Persepsi Pelajar Terhadap Makanan Seimbang dan Harga Makanan di Kafetaria Kolej Matrikulasi Labuan Mempengaruhi Amalan Pemakanan.
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mengetahui persepsi pelajar
terhadap pemakanan seimbang di kafetaria pelajar melalui empat aspek iaitu
kepelbagaian menu, tahap pengetahuan, pendedahan pendidikan pelajar dan harga
makanan yang dijual. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan borang soal selidik
sebagai instrumen kepada 47 orang pelajar Kolej Matrikulasi Labuan. Data
dianalisis dalam bentuk peratusan. Dapatan kajian menunjukkan harga makanan yang
dijual di kafetaria-kafetaria pelajar Kolej Matrikulasi Labuan sangat mahal,
seterusnya mempengaruhi pengambilan makanan seimbang majoriti responden
walaupun pengetahuan dan pendedahan pendidikan kesihatan responden berada pada peratusan yang tinggi.
Beberapa cadangan telah dikemukakan kepada pihak-pihak tertentu agar harga dan penyediaan
pemakanan seimbang di kafetaria perlu diperbaiki.
PENGENALAN
Pemakanan yang baik merupakan keperluan asas untuk kesihatan
tubuh badan. Makanan membekalkan nutrien dan kekurangan nutrien boleh mengubah
kelakuan dan menjejaskan pencapaian akademik. Makanan merupakan keperluan yang
paling asas bagi manusia. Makanan dikategorikan sebagai keperluan fisiologi
yang terletak di peringkat paling rendah dalam piramid hierarki keperluan
Maslow. Manusia perlu memenuhi keperluan pada tahap yang rendah ini sebelum
mencapai tahap yang lebih tinggi. Oleh itu, makanan adalah sangat penting bagi
seseorang individu supaya dapat
menjalankan tugas dengan berkesan.
Fatimah Arshad (1988) menyatakan bahawa makanan seimbang
harus mempunyai semua bahan makanan yang diperlukan oleh tubuh untuk berfungsi
dengan normal. Makanan-makanan ini terdiri daripada tiga kumpulan yang besar
iaitu makanan yang memberi tenaga untuk kita bekerja dan bergerak, makanan yang
boleh menjauhkan daripada penyakit serta makanan yang membina sel-sel dan tisu
tubuh sama ada untuk proses pertumbuhan atau lain-lain fungsi tubuh yang
normal. Di samping itu, hidangan yang seimbang adalah kandungan makanan daripada kumpulan makanan bijirin atau
berkanji, kumpulan makanan tenusu dan kumpulan buah-buahan serta sayuran. Di
dalam kumpulan makanan ini, kita perlu mempelbagaikan pilihan dalam pengambilan
makanan harian kita sebagai langkah ke arah diet yang sihat.
(Kementerian Kesihatan Malaysia, 1989), Kementerian
Pelajaran Malaysia dan Kementerian Kesihatan Malaysia telah menganjurkan satu
usahasama pada tahun 1989. Melalui usahasama ini, satu garis panduan untuk
menjadikan kantin sekolah sebagai suatu sumber bagi menggalakkan pendidikan
pemakanan dari peringkat sekolah rendah sehingga ke peringkat sekolah menengah telah
dihasilkan. Selain itu, kerajaan telah menyediakan cadangan langkah-langkah dan
peraturan kebersihan makanan yang perlu dipatuhi. Akta Kerajaan Tempatan 1976,
mengesahkan Undang-undang Kecil Pengendalian Makanan (Wilayah Persekutuan)
1979. Tafsiran misalnya makanan iaitu benda yang dijadikan makanan dan minuman
termasuk bahan pewarna, bahan perisa, dan rempah ratus. Kebersihan tempat yang
digunakan untuk penyediaan dan penjualan makanan hendaklah bersih dan ia
mestilah disimpan jauh daripada habuk dan kotoran. Makanan yang disediakan
perlulah daripada makanan yang mengandungi nilai-nilai nutrien. Makanan
mestilah disediakan dan dihidangkan dengan cara yang bersih. Begitu juga dengan
pengusaha kantin, perlu diselia bagi memastikan mereka menjalankan pemeriksaan
perubatan yang dijadualkan.
( Alexander dan Yeong, 1990) sekurang-kurangnya 40 nutrien
diperlukan dalam badan kita. Jika tidak digunakan dalam jumlah yang cukup, ia
akan mempengaruhi kesihatan terutamanya kepada kanak-kanak di mana ia akan
memberi kesan ke atas pertumbuhan mental dan fizikal. Selain itu, manusia juga
memerlukan sekurang-kurangya 49 nutrien untuk keperluan metabolisme dalam badan. Kekurangan nutrien
akan mengganggu metabolisme dalam badan yang boleh mendatangkan penyakit,
masalah kesihatan, melemahkan perkembangan kanak-kanak dan meningkatkan kos
ekonomi dalam masyarakat (Branca dan Ferrari, 2002; Golden, 1991;
Grantham-McGregor dan Ani, 1999; Ramakrishnan et al.,1999).
PERNYATAAN MASALAH
Tanggungjawab untuk menyediakan menu yang seimbang,
berkhasiat, berkualiti dan bersih seperti yang disarankan oleh Kementerian
kesihatan Malaysia pada kadar harga yang berpatutan adalah terletak kepada
pengusaha-pengusaha kafetaria kolej matrikulasi. Pelajar kolej matrikulasi
tiada pilihan selain terpaksa membeli apa sahaja tawaran menu yang disediakan
oleh pihak kafetaria.
Berdasarkan maklumat yang diberikan oleh para pelajar,
pengusaha-pengusaha kafetaria di Kolej Matrikulasi Labuan gemar mengambil
kesempatan kepada pelajar dengan mengaut seberapa banyak keuntungan dengan
menyediakan makanan yang mudah dimasak seperti makanan segera dengan harga yang
mahal tanpa menghiraukan implikasi yang ditanggung oleh pelajar.
Berdasarkan penyataan masalah tersebut, penyelidik ingin
menjalankan satu kajian untuk mengenal pasti persepsi pelajar terhadap
pemakanan seimbang dan harga makanan yang dijual di kafetaria-kafetaria Kolej
Matrikulasi Labuan.
OBJEKTIF KAJIAN
Objektif yang ditetapkan bagi kajian ini adalah untuk:
- Mengenal pasti kepelbagaian menu di kafetaria kolej mempengaruhi pemakanan seimbang dalam kalangan pelajar.
- Mengenal pasti tahap pengetahuan pelajar terhadap pemakanan seimbang yang disediakan di kafetaria kolej.
- Mengenal pasti pendedahan pendidikan kesihatan yang diberikan oleh pensyarah kokurikulum kepada pelajar tentang kepentingan makanan seimbang.
- Mengenal pasti hubungkait harga makanan yang dijual di kafetaria pelajar dengan amalan pemakanan sihat pelajar.
KEPENTINGAN KAJIAN
- Pelajar - Melalui kajian ini, diharap dapat menyedarkan pelajar tentang cara mengamalkan pemakanan yang sihat dalam kehidupan seharian.
- Pensyarah - Kajian ini juga dapat menyedarkan pensyarah-pensyarah tentang kepentingan dalam memberi pendedahan serta pendidikan kepada pelajar tentang pengambilan makanan yang seimbang dan berkualiti.
- Kolej - Kajian ini juga dapat memberi panduan kepada pihak kolej mengenai tanggungjawab dalam menyediakan pengusaha kafetaria yang berpengetahuan dalam bidang pemakanan dan mengawal selia terhadap harga, kualiti dan kuantiti makanan yang dijual oleh mereka kepada pelajar.
METODOLOGI KAJIAN
1. Rekabentuk Kajian
Rekabentuk kajian yang digunakan dalam kajian ini adalah
berbentuk tinjauan deskriptif dengan menggunakan kaedah kuantitatif iaitu menggunakan instrumen
soal selidik yang diedarkan oleh penyelidik kepada pelajar Kolej Matrikulasi Labuan.
2. Sampel kajian
Sampel adalah satu populasi berkadar kecil untuk pemerhatian
dan analisis terpilih. Sampel dipilih secara rambang. Seramai 47 sampel dipilih
secara rawak daripada kalangan pelajar Kolej Matrikulasi Labuan semester 2 ambilan sesi 2013/2014.
Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah berbentuk
borang soal selidik berkaitan menu dan harga makanan yang dijual di kafetaria-kafetaria
pelajar Kolej Matrikulasi Labuan.
ANALISIS DATA
Analisis bahagian ini bertujuan bagi mengumpul maklumat mengenai
persepsi terhadap pemakanan seimbang dan harga makanan di kafetaria-kafetaria Kolej
Matrikulasi Labuan mempengaruhi amalan pemakanan sihat pelajar.
Jadual 1.1 : Peratus
sampel lelaki berbanding perempuan.
