Satu
kajian terbaru saintis Jerman dan Austria menunjukkan bau yang terhasil
daripada minyak zaitun boleh membuatkan seseorang berasa kenyang tanpa perlu
mengambil makanan yang banyak.
Saintis dari Universiti Teknikal Munich dan Vienna menemui dapatan ini selepas menjalankan ujian ke atas sejumlah sukarelawan yang diberi makan yogurt sebanyak 500 gram setiap hari selama tiga bulan.
Dalam ujian tersebut, beberapa orang sukarelawan diarah untuk menambah minyak zaitun pada yogurt berkenaan sementara yang lain turut diarah menambah minyak sesawi dan mentega.
Mereka yang menambah minyak zaitun menunjukkan keputusan berat badan yang tidak berubah dan mereka juga kurang mengambil makanan berkalori.
Ujian darah juga menunjukkan tahap sel serotonin yang tinggi di dalam darah. Sel serotonin merupakan hormone pemakanan yang membuatkan seseorang itu berasa kenyang.
Menurut kajian tersebut, kesan aroma minyak zaitun boleh mengenyangkan manusia seterusnya mengurangkan tahap pengambilan kira-kira 200 kalori sehari.
Ujian darah ke atas kumpulan yang tidak menggunakan minyak zaitun pula menunjukkan mereka hanya mempunyai sedikit sel serotonin di dalam darah mereka.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan