang diceburi. Sosialisasi melalui sukan ialah

sukan menjadi alat kepada proses sosialisasi. Elemen-elemen dalam sukan seperti sikap bekerjasama, toleransi, berdisiplin serta menghormati individu lain dan peraturan membantu dalam proses pembentukan sikap, nilai dan perlakuan individu tersebut. 

Proses sosialisasi ke dalam sukan banyak memberi faedah dan keuntungan kepada atlet kerana sukan dapat mempengaruhi pemindahan budaya sukan kepada seseorang individu. Misalnya dalam berpakaian. Sukan badminton adalah contoh yang jelas proses sosialisasi ke dalam sukan berlaku iaitu melalui pakaian pemain yang ditaja oleh Yonex. Maka dengan role model seperti Lee Chong Wei yang memakai pakaian tersebut, orang ramai yang meminatinya dan meminati sukan ini akan menggunakan jenama Yonex sebagai lambang semangat kesukanan di dalam diri individu terbabit.

 Di samping itu, ia dapat mendisiplinkan seseorang. Di mana setiap sukan yang wujud mempunyai peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi semasa sukan tersebut dimainkan. Dengan wujudnya peraturan sebegini maka individu yang terlibat secara langsung ke dalam sukan ini akan mempraktikkan sikap berdisiplin ini ke dalam diri mereka semasa bersukan. Maka, penerapan disiplin sebegini mempengaruhi sikap individu terbabit. 

Selain itu, ia berlaku apabila kita menerima norma-norma dalam institusi sukan tersebut. Biasanya semasa bersukan kita akan lebih menghormati ketua pasukan. Rasa hormat yang wujud dalam diri individu kepada ketua pasukan menyebabkan kita terikut-ikut nilai yang ada pada dirinya. Misalnya, jika ketua pasukan kita menegah untuk tidak merokok maka sikap merokok di depan ketua tidak akan diamalkan. 

Seterusnya, proses sosialisasi ke dalam sukan berlaku hasil daripada interaksi antara ahli pasukan dalam institusi sukan tersebut. Penglibatan dalam sukan membolehkan individu tersebut saling berinteraksi dengan ahli pasukan yang lain. Hal ini dapat ditunjukkan melalui kebebasan bersuara di kalangan ahli persatuan. Misalnya, jika kita tidak berpuas hati terhadap sesuatu pentadbiran persatuan kita boleh mengemukakan idea tanpa rasa bersalah. 

Ia juga berlaku berdasarkan pembentukan atlet dalam acara yang dipertandingkan. Atlet yang dipilih untuk bertanding dalam sesuatu acara akan dipilih berdasarkan kemahiran dan sifat fizikal yang dimiliki. Misalnya, orang yang tinggi dan kurus cenderung terlibat dengan lompat jauh, bola tampar manakala bagi orang gemuk pula cenderung kepada acara sukan seperti lontar peluru dan bagi orang yang berotot cenderung kepada bole sepak, lari pecut. 

Kesimpulannya, proses sosialisasi ke dalam sukan banyak memberi faedah dan keuntungan kepada atlet dan pasukan supaya lebih berdisiplin serta bekerjasama. Individu-individu lain yang menjadikan atlet sebagai role model dengan mempraktikkan nilai-nilai dan norma-norma yang baik. 

Ahad, 19 Jun 2022

"Kurus Tidak Bermakna Secara Automatik Anda Tidak Gemuk,"



Jumlah lemak yang mengelilingi organ penting seperti jantung, hati dan pankreas yang tidak terlihat secara zahiurnya adalah sama bahayanya dengan lemak yang menjadi sebahagian daripada orang yang mengalami obesiti. Oleh yang demikian, tidak semestinya sesorang yang berbadan kurus itu adalah dikatigorikan sebagai sihat. 

Menurut kajian dari ari Profesor Dr. Jimmy Bell, dari Kolej Imperial, London, telah mengimbas lebih 800 orang bagi menghasilkan 'peta gemuk' bagi mencari dan mengesan di mana lemak tersimpan. Data yang diperolehi beliau, daripada 800 responden, 45 % yang memiliki BMI antara 20 hingga 25 orang memiliki lebih banyak lemak tersimpan. Daripada jumlah itu 60 % adalah lelaki. Senario itu yang dinamakan sebagai TOFIs — 'thin outside, fat inside'. "Lebih kurus seseorang itu, lebih besar kejutannya," 

Dari hasil kajian, beliau telah membuat kesimpulan, "Jika mahu kelihatan kurus, diet memang sudah mencukupi, tetapi untuk menjadi kurus dan sihat, senaman adalah komponen gaya hidup terpenting,"

Mereka yang mengekalkan berat badan melalui diet, memiliki lebih banyak lemak walaupun pada mata kasar mereka kelihatan kurus. Senario ini lebih bahaya kerana orang kurus selalu berasa mereka sihat kerana tidak gemuk. 

Mereka yang kurus selalunya lebih banyak makan makanan berlemak, makanan bergula dan tidak bersenam, tetapi jumlah pemakanan itu tidak cukup banyak untuk membuatkan mereka gemuk dari segi penampilan.

Saintis percaya tubuh menyembunyikan lemak pada bahagian dalam dahulu sebelum lemak 'muncul' pada bahagian lain seperti perut. Begitupun, masih ramai pakar percaya BMI adalah ukuran tepat untuk kesihatan yang baik.

Pakar pemakanan dari Majlis Penyelidikan Perubatan BrItain (MPPB), Dr Toni Steer, berkata pakar perubatan tidak pasti mengenai bahaya lemak pada bahagian dalam tetapi sesetengah pakar meramalkan ia boleh menyumbang kepada risiko serangan jantung dan diabetes, ini berdasarkan teori lemak pada bahagian dalam mengganggu sistem komunikasi. 

Lemak yang menyelaputi organ dalaman mungkin menghantar isyarat kimia badan yang salah untuk menyimpan lemak di dalam organ seperti hati dan pankreas. Ia boleh membawa kepada masalah penolakan insulin (diabetes jenis 2) atau serangan jantung.

 "Menjadi seorang yang kurus tidak bermakna dia kebal pada serangan diabetes atau tidak berisiko pada serangan jantung," kata Dr Loius Teichholz dari Hackensack Hospital, New Jersey.

Teichholz berkata, mereka yang memiliki jisim berat badan normal juga boleh memiliki tahap lemak 'tersimpan' yang memeranjatkan.

Persepsi kita sebelum ini, orang kurus dianggap lebih aktif dan sihat, tetapi menjadi orang kurus yang tidak cergas juga sama tinggi risikonya dengan mereka yang obes dan tidak aktif. Begitupun, berita baiknya lemak pada bahagian dalam boleh dibakar melalui senaman atau memperbaiki pengambilan diet.

Sabtu, 18 Jun 2022

Metos Makan Waktu Malam

 

Makan malam buat anda gemuk?
Tiada bukti secara saintifik  membuktikan kerap makan di waktu malam akan mengakibatkan seseorang itu mengalami masalah kegemukkan. Apa yang penting adalah jumlah kalori yang diambil sepanjang hari.

Sedikit makan lebih baik?
Pesakit diabetes, jantung dan masalah metabolisme akan mendapat kebaikan daripada pengambilan lemak tidak tepu. Bila sedikit pengambilan makanan maka sedikit pula pembakaran lemak di dalam tubuh akan berlaku.

Protein adalah nutrien sangat penting untuk atlet?
Seorang atlet memerlukan protein melebihi orang biasa. Namun begitu, atlet yang berlatih di dalam gymnasium tidak memerlukan jumlah pengambilan protein yang banyak. Pengambilan makanan seharian sudah mencukupi tanpa perlu mengambil protein tambahan. Setiap atlet di dalam sukan yang berlainan memerlukan kadar pengambilan protein yang berlainan seperti atlet bina memerlukan kadar protein yang lebih tinggi berbanding atlet olahraga.

Diet rendah lemak atau diet "0" lemak adalah bagus?
Lemak sangat diperlukan oleh tubuh untuk tenaga, membaikpulih tisu-tisu rosak, untuk pengangkutan vitamin A,D,E,K, Tidak perlu diet "0" lemak, namun hanya perlukan pengambilan lemak tepu.

Berpuasa akan menurunkan berat badan?
Benar, tetapi di dalam jangka masa yang pendek, jika di dalam jangka masa yang panjang, tubuh kana membakar otot sebagai sumber tenaga mengakibat otot semakin mengecil dan seterusnya mengakibatkan kadar metabolisme asas akan menurun.

Makanan tinggi lemak akan mengakibatkan badan gemuk dengan cepat?
Badan tidak akan gemuk dengan cepat jika hanya makan 50.0 g cheesekerana tubuh memerlukan 3500.00 kalori berlebihan untuk menaikan 1.0 g lemak dalam badan.

Berat badan akan naik sekiranya berhenti merokok?
Nikotine mempengaruhi kadar metabolisme tubuh, tetapi pada kadar yang sedikit. Namun jika perokok megubah tabiat merokok kepada tabiat mengambil makanan, jadi badan akan gemuk disebabkan tabiatnya sendiri. Seorang perokok yang berhenti merokok, seharusnya mencari sesuatu seperti sugerless chewing gum untuk menghilangkan ketagihan.
 

Rabu, 15 Jun 2022

Ganguan Sexual Antara Jurulatih Dan Atlet

 

Definisi

Gangguan seksual boleh didefiniskan sebagai sebarang tingkah laku berunsur seksual yang tidak diingini dan memberi kesan sebagai satu gangguan sama ada secara lisan, bukan lisan, visual, psikologi atau fizikal iaitu: 

Sebab yang munasabah, boleh dianggap oleh penerima (mangsa) sebagai mengenakan syarat berbentuk seksual ke atas pekerjaannya; atau Sebab yang menasabah, boleh dianggap oleh penerima (mangsa) sebagai satu pencabulan maruah, atau penghinaan atau ancaman terhadap dirinya tetapi tiada hubungan terus dengan pekerjaannya.

Berdasarkan kepada definisi di atas, gangguan seksual boleh dibahagikan kepada dua kategori:

  • Gangguan seksual ugutan (sexual coercion) - kesan secara langsung kepada status pekerjaan seseorang. Sebagai contoh, di mana seseorang pegawai atasan yang mempunyai kuasa menentukan gaji dan pangkat, cuba mengugut pekerja bawahan memberi layanan seksual kepadanya. Jika pekerja bawahan tersebut tunduk kepada kehendak seksual pegawai atasan tersebut, faedah yang berkaitan dengan pekerjaan akan diperolehi. Sebaliknya pula jika pekerja bawahan berkenaan menolaknya, faedah itu akan dinafikan.
  • Gangguan seksual ancaman (sexual annoyance) - tingkah laku seksual yang dianggap oleh mangsa sebagai ancaman, ugutan atau penghinaan, tetapi tidak mempunyai kaitan secara langsung dengan faedah-faedah pekerjaan. Walau bagaimanapun tingkahlaku itu menimbulkan suasana yang tidak tenteram kepada mangsa yang terpaksa dialaminya untuk teruskan kehidupan. Gangguan seksual di antara rakan sekerja adalah termasuk di bawah kategori ini. Begitu juga gangguan oleh pelanggan syarikat terhadap pekerja juga termasuk dalam kategori yang sama.

