Perangkaan
perubatan menunjukkan bahawa masyarakat kini telah dinafikan banyak aktiviti
fizikal. Ini boleh menyebabkan keadaan fizikal yang lemah. Ujian-ujian mudah ke
atas kekuatan otot, stamina, kelembutan, koordinasi dan kemahiran motor asas
telah menunjukkan keputusan yang lemah.
Kekurangan
aktiviti fizikal boleh menyebabkan penurunan prestasi paru-paru dan saluran
darah tersumbat dengan kolesterol. Keadaan ini boleh menyebabkan ketidakupayaan
fungsi seperti masalah jantung, tekanan darah tinggi, aterosklerosis dan
lain-lain masalah pengaliran darah. Tambahan lemak badan, kemerosotan kekuatan
otot badan boleh menjejaskan posture dan menyebabkan masalah fizikal seperti
kecacatan ortopedik. Oleh itu fizikal harus dirangsang. Aktiviti fizikal harus
dijalankan sekurang-kurangnya 30 minit untuk 3 hari dalam seminggu.
Kecergasan
Fizikal ???
Kecergasan fizikal adalah
kemampuan dan kebolehan seseorang melakukan aktiviti seharian tanpa merasa
letih serta masih mempunyai tenaga untuk melakukan aktiviti kesenggangan.
Definisi kecergasan fizikal:
"Kecergasan untuk kesihatan
merangkumi aspek-aspek yang berkaitan dengan fungsi fisiologi dan
psikologi yang dipercayai memberi seseorang individu perlindungan dari ancaman
penyakit-penyakit hipokinetik (kekurangan pergerakan) seperti penyakit jantung,
kegemukan dan berbagai-bagai penyakit otot dan tulang. Kecergasan untuk
prestasi pula merujuk kepada fungsi-fungsi dan keupayaan seseorang itu yang
membolehkan beliau bertanding dalam aktiviti sukan dengan lebih tenaga daya
kuasa, kekuatan, daya tahan, kemahiran dan sebagainya" Falls (1980)
Tiap-tiap orang boleh
meningkatkan kecergasan fizikalnya hingga ke tahap maksima. Untuk
mencapai ke tahap kecergasan ini seseorang harus baik dalam tiap-tiap komponen
kecergasan. Program kecergasan fizikal yang seimbang terdiri dari
gabungan senaman yang boleh meningkatkan daya kadiovaskular, kekuatan otot,
ketahanan dan kelenturan. Terdapat dua komponen utama kecergasan iaitu:
- Komponen Kecergasan Kesihatan.
- Komponen kecergasan kesihatan melibatkan kecergasan kardiovaskular atau daya tahan aerobik, kekuatan dan daya tahan otot kelenturan serta komposisi badan.
- Komponen Kercergasan Perlakuan Motor.
- Komponen kecergasan perlakuan motor melibatkan kelajuan, keseimbangan, koordinasi, kuasa dan ketangkasan yang diklasfikasikan sebagai kecergasan motor
- Kecergasan Fizikal Berasaskan Kesihatan
Dayatahan
Kardiorispitori
Terdapat situasi di mana seseorang
itu mungkin boleh bekerja keras tetapi ia tidak boleh bekerja untuk masa
panjang. Ini disebabkan ia tidak dapat bekalan tenaga yang cukup. Jantung,
darah dan paru-parunya tidak efisen. Sekiranya darahnya dapat dibekal dengan
oksigen dengan sempurna dan jantung kuat untuk mengepam darah itu ke
seluruh badan, maka dikatakan individu itu mempunyai kecergasan dan dayatahan
kardiovaskular.
Dayatahan kardiovaskular merupakan
bentuk dayatahan otot khas tertinggi yang melibatkan terutamanya jantung,
saluran darah dan paru-paru. Keupayaan sistem pernafasan dan sistem pengaliran
darah membekalkan sel-sel badan dan organ-organ di dalamnya dengan
keperluan-keperluan oksigen bagi melakukan kerja untuk jangkamasa panjang.
Daya kadiovaskular juga dikenali
sebagai kecergasan aerobik, kuasa aerobik atau dayatahan aerobik kerana
komponen kecergasan jasmani ini melibatkan sistem tenaga aerobik. Kecergasan
karsdiovaskular dapat mengawal penyakit jantung dan kegemukan. Oleh itu
pencapaian tahap kecergasan kardiovaskular yang tinggi adalah amat penting
kerana gaya hidup masyarakat Malaysia ini kian bertambah sedenteri.
Bagi menentukan taraf kecergasan
aerobik seseorang ialah dengan mengambil kadar nadi rehat. Nadi rehat yang
rendah menandakan kecergasan jantung yang baik. Jadual di bawah digunakan untuk
mengetahui taraf kecergasan jantung anda.
- Sangat cergas...................... .bawah 50 denyutan seminit.
- Cergas.................................51 - 69 denyutan seminit.
- Sederhana............................70 - 80 denyutan seminit.
- Tidak Cergas..................... .lebih dari 80 denyutan seminit.
Kecergasan Otot
(a) Kekuatan Otot-
Manusia hidup bergerak. Pergerakan adalah hasil kucupan otot. Bila otot kuat,
maka tarikan dari kucupannya adalah kuat dan mampulah otot itu mengatasi
rintangan atau beban yang dikenakan keatasnya. Kekuatan otot membolehkan
manusia mengerjakan berbagai-bagai aktiviti.Segala aktiviti
ini dapat dilakukan dengan senang.
- Kebolehan sesuatu otot atau kumpulan otot-otot mengatasi rintangan bagi menghasilkan daya (kerja).
- Kuasa kontraksi otot yang maksima.
- Dinometer atau tensiometer dapat menentukan daya yang dikeluarkan oleh kumpulan otot.
(b) Daya Tahan Otot- Daya tahan otot ialah keupayaan seseorang melakukan
kegiatan-kegiatan yang membebankan anggota-anggota badan secara
berterusan. Contohnya, pukulan badminton atau tenis yang berulang-ulang
kali memerlukan daya tahan otot tangan.
Kebolehan sesuatu otot atau
kumpulan otot-otot menghasilkan daya berulang-ulang bagi suatu jangkamasa
tertentu atau otot-otot menguncup untuk satu masa.
(c) Kuasa Otot - Kemampuan otot
mengeluarkan daya yang maksima dalam keadaan eksplosif dalam jangkamasa
yang terpendek sekali.
Kelenturan Dan Kelonggaran.
Kelembutan dan Kelenturan tubuh
badan adalah satu komponen kecergasan jasmani yang penting. Kelenturan tubuh
badan dicapai dengan meregangkan otot dan sendi tertentu.
Kelenturan otot dan anggota badan
meningkat apabila suhu badan dinaikkan sedikit. Apabila suhu badan menurun
kemungkinan besar tubuh badan akan kehilangan sehingga 20 peratus
kelenturannya.
Kelenturan tiap-tiap anggota tubuh
adalah spesifik kepada otot dan sendi tertentu, otot dan sendi-sendi untuk
membenarkan pergerakan yang licin tanpa menghadapi rintangan. Hasil
pergerakan biasanya ditentukan oleh panjangnya otot-otot, ligamen,
tendon-tendon dan struktur sendi-sendi seseorang itu.
Secara ringkas boleh dikatakan sebagai
kemampuan sendi-sendi tubuh badan bergerak melalui jarak yang sejauh
mungkin.Contoh: Menyentuh jari ke lantai tanpa membengkokkan lutut.
Komposisi Lemak Badan.
Tiga komponen struktur asas yang
ada pada badan ialah lemak, otot-otot dan tulang-tulang. Penentuan isi
kandungan badan menunjukkan peratusan (%) lemak badan yang dibandingkan dengan
isi kandungan otot-otot dan tulang-tulang. Lebihan peratusan lemak dalam badan
akan menimbulkan masalah kegemukan.
Kegemukan, seperti darah tinggi
dan anaemia adalah satu simpton bukannya satu penyakit Ia boleh dikatakan satu
keadaan di mana lemak badan seseorang lelaki itu berjumlah 20 peratus atau
lebih daripada keseluruhan berat badannya. Bagi seorang wanita pula, apabila
lemak badannya berjumlah lebih 30 peratus atau lebih daripada keseluruhan berat
badannya.
Wanita memerlukan lebih sedikit
lemak badan daripada lelaki. Bagi wanita, peratus lemak badan yang tinggi
sedikit daripada lelaki adalah untuk meseimbangkannya dengan kadar metabolisma
basal yang lebih rendah. Wanita juga memerlukan kurang kalori daripada lelaki. Purata kadar lemak badan
seseorang lelaki kira-kira 12 - 15 peratus sahaja. Bagi wanita pula ialah
kira-kira 22 - 23 peratus.
Terdapat beberapa sebab kegemukan
terdiri daripada sebab biologi, emosi, persekitaran, malas melakukan aktiviti
fizikal dan lain-lain.
Kecergasan Fizikal Berasaskan Perlakuan Motor
Lakuan motor bolehlah difahamkan
sebagai perlakuan yang berkaitan dengan sistem saraf, iaitu keadaan bagaimana
sistem saraf berfungsi setelah dirangsangkan. Hasil dari lakuan ini dapat
menjadikan pelakunya berkemahiran. Kemahiran ialah keupayaan membuat sesuatu
dalam keadaan tepat dan sebenar. Bagi seseorang atlit kecergasan lakuan motor
bolehlah didefinisikan sebagai mempunyai 'Kemahiran Tinggi' iaitu penggunaan
tenaga yang minima bagi menghasilkan daya (kerja) tetapi hasilnya maksima.
PANCAINDERA kepada
SARAF kepada OTAK kepada NEORON MOTOR
Terdapat beberapa komponen lakuan motor yang penting antaranya:
i.Kuasa
Kuasa adalah kombinasi kedua-dua kekuatan otot dan kelajuan.
Ianya adalah kebolehan individu melakukan suatu pergerakan pantas (mengecut/explosive)
yang kuat dalam jangkamasa yang singkat dengan kecepatan yang tinggi. Ia adalah
hasil kucupan otot yang kuat dalam jangkamasa yang singkat ianya merupakan
gabungan antara kekuatan otot dan kepantasan kucupan otot.
ii. Ketangkasan
Ialah kebolehan seseorang melakukan pergerakan-pergerakan
berturutan ke suatu arah yang berbeza seberapa cekap dan pantas yang boleh.
Kebolehan menukar kedudukan di ruang tertentu secara kemas dan mudah.
iii. Kelajuan/kepantasan
Adalah kebolehan individu melakukan pergerakan
berturut-turut dengan pantas dalam masa yang singkat mengikut arah. Kelajuan
individu berkait rapat dengan masa tindakbalas dan masa bergerak. Kelajuan
ditentukan dari hasil jarak langkah dan kekerapan melangkah.
iv. Koordinasi
Ialah keberkesanan dan keseragaman yang cekap dalam
pergerakan tubuh badan seseorang individu. Ianya melibatkan penyelarasan
pergerakan kesemua anggota badan.
- merupakan paduan di antara berbagai-bgai kebolehan yang disatukan bagi menghasilkan suatu pergerakan yang licin.
- kemampuan / kebolehan menggunakan pancaindera bersama badan dan mengaitkan dengan mental dalam pergerakan yang sempurna sebagaimana yang dikehendaki.
- paduan beberapa kebolehan untuk menjadikan sesuatu kerja / lakuan itu lancar / licin atau keupayaan menyesuaikan deria dengan otot-otot supaya memperoleh suatu lakuan yang licin, kemas dan tepat.
Merupakan jangkamasa yang diambil untuk bergerak atau
bertindak dalam suatu gerakan bagi menghasilkan perbuatan (kerja) yang
menguntungkan.
vi. Imbangan
Kebolehan untuk mengekalkan keseimgangan apabila pusat
graviti seseorang dan dasar (tapak) menyokong diubah.
- Imbangan Statik - ialah kebolehan mengekalkan keseimbangan ketika pusat gravitinya berada setempat.
- Imbangan Dinamik - ialah kebolehan mengekalkan keseimbangan ketika pusat graviti diubah. Juga kebolehan mengekalkan kedudukan badan dalam keadaan teguh semasa melakukan pergerakan atau dalam keadaan diam.