·
Teringat kisah salah sorang kawan baik saya,
masa zaman kanak-kanak dulu, ada ibu bapa yang bacakan buku kartun untuk
anak-anak supaya mudah tidur.
·
Tapi kawan saya ini, ibu bapa dia acakan
buku biomechanic untuk dia tidur. :D.
·
Kenapa kita perlu tidur atau rehat?
·
Dalam sehari kita makan setiap 3 jam untuk
memastikan kadar metabolisme badan sentiasa dalam keadaan tinggi dan juga untuk
memastikan kita tidak berada dalam catabolic state.
·
Apa itu catabolic state?
·
Ia adalah keadaan di mana badan kita mula
membakar otot sebagai sumber tenaga.
·
Bagaimana pada waktu malam, kita tidur 6 hingga
8 jam, badan kita juga akan cecah tahap catabolic.
·
Bagaimana untuk mencegah diri kita dari mencecah
tahap catabolic ini?
·
Antara cara mudah, boleh menggunakan makanan
tambahan protein tinggi kandungan casein.
·
Apa kegunaan casein?
·
Untuk melambatkan menyerapan protein.
·
Jadi boleh maintain protein selama 8
jam di dalam sistem percernaan.
·
Apa yang berlaku bila kita tidur?
·
Badan kita akan mulakan operasi untuk memperbaik
tisu-tisu yang dah rosak, mungkin disebabkan aktiviti-aktiviti fizikal di siang
hari.
·
Masa tidur kita dipanggil post-absorptive
period.
·
Apa itu post-absorptive period ini?
·
Semasa kita memulakan hari kita di waktu pagi,
kita panggil post-prandial period.
·
Badan akan menyerap dan memproses semua nutrien
sehingga mencecah tahap keperluan asas glukosa dan tenaga, yang berlebihan akan
disimpan dalam bentuk glikogen dalam otot dan hati.
·
Selepas itu dipanggil post-absorptive
period.
·
Badan kita akan berada
dalam post-absorptive period yang lama ketika kita tidur.
·
Badan akan menggunakan segala simpanan yang ada
dalam badan untuk proses membaik pulih otot dan perlu diketahui juga bahawa
tidur juga memerlukan tenaga.
·
Tapi kebanyakan orang di Malaysia ini, saya
sendiri pun pelik, bila diet, tak makan malam.
·
Bila tak makan malam, sebagai contoh menu
terakhir pada jam 6 petang, menu sarapan pagi esoknya pada jam 8 pagi.
·
Ada 14 jam kita membiarkan
badan craving makanan.
·
Kebiasaan selepas 3 jam badan akan tukar ke catabolic
state.
·
Jadi mereka yang tak makan selepas jam 6 petang
akan membakar otot-otot mereka.
·
Memanglah nampak kecik lepas diet cara begitu,
tapi apa yang kurang?
·
Otot