Tentu ramai diantara anda yang tahu mengenai manfaat dan
kepentingan protein dalam diet seharian. Pengambilan protein yang mencukupi
dapat membantu membina dan membaiki otot atau tisu yang rosak. Protein juga
berperanan menghasilkan enzim dan hormon, menyokong sistem imun dan mengekalkan
tahap tenaga dan stamina yang tingg.
Kebanyakkan protein dalam diet kita berasal dari produk
berasaskan haiwan seperti daging, ikan, ayam, telur dan susu dan terdapat juga
berasaskan tumbuhan seperti kekacang. Menyedari kepentingan protein dalam diet
ramai juga diantara kita yang mengambil makanan tambahan bagi mencukupkan
pengambilan protein seharian.
Melalui satu kajian oleh fitnessrxwomen, mereka mempercayai
bahawa pengambilan protein oleh kaum wanita sangat signifiken bukan sahaja
dengan kesihatan malahan kecantikan. Berikut adalah 10 fakta mengapa protein sangat
penting kepada wanita yang mementingkan kesihatan dan kecantikan.
Membantu mengekalkan berat badan ideal
Melebihkan protein di dalam diet serta mengurangkan
pengambilan karbohidrat membantu mengurang tisu lemak dalam tubuh. Amalan
secara berterusan mampu mengekalkan berat badan ideal.
Membantu mengawal rasa lapar
Mengambil sajian tinggi protein seawal pagi seperti greek
yogurt bersama buah-buahan segar akan mengaktifkan hormon untuk bertindak balas
menyekat rasa lapar sepanjang hari.
Membuat anda rasa kenyang
Pengambilan makanan berprotein tinggi membantu mengawal
selera dan memberi rasa kenyang yang lebih lama berbanding karbohidrat dan
lemak.
Protin membantu membakar lebih banyak kalori
Berbanding diet tinggi karbohidrat, diet tinggi protin
mencetuskan proses themogenesis yang lebih tinggi. Thermogenesis adalah proses
di mana tubuh meningkatkan pengeluaran tenaga dan lebih protein akan memberi
isyarat kepada tubuh untuk membakar lebih banyak kalori sebelum, semasa dan
selepas makan.
Protein penting untuk penjagaan tulang
Jumlah protein dalam diet harian boleh memberi kesan
kepada tahap kalsium dalam badan. Diet rendah protein memberi kesan kepada
sistem pencernaan untuk menyerap kalsium dan secara tidak langsung keperluan
kalsium badan akan diperolehi dari sistem rangka badan. Apabila ini berlaku,
individu akan mengalami kehilangan kepadatan tulang.
Membantu melawan penuaan
Melalui proses penuaan seseorang akan kehilangan jisim otot
dan untuk memastikan proses penuaan tidak mengganggu pertumbuhan otot maka
pengambilan protein disamping senaman yang teratur amat penting.
Melindungi anda dari stress
Stress bukan sahaja memberi tekanan kepada mental
malah turut membuatkan segala sistem dalaman menjadi tidak menentu serta mampu
merencatkan hormon. Pengambilan lebih protein dari yang disarankan adalah bagus
kerana ianya mampu mengembalikan dan memulihkan sistem tubuh badan.
Bagus untuk kulit
Kulit merupakan anggota badan yang paling terdedah kepada
sinaran matahari serta sinaran uv yang boleh merosakkan kulit. Pengambilan diet
yang tinggi dengan asid amino serta penggunaan pelindung matahari yang bagus
mampu melindungi serta mengurangkan kesan uv. Protin juga penting untuk proses
regenerasi sel kulit agar ianya sentiasa terlihat mulus, tegang dan awet muda
Bagus untuk rambut
Rambut adalah mahkota seseorang wanita. Jika inginkan
rambut lebat serta sihat maka perlulah mengambil protein yang secukupnya.
Diyakini dengan pengambilan protein, masalah kegugurun serta pertumbuhan rambut
yang terencat dapat diatasi.
Makan tanpa rasa bersalah kerana ianya SEDAP
Ramai yang merasakan untuk memiliki tubuh yang cantik
perlulah mengambil sayur-sayuran dengan jumlah yang banyak dan mengurangkan
pengambilan protein serta karbohidrat. Namun begitu, pengambilan protein yang
secukupnya melalui diet seimbang amat penting bagi tubuh badan kerana
pertumbuhan otot, tulang sehinggalah ke rambut amat memerlukan asid amino. Jadi
jangan rasa bersalah hanya kerana anda menikmati hidangan yang mengandungi ikan
daging dan sebagainya.
Demikianlah fakta mengapa protin penting kepada wanita
yang mementingkan kecantikan. Secara tidak langsung juga, pengambilan protein
ini juga mampu meningkatkan tahap kesihatan dan kecergasan seseorang wanita.
Oleh itu, makanlah dengan bijak dan bertanggungjawab.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan