Keunikan jaringan Mohd Faiz Subri yang disifatkan melanggar
hukum fizik oleh banyak pihak adalah tidak benar, sebaliknya jaringan itu
menepati Hukum Gerakan Newton Ketiga.
Hukum Pergerakan Ketiga Newton : Setiap daya tindakan, terdapat satu daya tindak balas yang mempunyai magnitud sama dan bertindak pada arah yang bertentangan juga dikenali sebagai hukum action and reaction.
F(action) = - F(reaction)
Faiz menendang bahagian sisi kiri bola menggunakan bahagian luar kaki kanannya
untuk melencongkan bola itu sehingga menghasilkan satu daya yang dikenali
sebagai kesan Magnus.
Lencongan bola yang berlaku adalah disebabkan kesan magnus
yang terhasil apabila bola sepakan berputar dan mewujudkan satu daya yang mengikut
dan melawan pergerakan bola.
Teknik sebenar yang digunakan Mohd Faiz ketika mengambil sepakan
percuma tersebut ialah curveball, hasil daripada latihan dan memahami mekanisme
pergerakan bola yang beliau inginkan.
Semoga Mohd Faiz akan memenangi jaringan cantiknya yang akan
diumum pada Anugerah Bola Sepak FIFA di Zurich, Switzerland esok…..ameen
Tiada ulasan:
Catat Ulasan