Jantina
|
Jumlah
|
(%)
|
Lelaki
|
15
|
31.91
|
Perempuan
|
32
|
68.09
|
Jumlah Sampel
|
47
|
100.00
|
Penyelidik telah menjalankan kajian ke atas 47 orang pelajar
bagi sesi pengajian 2013/14. Seramai 31.91% responden adalah pelajar lelaki
manakala 68.09% responden adalah pelajar perempuan.
Jadual 1.2 : Peratus persepsi pelajar terhadap pendedahan
pensyarah kokurikulum berkaitan pemakanan seimbang.
Bil
|
Item
|
Ya
|
(%)
|
Tidak
|
(%)
|
1.
|
Pendedahan oleh pensyarah kokurikulum berkaitan keperluan
pemakanan seimbang dan sihat di dalam kelas-kelas kokurikulum.
|
41
|
87.23
|
6
|
12.77
|
87.23% responden mengatakan mereka telah didedahkan
berkaitan keperluan pemakanan sihat di kelas-kelas kokurikulum sebaliknya
12.77% responden melaporkan sebaliknya.
Jadual 1.3 : Peratus persepsi pelajar berkaitan pengetahuan
tentang makanan seimbang.
Bil
|
Item
|
Tepat
|
(%)
|
Tidak Tepat/Salah
|
(%)
|
1.
|
Mengelas jenis-jenis makanan di dalam sistem piramid
makanan.
|
38
|
80.85
|
9
|
19.15
|
2.
|
Menyatakan sekurang-kurangnya satu kesan amalan pemakanan
yang tidak sihat.
|
43
|
91.49
|
4
|
8.51
|
3.
|
Memberi definisi mengenai makanan seimbang.
|
34
|
72.34
|
13
|
27.66
|
4.
|
Menyatakan fungsi 5 jenis nutrien terhadap keperluan
sistem tubuh manusia.
|
42
|
89.36
|
5
|
10.64
|
80.85% responden dapat mengelas jenis-jenis makanan dengan
tepat di dalam sistem piramid makanan sementara 19.15% responden tidak dapat
mengelaskan jenis makanan dengan tepat. 91.49% responden pula dapat menyatakan sekurang-kurangnya
satu kesan amalan pemakanan yang tidak sihat dan hanya 8.51% sahaja responden
yang gagal menyatakannya dengan tepat. 72.34% responden pula dapat memberi
definisi tepat mengenai makanan seimbang dan 27.66% responden tidak dapat
memberi definisi dengan tepat. Selain itu, 89.36% responden dapat menyatakan
dengan tepat fungsi 5 jenis nutrien terhadap keperluan sistem tubuh manusia dan
10.64% responden dapat menyatakannya dengan hampir tepat. Peratusan yang tinggi
ini menunujukkan bahawa majoriti pelajar Kolej Matrikulasi Labuan mempunyai
tahap pengetahuan yang sangat baik berkenaan pendidikan pemakanan seimbang.
Jadual 1.4 : Peratus persepsi pelajar berkaitan kepelbagaian
menu dijual di kafetaria-kafetaria Kolej Matrikulasi Labuan.
Bil
|
Item
|
Ya
|
(%)
|
Tidak
|
(%)
|
1.
|
Makanan yang dijual di kafetaria terdiri daripada jenis
makanan yang pelbagai dan mengikut pelan pemakanan seimbang.
|
18
|
38.30
|
29
|
61.70
|
2.
|
Buah-buahan segar dijual di kafetaria pelajar.
|
0
|
0.00
|
47
|
100.00
|
3.
|
Produk makanan daripada sumber tenusu segar dijual di
kafetaria-kafetaria pelajar
|
2
|
4.26
|
45
|
95.74
|
4.
|
Makanan daripada sumber sayur-sayuran segar dijual di kafetaria-kafetaria
pelajar
|
47
|
100
|
0
|
0.00
|
6.
|
Makanan segera seperti nugget, sosej, mee segera, burger
dan lain-lain ada dijual di kafetaria pelajar.
|
47
|
100
|
0
|
0.00
|
7.
|
Pembelian makanan di kafetaria mengikut seperti apa yang
disarankan di dalam piramid makanan.
|
9
|
19.15
|
38
|
80.85
|
Majoriti pelajar atau 61.70% responden melaporkan, makanan
yang dijual di kafetaria-kafetaria pelajar adalah tidak pelbagai dan tidak
mengikut pelan pemakanan yang seimbang dan hanya 38.30% pelajar yang melaporkan
sebaliknya. 100.00% laporan dari responden mengatakan, buah-buahan segar tidak
dijual sebaliknya 100% laporan dari responden mengatakan makanan daripada
sumber sayur-sayuran segar ada dijual di kafetaria-kafetaria pelajar Kolej
Matrikulasi Labuan. 95.74% responden pula melaporkan, produk makanan daripada
sumber tenusu segar tidak dijual dan hanya 4.26% melaporkan sebaliknya. 100.00%
responden juga melaporkan, kafetaria-kafetaria pelajar ada menjual produk
makanan segera seperti sosej, nugget, burger dan mee segera kepada pelajar.
Seterusnya, 80.85% responden melaporkan, mereka tidak membeli makanan di kafetaria
mengikut seperti yang disarankan di dalam piramid makanan, dan hanya 19.15%
responden melaporkan sebaliknya.
Jadual 1.5 : Peratus persepsi pelajar berkaitan harga jualan
makanan di kafetaria-kafetaria Kolej Matrikulasi Labuan.
Bil
|
Item
|
Harga
Murah
|
(%)
|
Harga Patut
|
(%)
|
Harga
Mahal
|
(%)
|
Sangat Mahal
|
(%)
|
1.
|
Harga makanan di kafetaria pelajar Kolej Matrikulasi
Labuan berbanding harga makanan di luar kolej.
|
3
|
6.38
|
9
|
19.15
|
21
|
44.68
|
14
|
29.79
|
44.68% responden mengatakan harga makanan yang dijual di
kafetaria pelajar Kolej Matrikulasi Labuan adalah mahal, 29.79% responden mengatakan
harga makanan yang dijual sangat mahal, 19.15% responden mengatakan, harga
makanan yang dijual adalah berpatutan dan 6.38% mengatakan harga makanan yang
dijual adalah murah.
Jadual 1.6 : Peratus persepsi pelajar berkaitan kekerapan bilangan
mereka membeli makanan di kafetaria-kafetaria Kolej Matrikulasi Labuan.
Bil
|
Item
|
1
kali
|
(%)
|
1 –2 kali
|
(%)
|
2 –3 kali
|
(%)
|
Lebih
3
|
(%)
|
1.
|
Purata kekerapan membeli maknan di kafetaria dalam sehari.
|
13
|
27.66
|
26
|
55.32
|
7
|
14.89
|
1
|
2.13
|
Dapatan kaji selidik menunjukkan purata kekerapan bagi
27.66% responden membeli makanan di kafetaria dalam sehari adalah 1 kali
sementara kekerapan bagi 55.32% responden membeli makanan di kafetaria di dalam
sehari adalah di antara 1 hingga 2 kali sahaja. Hanya 14.89% responden
mengatakan, kekerapan mereka membeli makanan di kafetaria di antara 2 hingga 3
kali sehari dan 2.13% sahaja responden mengatakan kekerapan mereka membeli
makanan di kafetaria melebihi 3 kali dalam sehari.
Jadual 1.7 : Peratus persepsi pelajar berkaitan kekerapan
waktu pelajar membeli makanan di kafetaria-kafetaria Kolej Matrikulasi Labuan.
Bil
|
Item
|
6.30 – 10.30 pagi
|
(%)
|
11.30 – 2.00 petang
|
(%)
|
3.00-4.30 petang
|
(%)
|
6.30 – 8.00 malam
|
(%)
|
1.
|
Purata kekerapan waktu membeli makanan di kafetaria dalam
sehari.
|
9
|
19.15
|
23
|
48.94
|
5
|
10.64
|
10
|
21.28
|
48.94% atau majoriti responden melaporkan, purata kekerapan
mereka membeli makanan di kafetaria dalam sehari adalah di antara pukul 11.30
pagi hingga 2.00 petang, 21.28% di antara pukul 6.30 petang hingga 8.00 malam,
19.15% di antara pukul 6.30 pagi hingga 10.30 pagi dan 10.64% di antara pukul
3.00 petang hingga 4.30 petang.
Jadual 1.8 : Peratus persepsi pelajar berkaitan kekangan
pelajar membeli makanan di kafetaria-kafetaria Kolej Matrikulasi Labuan.
Bil
|
Item
|
Kekangan
Masa
|
(%)
|
Harga Makanan
|
(%)
|
Kurang
Menu Pilihan
|
(%)
|
Gaya Hidup Sihat
|
(%)
|
Lain-lain
|
(%)
|
1.
|
Faktor utama kekangan membeli makanan di kafe
|
8
|
17.02
|
30
|
63.83
|
5
|
10.64
|
1
|
2.13
|
3
|
6.38
|
Majoriti responden atau 63.83% melaporkan, faktor kekangan mereka
membeli makanan di kafetaria adalah disebabkan harga makanan yang dijual,
17.02% disebabkan kekangan masa, 10.64% disebabkan kurangnya menu pilihan,
6.38% faktor-faktor lain dan 2.13% mengamalkan gaya hidup sihat.
Jadual 1.9 : Peratus persepsi pelajar tentang kos sara hidup
di kolej.
Bil
|
Item
|
Ya
|
(%)
|
Tidak
|
(%)
|
1.
|
Elaun sara hidup bulanan sebanyak RM250.00 sebulan dapat
menampung kos sara hidup di kolej matrikulasi.
|
6
|
12.77
|
41
|
87.23
|
2.
|
Ayah, ibu, penjaga, keluarga dan lain-lain menampung kos
sara hidup di kolej matrikulasi.
|
36
|
76.60
|
11
|
23.40
|
Jadual 1.9: 87.23% responden melaporkan bahawa elaun sara
hidup bulanan sebanyak RM250.00 sebulan tidak dapat menampung kos sara
kehidupan mereka di kolej matrikulasi sementara 12.77% responden melaporkan
sebaliknya. 76.60% responden melaporkan ayah, ibu, penjaga, keluarga serta
lain-lain ada menampung kos sara hidup mereka di kolej matrikulasi dan 23.40%
responden melaporkan sebaliknya.
Jadual 1.10 : Peratus persepsi pelajar berkaitan item paling
banyak dibelanjakan di kolej.
Bil
|
Item
|
Buku
Ilmiah
|
(%)
|
Alatan Belajar
|
(%)
|
Makan
|
(%)
|
Pakaian
|
(%)
|
Lain-lain
|
(%)
|
1.
|
Purata wang paling banyak dibelanjakan di kolej
matrikulasi.
|
3
|
6.38
|
10
|
21.28
|
19
|
40.43
|
6
|
12.77
|
9
|
19.15
|
Seramai 40.43% responden melaporkan, purata wang paling
banyak yang mereka belanjakan di kolej matrikulasi adalah kepada kos pembelian
makanan. 21.28% responden melaporkan, mereka membelanjakan purata wang paling
banyak dibelanjakan adalah kepada pembelian peralatan pembelajaran. 19.15% responden
mengatakan kepada lain-lain pembelian, 12.77% mengatakan perbelanjaan membeli
pakaian dan 6.38% kepada pembelian buku-buku ilmiah.
PERBINCANGAN KAJIAN
Hasil kajian yang dijalankan ke atas pelajar Kolej
Matrikulasi Labuan menunjukkan beberapa tafsiran dapat dibuat berkaitan dengan
persepsi mereka terhadap pemakanan seimbang dan harga makanan di kafe
mempengaruhi amalan pemakanan sihat.
Berdasarkan dapatan daripada peratus berkaitan persepsi di dalam keputusan soal
selidik yang dijalankan, majoriti responden melaporkan, mereka telah didedahkan
dengan amalan kesihatan berkaitan amalan pemakanan seimbang dan berkhasiat di
kelas-kelas kokurikulum oleh pensyarah-pensyarah kokurikulum.
1. Kafetaria tidak menyediakan makanan yang seimbang dan
berkualiti.
Dapatan daripada kajian ini menunjukkan, makanan yang dijual
di kafetaria-kafetaria pelajar adalah tidak pelbagai dan tidak mengikut pelan
pemakanan yang seimbang. Pelajar telah didedahkan dengan makanan yang tidak
berkhasiat, khususnya makanan segera seperti nugget, sosej, burger, mee segera
dan lain-lain. Selain itu, makanan-makanan yang baik dan berkhasiat seperti
makanan daripada produk susu segar dan buah-buahan segar tidak dijual.
Keadaan begini menyebabkan tidak banyak pilihan yang boleh
dibuat oleh pelajar bagi memperolehi makanan yang lebih berkhasiat dan
berkualiti di dalam diet seharian mereka. Akibat daripada permasalahan ini, majoriti
pelajar telah melaporkan bahawa mereka tidak membeli makanan di kafetaria
mengikut seperti yang disarankan di dalam pemakanan seimbang.
2. Harga makanan yang dijual di kafetaria mahal menyebabkan
pengambilan makanan pelajar tidak teratur.
Daripada dapatan kajian ini menunjukkan, pola pengambilan
makanan majoriti pelajar adalah tidak teratur. Kekerapan majoriti pelajar
membeli makanan di kafetaria adalah di antara 1 hingga 2 kali di dalam sehari
dan kekerapan waktu majoriti pelajar membeli makanan pula adalah di antara
pukul 11.30 pagi hingga 2.00 petang dan antara pukul 6.30 malam hingga 8.00
malam. Selain itu, majoriti pelajar telah mengabaikan pengambilan sarapan pagi.
Situasi ini merupakan amalan pemakanan yang tidak sihat dalam kalangan pelajar.
Situasi ini berlaku disebabkan pelajar terpaksa
berjimat-cermat dengan menghadkan pembelian makanan di kafetaria disebabkan
harga makanan yang dijual adalah mahal. Keadaan ini disokong dengan dapatan
kajian ini di mana kebanyakan perbelanjaan adalah pada makanan berbanding perbelanjaan
lain. Selain itu, terdapat segelintir pelajar yang hanya bergantung 100% kepada
elaun sebanyak RM250.00 yang mereka perolehi setiap bulan.
RUMUSAN
Dapatan daripada kajian ini membuktikan, pengusaha-pengusaha
kafetaria telah gagal memenuhi kriteria pemakanan seimbang dalam menu yang
ditawarkan kepada pelajar. Di samping itu, harga makanan yang dijual di kafetaria-kafetaria
kolej adalah terlalu mahal dan amat membebankan pelajar. Kedua-dua faktor
tersebut telah banyak mempengaruhi amalan pemakanan tidak sihat pelajar di
Kolej Matrikulasi Labuan.
CADANGAN
Berdasarkan dapatan kajian tersebut, penyelidik mengutarakan
beberapa cadangan untuk diberi perhatian sewajarnya oleh pihak-pihak yang
bertanggungjawab, antaranya:
1. Pihak Kolej
- Menyediakan platform kepada pengusaha-pengusaha kafetaria bagi meningkatkan pengetahuan mereka dalam bidang pemakanan agar mereka dapat menyediakan makanan yang sihat dan berkualiti kepada pelajar.
- Memantau secara berkala terhadap aspek-aspek kebersihan, penyediaan makanan berkhasiat dan harga makanan yang ditawarkan.
- Sentiasa menanamkan kesedaran tentang tanggungjawab sosial kepada pengusaha-pengusaha kafetaria terhadap pelajar
- Sentiasa mendekati pelajar bagi menyelami permasalahan yang mereka hadapi.
- Membaik pulih sinki, kerusi, meja dan tandas yang rosak di kafetaria-kafetaria kolej.
2. Pengusaha Kafetaria
- Meningkatkan pengetahuan di dalam bidang pemakanan.
- Mempamerkan senarai harga makanan yang dijual di premis-premis perniagaan.
- Mempelbagaikan menu makanan yang berkhasiat dan berkualiti tinggi.
- Memastikan kebersihan sentiasa dititikberatkan dan menjadi keutamaan.
3. Pensyarah
- Memberikan pendedahan pendidikan kesihatan kepada pelajar tentang kepentingan makanan seimbang.
- Memberi pendedahan berkaitan hak-hak pengguna kepada pelajar.
- Berani memperjuangkan hak-hak mereka sebagai pengguna.
- Melaporkan salah laku pengusaha-pengusaha kafetaria kepada pihak kolej.
- Memberi kaunsling dan amaran kepada pengusaha kafetaria yang sentiasa mengambil kesempatan menjual makanan yang tidak bermutu dan menjual dengan harga yang mahal.
BIBLIOGRAFI
Alexander, L. and Yeong, Boon Yee (1990). “The first
nutrition guide for Asian Parents Feed Your Child Right”. Times Books International. Singapore.
Dr.Fatimah Arshad (1988). Makanlah Sayang. Times Edition
Pte.LTD. Selangor.
Kementerian Pendidikan Malaysia dan Kementerian Kesihatan
Malaysia (1989),“Garis Panduan Kantin Sekolah.” Kuala Lumpur: DBP.
Norulaida Ibrahim (2007), Persepsi Guru Terhadap
Perkhidmatan Makanan Di Kantin Sekolah Sekolah Kebangsaan Pasir Gudang 4, Johor” : Universiti
Teknologi Malaysia.
Oleh :
Mohd Fuad Salihin
Unit Kokurikulum,
Jabatan Pengurusan Pelajar,
Kolej Matrikulasi Labuan.
2014