Justifikasi

  • Tarikan fizikal dan personaliti yang menarik - merupakan faktor utama berlakunya gangguan seksual terhadap wanita. Wanita yang berwajah cantik lebih cenderung di ganggu berbanding wanita yang kurang cantik. Selain itu, wanita yang berpakaian seksi, mempunyai potongan badan yang menarik dan berperwatakan moden  adalah lebih terdedah kepada gangguan seksual. Dengan penampilan yang moden dan perwatakan menarik ini menyebabkan mereka menjadi perhatian dan tarikan kepada rakan atlit dan juga jurulatih, dan ini akan menyebabkan berlakunya gangguan seksual kerana dianggap cuba menarik perhatian. 
  • Kuasa - Mengikut teori organisasi pula menyatakan bahawa gangguan seksual adalah disebabkan oleh faktor organisasi dan bukan peribadi. Kebanyakkan organisasi sukan menggaji jurulatih lelaki dan meletakkan mereka dalam kedudukan yang lebih autoriti berbanding jurulatih wanita, hal ini demikian menyebabkan mereka cuba mendapatkan kepuasan secara seksual dari atllit dibawah kendalian mereka. Oleh sebab kebanyakan hierarki di dalam organisasi lebih dimiliki oleh lelaki, ini menyebabkan gangguan seksual ini lebih terdedah untuk berlaku kerana golongan ini menggunakan kuasa yang ada pada mereka. Mereka menggunakan kuasa mereka dengan mengugut untuk tidak diberi insentif yang lebih baik jika tidak melayan atau menerima perlakuan yang dilakukan oleh mereka.
  • Perbezaan hormon. - Mengikut teori biologi, gangguan seksual berlaku disebabkan oleh perbezaan hormon antara lelaki dan perempuan. Komponen hormon lelaki yang menyebabkan mereka mempunyai rangsangan seks yang lebih tinggi daripada wanita. Perkara tersebut akan menjurus mereka sehingga terlibat dalam tingkah laku yang bersifat gangguan seksual. Ia berlaku seolah-olah di luar kawalan pengganggu tersebut. Walau bagaimanapun, tingkah laku pengganggu tersebut berlaku secara tidak langsung dan secara tersembunyi. Ini tidak menampakkan berlakunya perkara yang tidak baik atau sumbang di khalayak ramai.

Faktor-faktor Lain

  • Kekurangan pendidikan atlet dan ibu bapa untuk mereka memahami sifat gangguan seksual dan hakikatnya kelakuan itu adalah jenayah dan tidak beretika.
  • Atlet berasa malu.
  • Kekurangan bukti fizikal.
  • Masalah masa untuk melaporkan kejadian itu kerana setiap atlet yang mengalami gangguan seksual juga akan terganggu dari segi emosi dan trauma serta ia akan ambil masa yang lama untuk diluahkan atau membuat laporan.
  • Jurulatih memiiki kelab sukan mereka sendiri dan tidak ada pegawai pengawasan untuk mengambil aduan.
  • Atlit muda yang ingin mendapatkan perhatian dan kelulusan dari jurulatih dan mereka tidak memahami bahawa ia adalah gangguan seksual oleh seorang jurulatih atau seseorang yang berkuasa
  • Penafian ibu bapa
  • Kekurangan laporan yang berkesan dan mekanisme penyiasatan
  • Konflik kepentingan - jurulatih akan meminta untuk mendapatkan perlindungan daripada rakan-rakan atau institusi mereka yang lain daripada keselamatan atlit untuk menyelamatkan diri daripada sebarang pertuduhan. 

 Cadangan Mengurangkan Gangguan Seksual 

  • Membangunkan polisi dan prosedur bagi mencegah gangguan seksual dan penyalahgunaan kuasa
  • Menyediakan dan melaksanakan kod etika dan perilaku untuk jurulatih, sama ada mereka melatih atlet dewasa atau kanak-kanak
  • Memantau pelaksanaan dasar-dasar dan prosedur
  • Menilai kesan dasar-dasar dalam mengenal pasti dan mengurangkan gangguan seksual dan penyalahgunaan.
  • Menyediakan latihan bagaimana gangguan seksual boleh mempengaruhi hubungan jurulatih dan atlet.
  • Membangunkan prosedur aduan dan memastikan ia adalah privasi.
  • Melindungi hak-hak atlet dan jurulatih, dan melindungi dari tindak balas.
  • Semak semua pemohon untuk kakitangan kejurulatihan dan kedudukan sukarelawan.
  • Berkongsi maklumat dengan ibu bapa / penjagaan dalam pencegahan gangguan seksual dan penyalahgunaan kuasa.
  • Menggalakkan dan menyokong penyelidikan mengenai isu-isu ini.
  • Membuat perbincangan terbuka mengenai isu-isu gangguan seksual dan penyalahgunaan kuasa supaya atlet berasa cukup yakin untuk bersuara.

Featured post

Metos Makan Waktu Malam

  Makan malam buat anda gemuk? Tiada bukti secara saintifik  membuktikan kerap makan di waktu malam akan mengakibatkan seseorang itu mengala...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...