Disclaimer

MatriXwoo2 does not give any warranty on accuracy, completeness, functionality, usefulness or other assurances as to the content appearing in this blog. MatriXwoo2 disclaims all responsibility for any losses, damage to property or personal injury suffered directly or indirectly from reliance on such information.

Selasa, 26 Julai 2016

Siapa kata lemak tak penting?


Fungsi lemak
  1. Lemak tidak boleh membekalkan tenaga segera untuk aktiviti tetapi ia boleh digunakan tubuh untuk aktiviti berintensiti rendah seperti joging, jalan, senamrobik dan sebagainya.
  2. Lemak menyediakan penebat dan perlindungan kepada organ-organ penting seperti jantung, paru-paru dan hati.
  3. Lemak adalah agen pengangkutan vitamin A, D, E dan K yang mana tidak larut dalam air tetapi larut dalam lemak.
Lemak boleh dipecahkan kepada beberapa jenis;
  • Lemak Tepu + Lemak Trans - Lemak tepu hadir dalam makanan seperti daging merah, kuning telur, keju, mentega, susu, bahan-bahan biskut, kek, makanan bergoreng dan sebagainya. Pemakanan rakyat Malaysia secara amnya mengandungi sekitar 40% lemak. Daripada jumlah ini, 20-25% daripada lemak tepu, yang mana menjadi punca utama penyakit jantung koronari, kencing manis dan penyakit degeneratif yang lain. Minyak sayuran yang dimasak juga termasuk dalam kategori lemak trans, jadi jangan gunakan minyak zaitun untuk masak. Minyak zaitun elok digunakan selepas makanan siap dimasak sebagai dressing.
  • Lemak Tak Tepu - Lemak tak tepu terbahagi kepada monounsaturated (mono) dan polyunsaturated (poli). Lemak mono sebenarnya boleh mengurangkan risiko penyakit jantung koronari dan terdapat dalam makanan seperti minyak zaitun, minyak canola, avocado, almond dan sebagainya. Lemak poli terdapat dalam minyak bunga matahari, minyak jagung, dan sebagainya.Lemak mono perlu dilebihkan dalam diet harian. Ia membantu menurunkan paras LDL (low density lipoprotein).
  • Asid Lemak - Asid lemak perlu adalah daripada kategori lemak poli juga. Mereka penting dalam mencegah pelbagai penyakit seperti sakit jantung koronari, diabetis jenis 2, sesetengah kanser, arthritis, tekanan dan sebagainya. Terdapat tiga jenis asid lemak penting iaitu omega-3, omega-6, dan omega-9. Omega-3 dan omega-6 boleh diambil melalui pemakanan manakala omega-9 boleh dihasilkan melalui lebihan omega yang lain. Beberapa jenis omega boleh dijumpai dalam makanan seperti avocado, biji-bijian, minyak flaxseed, walnut, minyak ikan, ikan salmon, sardin, tuna dan sebagainya.
  • Kolesterol - Kolesterol sebenarnya penting untuk pelbagai fungsi seperti pengangkutan. Terdapat dua jenis kolesterol, low density lipoprotein (LDL) dan high density lipoprotein (HDL). LDL dikenali sebagai kolesterol jahat kerana ianya akan disimpan di dinding arteri dan seterusnya membentuk sekatan di arteri. HDL pula dikenali sebagai kolesterol baik yang bertindak sebagai penyapu jalan di arteri dan membawa kolesterol tak perlu ke hati untuk diproses.
Walaupun lemak diperlukan badan tetapi perlu diingatkan bahawa lemak tetap lemak.1 gram lemak mengandungi 9 kalori. Terlalu banyak lemak walaupun lemak yang baik akan disimpan sebagai lemak juga. Tahukah anda, pengambilan lemak trans yang tinggi dalam diet boleh menjadi penyebab tekanan atau depression?

Kenapa perlu seimbangkan pemakanan makanan berasid dan alkali?


Paras pH badan boleh menjejaskan kesihatan. Makanan yang tinggi kandungan asid menghalang tindakan saraf, manakala makanan yang kaya dengan alkali merangsang tindakan saraf. 

pH darah kita adalah 7.365 atau dibundarkan ke 7.4 iaitu sedikit ke arah julat alkali. Julat asid adalah daripada 0 hingga 7 dan alkali daripada 7 hingga 14.

Sistem imunisasi kita berfungsi dengan baik di bawah keadaan alkali tetapi juga memerlukan keadaan berasid. Ini menunjukkan tubuh manusia memerlukan keseimbangan untuk mengekalkan pH darah pada 7.4. Metabolisme keseluruhan bergantung pada keseimbangan makanan berasid dan alkali.

Kenapa perlu seimbangkan pemakanan makanan berasid dan alkali?
  • Kesihatan buah pinggang, usus, sistem penghadaman dan hati
  • Melawan penyakit seperti arthritis dan sakit jantung
  • Mempertahankan badan dari kerosakan sel radikal bebas
  • Membantu memperoleh mineral dan vitamin dari makanan
  • Mengekalkan dan meningkatkan mobiliti sendi dan otot
  • Meningkatkan tahap oksigen dalam pengaliran darah
  • Keseimbangan antara kedua-dua makanan mengawal masalah penghadaman dan pergerakan usus
  • Mengawal paras gula
  • Mengekalkan tekanan darah serta mengawal kenaikan dan penurunannya.

Tinggi Alkali
Sedarhana
Rendah
Kategori
Rendah
Sedarhana
Tinggi Asid
Stevia (pemanis tiruan)
Sirap maple
Madu asli
Gula
Madu proses
Gula proses (gula pasir, gula perang)
Aspartame equal (pemanis tiruan)
Tembikai, anggur, manga, betik, lemon, limau
Kurma,kivi, blueberries, epal, pear, kismis
Pisang, peach, avocado, oren
Buah
Plum, buah proses

Blackberries, asam
Asparagus, bawang, brkoli, halia
Kacang hijau, selari, keledek, timun
Lobak, jagung, tomato, kobis, kacang pea, soya tauhu
Sayur
Bayam dimasak
Kentang tanpa kulit
Cokelat

Almond
Chestnut
Kekacang
Biji labu
Cashew
Kacang tanah
Minyak zaitun

Minyak kelapa sawit,
Minyak
Minyak jagung





Serat
Roti serat, beras perang
Nasi putih, oat
Roti p[utih, pasta



Daging
Ikan
Ayam
Daging merah

Susu ibu
Kacang soya, susu kambing, whey
Produk tenusu
Yogurt, margerin, mentega, keju
Susu lembu
Aiskrim
Air lemon, teh herba
Teh hijau
Teh halia
Minuman
Teh tarik
Kopi
Bir, minuman bergas


Muntah dan loya semasa senam!


Terdapat beberapa kemungkinan: 
  • Bersenam Perut Kosong - Jika anda bersenam dengan perut kosong, terutama selepas bangun tidur, anda berkemungkinan rasa loya atau nak pitam. Ini adalah kerana badan anda rendah nutrisi dan tenaga yang diperlukan untuk melakukan aktiviti tersebut. Jika karbohidrat terlalu rendah, badan akan menggunakan otot dan lemak sebagai tenaga. Apa kata cuba makan sedikit sebelum memulakan latihan. Jika anda menyasarkan bakar lemak, dapatkan sedikit makanan berprotein 30 hingga 60 minit sebelum bersenam.
  • Masa Makan - Masa makan tidak betul juga berkemungkinan menyebabkan rasa loya, pening dan nak muntah. Ada jenis karbohidrat yang cepat hadam, ada yang lambat hadam. Jika anda makan karbohidrat kompleks seperti nasi, pastikan masa makan sekitar 2 jam sebelum bersenam, bergantung pada metabolisme seseorang. Ada rasa mengantuk ketika bersenam? Ia mungkin disebabkan insulin dirembaskan pada masa yang tidak sepatutnya dan menyebabkan gula rendah dalam darah.
  • Kekurangan Cecair - Kesimbangan air dalam badan kita penting. Berpeluh menyebabkan air hilang daripada badan dan perlu digantikan balik. Minum air ketika bersenam. Air yang paling sesuai adalah air sejuk dengan suhu 2 hingga 4 darjah celsius. Air sejuk dan bukan air ais. Air panas menyebabkan air tersebut lambat turun ke usus dan berada di perut. Air diserap di usus dan bukannya di perut.
  • Tekanan Darah Tinggi - Pergerakan yang tertumpu pada satu bahagian mungkin menyebabkan rasa pening pada orang yang mengalami masalah tekanan darah tinggi. Bila kali terakhir anda periksa tekanan darah?
  • Tekanan Darah Rendah - Pergerakan laju, kurang rehat mungkin memberi masalah pada mereka yang mengalami tekanan darah rendah. Ambil masa anda untuk beralih daripada satu set senaman ke set berikutnya. Elakkan senaman yang perlu bangun dan duduk dalam masa cepat.
  • Pengumpulan Darah - Darah berkumpul di satu tempat pada senaman yang berat seperti squat, deadlift. Kurang darah beroksigen yang disalurkan ke otak ketika itu. Pastikan anda mengambil masa untuk pulih sebelum memulakan set seterusnya. Jangan duduk selepas squat. Berjalan berlahan untuk melancarkan kembali aliran darah atau baring dengan meninggikan kaki.
  • Anemia - Anemia adalah masalah disebabkan kekurangan zat besi. Kekurangan zat besi menyebabkan kekurangan sel darah merah atau kurang pembawa oksigen. Senaman berat mungkin menyebabkan oksigen lambat kembali ke otak.
  • Pernafasan - Teknik pernafasan tidak betul ketika bersenam jika mungkin menyebabkan rasa pening dan mual. Bernafas dengan cara yang betul boleh meningkatkan kapasiti paru-paru dan mengawal kadar denyutan jantung agar tidak terlalu tinggi.
  • Terlalu Banyak - Jika anda baru bersenam atau sudah lama meninggalkannya, mulakannya secara berperingkat. Jangan terlalu syok sehingga ingin melakukan semua dalam masa sehari. Tak pasal-pasal kena panggil ambulan datang nanti.
  • Masalah Lain - Terdapat beberapa kemungkinan lain seperti masalah jantung dan sebagainya. Dapatkan pemeriksaan doktor sebelum memulakan sesuatu aktiviti senaman itu jika perlu.

Rabu, 20 Julai 2016

Perihal KENTUT!



Purrrrtttttt .... ooooohahhhh lega!

Kentut merupakan salah satu nikmat hidup yang menyeronokkan. 

Anda pasti setuju!

Mengapa tiba-tiba berat badan naik mendadak pada minggu pertama atau sebulan raya?


Alhamdulillah kerana kita berjaya melalui fasa latihan di bulan Ramadhan. Mudah-mudahan amalan kita diterima Allah.

Dalam kesihatan, ibadah berpuasa melatih sistem tubuh berfungsi lebih baik dan akan meningkatkan kualiti kesihatan.

Ada yang memilih untuk berehat daripada hardcore workout dan ada juga yang meneruskan rutin berkerja seperti bulan-bulan yang lain. Ramai yang gembira kerana berjaya menurunkan berat badan di bulan puasa, diucapkan tahniah. Tetapi persoalan, mengapa tiba-tiba berat badan naik mendadak pada minggu pertama atau sebulan raya?

Jawapan daripada persoalan di atas ialah:

Slapped Disc


Entri ini saya tulis, selepas berziarah hari raya di rumah Mak Cik di Sg. Mati. Saya dapati pergerakan beliau terbatas kerana katanya beliau mengalami slipped disc akibat tersalah langkah di bathub rumah anaknya di KL. Didoakan semoga beliau cepat sembuh dan sentiasa dirahmati Allah seisi keluarga...ameen

Selasa, 19 Julai 2016

Bolehkan makan nasi ketika sedang diet?

Dah lama tak pekena asam pedas Muo ...Fuhhhh!
Ramai rasanya yang takut dengar perkataan nasi, sehingga timbul tanggapan umum, ‘nasi menggemukkan’. 

Ahad, 17 Julai 2016

Hormone Estrogen

Estrogen adalah hormone seks utama wanita. Estrogen digunakan dalam sebahagian daripada pil perancang,terapi penggantian estrogen bagi perempuan putus haid, alam penggantian hormon bagi perempuan trans. 

Seperti semua jenis hormon, estrogen mudah meresap merentasi membran sel. Sebaik berada di dalam sel, mereka mengikat dan mengaktifkan reseptor estrogen yang mengubah strukturnya. Estrogen terdapat dalam perempuan dan lelaki. Lelaki biasanya sedikit. Lelaki lembut biasanya lebih. Majoriti estrogen dihasilkan di ovari, corpus luteum dan plasenta. Kilang terbesar ovari tetapi juga dihasilkan sedikit di hati, kelenjar adrenal dan tisu buah dada. Biasanya apabila kitar haid sudah berhenti, kilang-kilang kedua ini akan menjadi sumber estrogen pertama. Lemak juga menghasilkan estrogen. Ini menunjukkan bahayanya menjadi seorang yang lebih atau kurang berat badan.Keinginan seks tidak bergantung pada tahap estrogen tetapi lebih pada androgen atau nama lainya adalah testosteron.

Fungsi:
  • memberi rupa-rupa atau karektor perempuan
  • mengurangkan otot
  • meningkatkan simpanan lemak
  • meransang pertumbuhan endometrial
  • meningkatkan pelincir vaginal
  • menebalkan dinding vaginal
  • mencantikkan kulit dan salur darah
  • menukar bentuk badan daripada endomorph kepeda mesomorph ke extomorph
  • meningkatkan pengeluaran hepatik pengikat protein
  • mengurangkan antithrombin III
  • meningkatkan HDL
  • mengurangkan LDL
  • meningkatkan kortisol
  • mengekalkan garam dan retansi air
  • menyokong hormon yang sensitif dengan kanser payu dara

Kenapa bila menggunakan steroid untuk aktiviti sukan, kebanyakan lelaki menjadi lembut ?
  • Apabila menggunakan testosteron daripada luar, secara tidak langsung, kilang penghasilan utama iaitu testis akan ditutup. 
  • Apabila testosteron mencecah satu tahap yang tinggi (berbeza mengikut individu), secara langsung badan akan bertindak menghasilkan estrogen dalam jumlah yang baik. 
  • Lelaki juga mampu menghasilkan estrogen, cuma tidak mempunyai kilang utama iaitu ovari. 
  • Estrogen dihasilkan untuk seimbangkan kembali ratio antara testosteron dan estrogen. 
  • Bila estrogen menjadi terlalu tinggi, badan akan menunjukkan kesan atau karektor perempuan. 
  • Jadi dalam kitar steroid yang digunakan, ada dimasukkan anti-estrogen untuk menghalang kenaikan estrogen.

Apa itu terapi menggantian hormone ?
  • Terapi penggantian hormon, menggunakan estrogen diberi kepada perempuan postmenopausal untuk mencegah osteoporosis dan juga merawat simtom-simtom menopause seperti kekeringan vaginal, kencing tidak lawas, keletihan, berpeluh dan sebagainya. 
  • Lelaki yang ingin menjadi perempuan menggunakannya untuk menjadi lembut dan memiliki karektor-karektor seperti perempuan.




Budu baik untuk anda!


Pernah makan budu? Saya pernah cuba, mula-mula nak muntah....tapi akhirnye boleh la!. Sedap ke? Masin, masam, lemak dan ada rasa 'hanyer' ikan! Walaupun saya makan budu, tapi saya tak boleh tahan dengan baunya. Kawan saya, kalau tak ada budu, kurang selera makan katanya! Namun begitu, budu termasuk kelompok makanan sihat dunia. 

Apa dia budu tu? 
  • Budu merupakan makanan tradisional daripada Kelantan dan Terengganu yang diperbuat daripada ikan bilis yang dijeruk sehingga hancur. 
  • Hasilnya daripada hidrolisis dan microbial proteases. 
  • Rasa dan baunya adalah daripada tindakan mikro organisma proteolitik yang masih hidup semasa proses penapaian. 
  • Aren dan asam jawa biasanya ditambah untuk menggalakkan tindak balas dan menyebabkan warna coklat gelap. 
  • Nisbah ikan untuk garam memainkan peranan penting untuk produk akhir yang diingini. 
  • Kepekatan garam yang berbeza mempengaruhi aktiviti mikrob dan enzim menyebabkan rasa yang berbeza.
  • Mikro organisma yang ditemui semasa pengeluaran budu diklasifikasi sebagai halophilic.
  • Mikro organisma memainkan peranan penting dalam degradasi protein dan perisa.

Budu banyak khasiatnya!
  • Kajian menunjukkan budu memiliki banyak antioksida termasuk glutaione, isoflavon (6, 7, 4 trihidroksi isoflavon) dan sebagainya. 
  • Budu juga berpotensi melawan radikal bebas dan dipercayai mampu menghalang proses penuaan, mencegah beberapa penyakit degeneratif seperti sakit jantung, diabetis, kanser dan sebagainya. 
  • Kajian lanjutan lebih berkisar tentang kandungan yang terdapat dalam budu.
Apa yang ada dalam budu? 
  • Budu mudah dicerna dan mampu mengatasi masalah cirit birit pada kanak-kanak. 
  • Budu juga merangsang sel-sel otak dan memperkukuh ikatan di antara neuron serta menguatkan neuron yang lemah. 
  • Memakan budu boleh membantutkan perkembangan dan pertumbuhan bakteria raffinosa dan stokiosa yang mana merupakan penyebab utama gejala flatulensi dan masalah kembung perut. 
  • Budu merupakan penyumbang utama vitamin B12 yang dihasilkan oleh bakteria klebsiella pneumonieae dan citrobacter frundiin. Vitamin B12 perlu untuk pembentukan sel darah merah.
  • Terdapat pelbagai jenis mineral termasuk zat besi, kalsium, magnesium dan sebagainya di dalam budu, baik untuk tubuh. 
  • Kajian dijalankan menunjukkan unsur genestein dan phytoestrogen pada budu mencegah penyakit kanser, penuaan dan barah payu dara. 
  • Budu bersifat hipokolesterolemik, menurunkan lemak darah. 
  • Pemakanan budu sebanyak 150 gm sehari selama 2 minggu dapat menurunkan kadar kolesterol. 
  • Budu memiliki sumber yang baik dan juga serat yang tinggi sekitar 8 hingga 10 peratus.

Adakah makanan pedas baik?


Adakah makan makanan pedas elok diet anda? Ada sesetengah orang rasa tidak 'kick' makan jika ak pedas. Bahan dalam cili yang menyebabkan rasa nikmat terbakar itu dipanggil capsaicin.

Tahukah anda?

Ramai yang percaya bahawa makanan pedas boleh menyebabkan ulser perut. Tetapi mengikut kajian, memakan makanan pedas akan melindungi lapisan perut anda. Kajian, capsaicin sebenarnya menghalang rembesan asid dan merangsang alkali dan rembesan mukus, serta aliran darah ke lapisan perut, yang boleh membantu dalam pencegahan dan penyembuhan ulser. Kalau begitu, jika tiada masalah dengan perut, bolehlah melantak makanan pedas masa open house bulan Shawal ni.

Juga terdapat kajian menunjukkan makan makanan pedas boleh membantu sistem kardiovaskular. Antara kajian menunjukkan pengambilan cili selama 4 minggu mengurangkan pengoksidaan kolesterol LDL dimana pengoksidaan LDL menyumbang kepada atherosclerosis. Kajian lain juga menunjukkan makanan pedas boleh merehatkan salur darah dan mencegah hipertensi.

Banyak kajian dijalankan untuk mengkaji sifat anti-kanser capsaicin. Ada kajian mencadangkan capsaicin boleh menghalang pembiakan sel-sel kanser paru-paru. Ada kajian menunjukkan capsaicin boleh menyebabkan kematian sel dalam sel-sel kanser dan meninggalkan sel-sel sihat tidak terjejas. Walaupun kajian tidak berapa lengkap, tetapi menyatakan bahasa keseimbangan dalam pemakanan harian dengan pelbagai rasa termasuk pedas membantu dalam kesihatan. Dalam masa sama, perlu diingatkan, terlalu banyak benda baik pun boleh jadi tidak baik.

Kajian juga dijalankan dengan pesakit diabetis dan mendapati bahawa tahap gula lebih rendah pada kumpulan yang makan cili. Terdapat kajian pada tahun 2006 menunjukkan bahawa insulin kurang diperlukan jika makan makanan pedas. Ini menunjukkan menikmati cili boleh mengurangkan risiko hyperinsulinemia.

Terdapat juga kajian menunjukkan makanan pedas meningkatkan metabolisme. Kajian yang dijalankan di University of South Carolina di Columbia menunjukkan, mereka yang menikmati rempah india yang pedas untuk beberapa hari sebelum sesi latihan mempercepat pemulihan dan pembaikan otot.

Capsaicin juga mencetuskan reseptor sakit di dalam mulut yang mana seterusnya menyebabkan otak membebaskan endorfin yang menyebabkan rasa sensasi. Lonjakan kimia ini membantu meningkatkan mood seseorang.

Jika anda tidak tahan dengan pedas, anda boleh minum susu atau mengambil produk susu seperti yogurt untuk membantu mengurangkan rasa pedas itu.

Perlu diingatkan, walaupun pedas baik tetapi cili juga mempunyai kalori. Jadi ianya perlu dimasukkan dalam kiraan jika anda sedang menyasarkan sesuatu diet.

Featured post

Metos Makan Waktu Malam

  Makan malam buat anda gemuk? Tiada bukti secara saintifik  membuktikan kerap makan di waktu malam akan mengakibatkan seseorang itu mengala...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...