Latihan Isotonik
Latihan isotonik ialah kontraksi
yang melibatkan fiber otot memendek dengan ketegangan berbeza semasa mengangkat
bebanan yant tetap. Semasa latihan isotonic, terdapat dua kontraksi otot
berlaku iaitu kontraksi konsentrik (otot memendek) dan kontraksi esentrik (otot
memanjang). Di dalam latihan ini otot sentiasa bersilih ganti konsentrik dan
esentrik, contohnya lakuan bicep curl. Kontraksi konsentrik berlaku ketika
menurunkan bebanan sambil melawan griviti. Otot akan berkerja dengan lebih
keras semasa permulaan menaikkan bebanan dan beransur-ansur kurang di hujung
julat pergerakan dan ketika menurunkan bebanan.
Latihan Isometrik
Isometrik ialah latihan yang melibatkan kontraksi static fiber
otot tidak memanjang atau memendek dan sendi tidak mengalami julat pergerakan.
Antara aktiviti ialah tarik tali atau tuala, menolak dinding.
Latihan Isokinetik
Latihan isokinatik ialah latihan isotonic
yang menggunakan peralatan atau mesin yang mempunyai bebanan atau pelbagai
halangan. Bebanan atau halangan ini bersamaan dengan daya yang dikenakan
terhadap sesuatu julat pergerakan. Otot mengalami kontraksi dengan halaju yang
sekata pada keseluruhan julat pergerakan. Latihan isokinetik memerlukan
peralata khas yang direka bentuk bagi mengeluarkan halaju sekata ketika daya
diaplikasikan. Latihan ini amat baik sebagai pemulihan daripada kecederaan
serta mempunyai kelebihan daripada segi keselamatan.
Info:
Repetition Maximum
1 RM ialah beban maksimum yang
mampu diangkat oleh seseorang atlet. Untuk memperolehi 1 RM, atlet berupaya
mengangkat bebanan maksimum dengan sekali angkat sahaja. Ini adalah paras satu
ulangan maksimum atau 1 RM bagi atlet tersebut.
Contoh:
Atlet membuat latihan bench
press. Dia berupaya mengangkat berat maksimum 90 kg dengan hanya membuat satu
repetition. 1 RM bagi atlet tersebut melakukan latihan ialah 90 kg.
Untuk menjalankan aktiviti daya
tahan otot tangan, atlet tersebut boleh melakukan aktiviti dengan 50% daripada
1 RM, iaitu 50% daripada 90 kg dan ditambah ulangannya 10 – 15 kali. Contohnya, 3 set X 45 kg X repetition
(Lakuan aktiviti mengangkat bebanan 45 kg, 10 kali repetition sebanyak 3 set)
LATIHAN DAYA TAHAN OTOT
|
|||
Jenis Kontraksi
|
Definisi
|
Contoh
|
Kelebihan
|
Isotonik
|
Latihan yang melibatkan kontraksi fiber otot memendek dengan
ketegangan berbeza semasa mengangkat bebanan yang tetap
|
Abdominal crunch
|
Memberi lebih kekuatan daripada isometric
Baik untuk koordinasi
Cepat pulih daripada lesu
Baik untuk melatih imbangan
|
Isometrik
|
Latihan yang melibatkan kontraksi static dengan
fiber otot tidak memanjang dan tidak memendek serta sendi tidak mengalami
julat pergerakan
|
Tarik tuala
|
Boleh dilakukan di ruangan sempit
Tidak memerlukan peralatan
Baik untuk pemulihan otot
|
Isokinetik
|
Latihan isotonic dengan menggunakan peralatan atau mesin yang
menetapkan halaju sekata pergerakan
|
Sama seperti latihan isotonic tetapi menggunakan peralatan khas yang
dapat mengawal kelajuan pergerakan
|
Baik untuk latihan kekuatan
Baik untuk pemulihan kecederaan otot
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan