Dalam latihan terdapat beberapa prinsip
yang perlu diikut untuk mendapatkan hasil yang terbaik.
Prinsip Perbezaan Individu
Prinsip ini bermaksud, setiap individu
berbeza, memiliki keunikan tersendiri. Disebabkan perbezaan masing-masing,
program untuk setiap orang mungkin berbeza. Satu program tidak semestinya
sesuai untuk semua. Program latihan yang direka perlu berdasarkan perbezaan
individu. Perbezaan ini mungkin berkait dengan saiz badan, bentuk badan,
genetik, pengalaman, kecederaan yang mungkin ada, jantina, umur dan sebagainya.
Jadi, untuk merangka sesuatu program yang berkesan perlu mengenalpasti
berbezaan. Sebagai contoh, perempuan memerlukan masa pemulihan yang lebih
berbanding lelaki.
Prinsip Penambahan Bebanan (Overload)
Prinsip ini menyatakan bahawa, bebanan atau
tekanan yang lebih besar diperlukan untuk menunjukkan hasil dalam latihan. Ini
bermaksud jika kita melakukan latihan yang sama sahaja setiap hari tanpa
melakukan menambahan, hanya akan menyebabkan keletihan.
Prinsip Perubahan (Progression)
Prinsip perubahan menunjukkan perubahan
yang berlaku selepas mencecah tahap maksima dalam penambahan bebanan (overload).
Peningkatan beransur-ansur dan sistematik beban kerja dalam satu tempoh masa
akan menghasilkan peningkatan dalam kecergasan tanpa risiko kecederaan.
Maksudnya jika kita mengikut prinsip penambahan secara berperingkat dan
sistematik akan berlaku perubahan tanpa risiko kecederaan berbanding mereka
yang melakukkan penambahan secara mendadak, biasanya kerana tiada kesabaran.
Sebagai contoh, seorang atlet hujung minggu (weekend athlete) yang hanya
melakukan latihan pada hujung minggu melanggar prinsip perubahan berkemungkinan
tiada peningkatan pada tahap kecergasan kerana tidak mengikut satu sistem
latihan yang teratur dan sistematik. Prinsip perubahan juga menekan keperluan
berehat untuk pemulihan. Tekanan berterusan ke atas badan akan menyebabkan keletihan
dan kecederaan. Latihan berterusan cenderung untuk mencapai tahap terlebih
latihan (overtraining) dan penurunan tahap kecergasan.
Prinsip Adaptasi
Adaptasi merujuk kepada keupayaan untuk
menyesuaikan diri dengan tuntutan meningkat atau menurun fizikal badan.
Penyesuaian termasuk, penerimaan sesuatu pergerakan baru, beban tertentu,
kemahiran. Perbuatan berulang kali akan memudahkan badan menjalankan aktiviti
tersebut selepas suatu jangka waktu. Sebagai contoh, melakukan latihan di rumah
dengan dumbbell 5 kg, pada peringkat awal, mungkin terdapat perubahan dan
terasa sakit (delay onset muscle soreness), tetapi selepas satu jangka masa,
tiada lagi perubahan dan kesakitan otot. Ini menunjukkan berlakunya
penyesuaian.
Prinsip Guna / Tidak Digunakan (Use/Disuse).
Prinsip ini menunjukkan kecergasan akan
datang jika kita melatihnya dan akan hilang jika tidak melatihnya. Ini juga
menunjukkan bahawa otot akan hipertrofi semasa pengguaan dan jika tidak
digunakan akan atrofi (kejatuhan otot). Secara purata, tahap kecergasan aerobik
akan merosot jika tidak berlatih lebih daripada 24 jam. Otot juga akan atrofi
jika tidak berlatih lebih daripada 5 hari.
Prinsip Spesifikasi
Prinsip spesifikasi menunjukkan bahawa
menjalankan latihan tertentu untuk membentuk bahagian tertentu. Sebagai contoh,
untuk berlatih renang, anda perlu berenang, untuk latih berlari, anda perlu
berlari. Tetapi untuk kebanyakan sukan, seeloknya anda memiliki tahap
kecergasan yang baik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan