Disclaimer

MatriXwoo2 does not give any warranty on accuracy, completeness, functionality, usefulness or other assurances as to the content appearing in this blog. MatriXwoo2 disclaims all responsibility for any losses, damage to property or personal injury suffered directly or indirectly from reliance on such information.

Ahad, 31 Januari 2016

Panduan Memilih Kasut Bola

Ketika anda pergi ke kedai barangan sukan untuk membeli kasut bola baru, pernahkah anda jumpa dengan istilah-istilah FG, HG, SG, TF, AG dan IC?

Faktor pemilihan kasut bola

  • Apabila anda ingin membuat pembelian kasut bola yang baru, perkara yang pertama yang harus anda pertimbangkan adalah jenis padang yang anda akan beraksi.
  • Secara amnya,terdapat 6 jenis permukaan padang, dan setiap satunya mempunyai kasut bola khusus untuk setiap jenis padang.
  • Menggunakan kasut bola yang salah di permukaan padang yang salah boleh mengganggu cara anda bermain. Paling menakutkan, kaki anda juga berisiko untuk ditimpa kecederaan.

FG – Firm Ground (tanah padat)

  • Sesuai digunakan di permukaan tanah padat, padang kering dengan rumput pendek. 
  • Kebanyakkan kasut bola yang dipamerkan di rak kedai-kedai kasut di Malaysia adalah dari jenis Firm Ground (FG) ini.
  • Terdapat dua jenis corak studs yang biasa digunakan oleh kasut jenis ini iaitu studs jenis kon dan studs jenis blade.
  • Studs jenis kon lebih sesuai digunakan ketika keadaan padang adalah lembap dan studs jenis blade pula lebih sesuai untuk keadaan padang yang lebih kering.
Studs jenis blade
Studs jenis kon


HG – Hard Ground (tanah keras)

  • Sesuai digunakan di permukaan padang rumput yang kering dan keras
  • Kasut bola jenis ini sebenarnya amat mirip dengan jenis FG. Cuma di UK dan Ireland mereka lebih gemar memanggil dengan terma Hard Ground (HG), terutamanya syarikat Umbro.
  • Jika kasut bola FG boleh digunakan di permukaan padang lembap dan kering, kasut bola HG khas untuk permukaan padang kering sahaja.
  • Jumlah studs-nya juga lebih banyak dan pendek. hati-hati, studs jenis blade sangat berbahaya untuk dipakai jika permukaan padang tak rata.




SG – Soft Ground (tanah lembut)
  • Sesuai digunakan di permukaan padang yang lembut, becak, berlecah atau mempunyai rumput yang panjang.
  • Kasut bola dari jenis Soft Ground (SG) ini biasanya menggunakan studs logam berbentuk bulat. Jumlah studs pula sedikit berbanding kasut bola FG dan HG.
  • Rekaan klasik kasut jenis ini biasanya mempunyai hanya 6 studs – 4 studs di bahagian tapak dan 2studs di bahagian tumit.
  • Dengan jumlah studs yang minimum, kasut bola SG tidak akan mudah lekat di permukaan padang yang basah dan berlecah.
  • Berbanding kasut bola FG yang lebih universal penggunaannya, kasut bola SG ini jarang digunakan.
  • Kini penggunaannya banyak diharamkan dalam liga amatur, kerana studs logam senang mencederakan pemain.







AG – Astrograss / Artificial Grass (padang tiruan)
  • Sesuai digunakan di permukaan padang rumput tiruan.
  • Kasut bola jenis Artificial Ground (AG) biasanya mempunyai banyak studs pendek dan tebal. Ini adalah untuk memberi cengkaman tambahan ketika beraksi di atas padang tiruan.
  • Kasut jenis ini juga biasanya kelihatan lebih berkilat kerana ia mempunyai lapisan laquer – sejenis lilin khas yang melindungi kasut tersebut dari ketajaman rumput tiruan.
  • Studs kasut bola AG juga ada kalanya berlubang untuk memberikan lebih cengkaman dan membuatkannya lebih ringan.
  • Terdapat dua jenis rumput tiruan yang popular di Malaysia – 3G dan 4G.
  • Padang tiruan 3G mempunyai biji-biji getah kecil pada permukaannya.
  • Manakala padang rumput tiruan 4G lebih realistik, dengan rumput yang lebih panjang dan mempunyai gabungan biji-biji getah kecil dan pasir dibawah permukaannya.






IC – Indoor Court
  • Sesuai digunakan di permukaan gelanggang futsal.
  • Kasut bola jenis ini Indoor Court (IC) atau Indoor Trainer (IT) direka khusus untuk perlawanan bola sepak indoor seperti futsal.
  • Kasut jenis ini umumnya mempunyai tapak yang lebih rata, dengan kebolehan untuk melentur.
  • Ia juga amat fleksibel dan lebih selesa dipakai berbanding jenis kasut bola yang lain kerana mempunyai tapak getah sintetik.







ST – Street Soccer
  • Sesuai digunakan di permukaan tar jalan raya
  • Kasut bola jenis Street Soccer (ST) ini tak banyak bezanya dengan kasut futsal, tetapi direka  dengan jahitan berkembar dan tapak getah yang lebih keras.
  • Kasut jenis ini tidak mempunyai pengelasan yang khusus, namun sesetengah pengeluar kasut melabelkan kasut bola khas untuk street soccer sebagai ST.





Jumaat, 29 Januari 2016

Metabolisme Sel


Metabolisme sel merujuk kepada jumlah tindak balas kimia di dalam tubuh, iaitu penghasilan tenaga yang disimpan dalam bentuk ATP (Adenosine Trifosfat) dan molekul atau bahan organic yang diperlukan oleh tubuh.

Penghasilan tenaga juga dikenali sebagai katabolisme, manakala penghasilan molekul organic baru dikenali sebagai  anabolisme.

( ATP + H2O ---------- ADP + Pi )

ADP = adenosine difosfat      Pi = Fosfat inorganik

ATP merupakan sebatian tenaga utama di dalam sel. ATP menyediakan tenaga bagi kebanyakan aktiviti sel yang menggunakan tenaga, seperti sentisis  RNA dan mengawal atur kebanyakan tindak balas kimia.

Selain itu, ATP juga berfungsi di luar sel seperti menghasilkan rangsangan kesakitan dan meregangkan dinding pundi kencing.

Tenaga diperolehi dari molekul ATP apabila kumpulan fosfat ketiga pada ATP disingkir melalui proses hidrolisis.

Ikatan kumpulan fosfat ini merupakan ikatan lemah iaitu tenaga ikatannya rendah. Namun begitu, pemutusan ikatan ini membebaskan tenaga yang tinggi.


Rajah : Metabolisme sel terdiri daripada tindak balas katabolisme dan anabolisme yang
menghasilkan 60% tenaga haba dan 40% tenaga yang disimpan dalam bentuk ATP

Sentisis ATP

Setiap sel yang hidu perlu tenaga dalam bentuk ATP. Tenaga ATP diperolehi melalui tindak balas pemecahan molekul organik, iaitu nutrien makanan.

Untuk menjalankan proses ini, sel mesti memperolehi air, vitamin, ion dan oksigen.

Oksigen diperolehi daripada paru-paru, manakala bahan-bahan lain yang dikenali sebagai nutrient diperolehi daripada penyerapan daripada system pencernaan.

Oksigen dan nutrient dihantar ke sel-sel seluruh tubuh oleh system kardiovaskular  melalui darah.

Tindak balas katabolisme yang menggunakan nutrient dalam sel akan menghasilkan tenaga.

Lebih kurang 40% daripada tenaga tersebut digunakan untuk mensintesis ATP daripada ADP dan fosfat tak organic, manakala 60% lagi dibebas sebagai tenaga haba.

Sentisis ATP ini berlaku di sitoplasma dan mitokonderion di dalam sel.

ADP + Pi ------------------ ATP + H2O

Tenaga  ATP digunakan untukmproses-proses yang memerlukan tenaga yang terdiri daripada:
  • Tindakbalas anabolisme, iaitu tindak balas biosentisis bagi tujuan tumbesaran dan pembahagian sel seperti:

  1. Pegabungan asid-asid amino menjadi protein.
  2. Pegabungan nukleotida menjadi DNA dan RNA dalam nucleus sel.
  3. Sentisis polisakarida seperti glikogen.
  4. Sintisis lemak.
  • Penguncupan otot
  • Pengangkutan aktif molekul ion.
  • Penghantaran impuls saraf.
  • Penyelanggaran isipadu sel melalui osmosis.
  • Pergerakan molekul silia dan flagella.
  • Fungsi-fungsi lain yang berbeza antara sel.


Selain proses-proses di atas, tenaga yanhg dihasilkan juga diguna untuk fungsi-fiungsi lain yang berbeza antara sel.

Ini kerana, setiap tisu tubuh mempunyai populasi sel berbeza dan tenaga serta nutrient yang diperlukan juga berbeza.

Selain itu, apabila tahap aktiviti tisu berubah, keperluan nutrient juga berubah, contohnya, tisu otot di dalam keadaan rehat jauh lebih rendah berbanding otot yang sedang berkerja.

Tenaga yang dibebaskan sebagai haba digunakan untuk menyelenggara suhu tubuh dan haba boleh disukat melalui unit kalori atau lebih tepat Joule mengikut system metrik.

Kalori bukan merujuk sebagai nilai tenaga yang terkandung dalam makanan.


Metabolisme Nutrien di Dalam Sel

Pencernaan secara mekanikal dan kimia menghasilkan molekul yang lebih ringkas iaitu glukosa, asid amino dan lipid.

Molekul ringkas yang dihasilkan ini diserap mel;alui saluran pencernaan dan diedar ke seluruh tubuh melalui system peredaran darah.

Nutrien ini meresap masuk ke dalam cecair interstisial, seteriusnya meresap ke sel melelui membrane sel. Nutrien ini bergabung dengan nutrient lain yang sedia ada dalam sitoplasma.

Nutrien seperti karbohidrat dan lemak yang berlebihan disimpan oleh dan organ tertentu dan digunakan kembali apabila kuantiti dan kualiti nutrient di dalam makanan yang dimakan tidak mencukupi.

Pengawal aturan penyimpanan dan penggunaan nutrient simpanan dilakukan oleh system endokrin dan system saraf.

Secara umum, sel yang mempunyai karbohidrat, lemak dan asid amino berlebihan akan memecahkan karbohidrat terlebih dahulu.

Apabila karbohidrat habis digunakan, lipid pula dipecahkan. Asid amino jarang digunakan bagi penghasilan tenaga.

Terdapat dua jenis metabolism sel yang kedua-dua tindak balas kimia ini dimangkinkan oleh molekul protein yang besar iaitu enzim.


Katabolisme

Merupakan tindak balas kimia yang melibatkan pemecahan bahan atau molekul organic yang membebaskan tenaga untuk mensintisis ATP atau sebatian bertenaga tinggi yang lain.

Dengan kata lain, katabolisme merupakan proses pemecahan molekul organic kepada molekul yang lebih kecil dan ringkas di sitoplasma dengan sedikit sahaja penghasilan ATP.

Molekul yangh terhasil ini akan masuk ke dalam mitokondria dan proses melilui kitar Krebs bagi menghasilan lebih bnanyak tenaga.

Lebih kurang 40% daripada tenaga yang dibebaskan diperangklap bagi menukar ADP kepada ATP dan sebanyak 60% lagi hilang dalam bentuk haba.


Anabolisme

Anabolisme ialah tindak balas kimia yang menggunakan tenaga daripada ATP untuk mensintisis molekul lebih besar dan baru termasuk makromolekul.

Molekul-molekul organic baru ini diperlukan untuk membina sebatian baru seperti pengantian membrane dan organel, penghasilan enzim dan struktur protein yang lain.

Tindak balas kimia ini melibatkan pembentukan ikatan kimia yang baharu. Oleh itu tenaga diperlukan dalam tindak balas anabolisme.

Tenaga untuk proses anabolisme diperolehi dari ATP yang dihasilkan di mitokondria. Anabolisme memerlukan lebih banyak asid amino berbanding lemak dan sedikit sahaja karbohidrat.

Komponen atau molekul organic baru perlu disintisis oleh sel, untuk:
  1. Pemulihan  dan pembaikan struktur sel – Kebanyakan molekul organic dan struktur dalam sel termasuk organel bersifat sementara. Oleh pembuangan dan penggantian molekul dan struktur tersebut merupakan proses pusingan ganti metabolic (metabolic turnover).
  2. Tumbesaran – Molekul organic yang disentisis oleh sel merupakan persediaan sel untuk membahagi dan mensintesis protein dan organel.
  3. Menghasilkan rembesan – beberapa sel seperti sel mucus dan sel pancreas perlu mensintises bahan atau molekul organic dan menghantarnya ke cecair ruang-ruang (interstitial) untuk dirembeskan.

Ahad, 24 Januari 2016

Kebimbangan ( Anxiety)


Mohammed (1992), kebimbangan boleh didefinasikan sebagai satu keadaan negatif yang dialami oleh manusia dan merupakan gabungan antara perasaan takut, seram, gentar, runsing, cemas, bimbang, risau, gelisah, khuatir dan pelbagai emosi lain. Perasaan cemas dan bimbang ini akan terus berlaku apabila seseorang itu merasa khuatir akan kebolehan dan kepakarannya. Seseorang itu merasa ragu-ragu sama ada ia boleh atau mungkin ia tidak berupaya melakukan tugasan dengan baik.


Mahoney dan Meyers (1989), kebimbangan adalah pengalaman dan dilaporkan berlaku kepada semua atlet tanpa mengira usia dan tahap kemahiran. Pengalaman dan kemahiran atlet dilaporkan dari sikap yang berbeza dan banyak menghala kepada bagaimana pengalaman mereka menghadapi kebimbangan. Kesungguhan dan kesan kepada prestasi kebimbangan kemungkinan berkaitan kepada tafsiran seseorang individu.

Scanlan, T.K., Stein, G.L. dan Ravizza, K., (1991), tekanan dari pertandingan boleh didefinisikan sebagai emosi negatif, perasaan dan pemikiran yang mungkin memberikan pengalaman kepada atlit tentang perasaan tidak yakin pada diri sendiri, bimbang, otot terasa tertekan, takut, reaksi fizikal, hanya memikirkan kebimbangan dan perkara-perkara negatif. Kebimbangan boleh ditakrifkan sebagai kesan kognitif atau emosi yang terhasil dari persepsi terhadap situasi yang dihadapi, yang dilahirkan dalam bentuk ancaman yang bakal diterima oleh seseorang individu seperti kekalahan, ugutan fizikal, rasa malu dan sebagainya.
Conger (1973) menakrifkan kebimbangan sebagai satu penentuan yang amat penting di dalam mengkaji tingkah laku manusia. Beliau juga menyatakan bahawa kebimbangan yang wujud dalam diri seseorang itu adalah hasil daripada pengalaman kesakitan masa lampau, contohnya sakit yang dirasai semasa kanak-kanak akan mewujudkan perasaan bimbang apabila mereka dewasa kelak.

Dollard dan Miller (1950) pula menyatakan kebimbangan berlaku disebabkan kanak-kanak mempunyai pelbagai perasaan kecewa.

Tingkah laku kebimbangan boleh menimbulkan gerak balas dalaman terhadap perasaan, pemikiran, tindakan psikologi dan juga konflik tingkah laku.

Kelly (1955) menyatakan bahawa manusia menggunakan sistem konstruk untuk menjangkakan apa yang akan berlaku dalam hidupnya dan kebimbangan wujud apabila kita berhadapan dengan peristiwa-peristiwa di luar kawasan keselesaan.

Frued, S (1977) menyatakan bahawa tumpuan seharusnya diberikan kepada tingkah laku berbanding dengan perasaan kerana tingkah laku boleh diubah, tetapi realiti juga berpendapat bahawa manusia tidak boleh mengarahkan dirinya untuk merasa lebih baik tetapi manusia boleh mengarahkan dirinya untuk melakukan sesuatu yang lebih baik.


Kebimbangan Dalam Sukan



Kebimbangan merupakan salah satu elemen yang boleh mengugat prestasi individu dalam sukan.

Terdapat punca-punca khusus yang akan membuatkan seseorang itu merasa tertekan dan menjadi bimbang.

Kegagalan melakukan tindakan yang sepatutnya di saat-saat genting sering kali menjadi penyebab kepada kekalahan pemain atau pasukan.

Kegagalan melakukan tindakan yang tepat pada masanya berpunca dari tekanan serta peningkatan tahap kebimbangan sehingga menyebabkan individu yang berkenaan tidak mampu memberikan tumpuan serta dapat berfikir secara optimum sebelum membuat sesuatu keputusan.

Kesannya, tindakan yang dibuat di bawah tekanan sering kali mengakibatkan kegagalan.

Levitt (1980), kebimbangan berpunca dari kebangkitan fisiologikal dan stres yang dihasilkan berdasarkan kepada interpretasi negatif yang telah dibuat oleh individu tersebut.

Levitt telah mengkategorikan kebimbingan kepada dua:
  1. kebimbingan tret (trait anxiety) yang merujuk kepada ciri-ciri personaliti individu.
  2. kebimbangan seketika (state anxiety) yang merujuk kepada tahap kebimbangan semasa yang terhasil dari persepsi individu terhadap bentuk tekanan yang terdapat di persekitarannya pada waktu itu.

Teori-Teori Kebimbangan (Psikoanalitik)


Freud (1977) apabila tenaga libido dipendamkan, ia bertukar menjadi kebimbangan dan akan muncul sebagai kebimbangan bebas atau sebagai satu simptom kebimbangan. Misalnya kanak-kanak menjadi bimbang apabila ibunya tidak ada bersamanya kerana kanak-kanak itu tidak dapat menyalurkan libido (perasaan) kepada ibunya dan libido itu wujud sebagai satu kebimbangan. 

Jika kebimbangan objektif adalah tindak balas dari ancaman luar, maka kebimbangan neurotik adalah pelarian daripada desakan libido itu sendiri (Azizi et. al, 2006).

Menurutnya lagi pengalaman kebimbangan neurotik membuatkan ego yang berperanan memproses ancaman ini akan cuba lari daripada desakan libido ini, dan menjadikan ancaman dalaman ini sebagai yang datang dari luar, dan dengan sendirinya tidak melibatkan ego untuk berbuat sesuatu.

Teori kebimbangan yang berpusatkan kepada peranan libido, tidak dapat menghuraikan kebimbangan jenis fobia (Azizi et. al, 2006).

Freud (1977) mendapati bagi jenis-jenis kebimbangan yang lain, ego lebih berperanan jika dibandingkan dengan id yang bertukar menjadi libido. Ego mengamati bahaya dan dengan sendirinya akan meninggalkan kesan kebimbangan.

Azizi et. al (2006) mengulas lagi, ini bererti, bukan pemendaman libido yang menjadi punca kebimbangan tetapi kebimbangan telah wujud sedia ada apabila telah diamati oleh ego tadi dan ini bermakna kebimbangan adalah punca pemendaman.

Freud (1977) menjelaskan, fenomena kebimbangan adalah ciri semula jadi suatu organisma itu. Ia adalah sebahagian daripada naluri semula jadi untuk keselamatan kendiri dan diwarisi secara genetik. Kebimbangan objektif dialami secara semula jadi tetapi kebimbangan yang spesifik adalah dipelajari. Beliau menyatakan kebimbangan adalah punca daripada renjatan emosi dan takutkan kembiri (fear of castration).

Hakikatnya, superego merupakan identiti sebenar individu normal kerana superego beroperasi mengikut prinsip kesempurnaan dan berfungsi menghalang kehendak-kehendak id dan menyebabkan seseorang akan merasa tidak patut apabila takutkan sesuatu yang tidak perlu ditakutkan. Oleh itu, egolah yang patut menyeimbangkan kehendak-kehendak id supaya perasaan takut itu tidak terlalu diikutkan.



Jenis-jenis Kebimbangan

Menurut Wann (1997) kebimbangan ialah sesuatu yang negatif dan boleh mempengaruhi pencapaian atlet dalam sukan. Apabila memperkatakan kebimbangan di kalangan atlet maka perlu dijelaskan mengenai kebimbangan tret dan kebimbangan seketika.

Berdasarkan kepada Silva dan Stevens (2002) kebimbangan tret adalah merujuk kepada personaliti seseorang individu di mana ia bersifat stabil dan mereka sering mentafsirkan situasi persekitaran dengan perasaan risau atau bimbang yang boleh meningkatkan tahap kebangkitan (arousal). Ini menunjukkan kebanyakan masyarakat mempunyai tahap kebimbangan tret yang sederhana dan sedikit sahaja yang tinggi atau rendah tahap kebimbangan tret.

Manakala kebimbangan seketika merujuk kepada tahap kebimbangan semasa yang terhasil dari persepsi individu terhadap bentuk tekanan yang terdapat di persekitaran pada waktu itu (Shaharudin 2001). Beliau menyatakan kebimbangan terbahagi kepada dua jenis iaitu:
  1. Kebimbangan kognitif seketika - merupakan komponen mental kebimbangan seketika yang merujuk kepada proses mental yang bersifat kognitif yang berlaku akibat dari tafsiran terhadap situasi semasa seperti perasan risau, takut, kecewa, gementar dan lain-lain.
  2. Kebimbangan somatik seketika - merujuk kepada aspek fisiologikal dan afektif individu yang terbabit kesan dari kebimbangan kognitif yang wujud dari dalam individu tersebut yang menyebabkan peningkatan denyutan jantung, kadar nadi, peredaran darah, perpeluhan, pernafasan, kerap buang air kecil dan lain-lain. Bagi individu yang dikategorikan sebagai A-trait, sekiranya beliau mentafsirkan bahawa tekanan yang wujud dipersekitarannya cukup menekan, maka individu tersebut akan bertindak atau memberikan respons yang akan meningkatkan lagi tahap kebimbangan serta kebangkitan fisiologikalnya. Kebimbangan itu dimanifestasikan oleh rasa tertekan , takut, peningkatan kadar nadi serta tangan atau badan mengeletar. Kesannya individu tersebut rasa semakin tertekan dan takut serta aksinya pula tidak menentu.
Terdapat hubungan di antara kebimbangan tret dan kebimbangan seketika yang dijelaskan oleh Marten et al. di dalam Wann (1997) mengenai Teori Kebimbangan Seketika. Teori ini menjelaskan mengenai respons objektif dan jangkaan situasi yang akan dihadapi. Di mana ianya merangkumi persepsi jangkaan yang tidak pasti dan keutamaan hasil. Seperti yang telah dibincangkan di atas, perasaan bimbang berupaya meningkatkan situasi yang tidak menentu contohnya semakin penting sesuatu pertandingan maka semakin meningkat perasaan bimbang.



Punca Kebimbangan Dalam Sukan
  • Berdasar kepada Marchant, Morris, Anderson (1998) di dalam Journal of Sport Behavior punca-punca kebimbangan seketika di kalangan atlit ialah.
  • Takut kepada kegagalan (Gould, Horn & Spreeman, 1983: Kroll, 1979; Passer, 1983; Reiney & Cunningham, 1988; Scanlan & Lethwaite 1984).
  • Perasaan ego atau takut dinilai (Fisher & Zwart, 1982; Gould & Weinberg, 1985; Pierce & Stretton, 1981; Rainey & Cunningham).
  • Tahap kemahiran pemain (Heckhausen, 1990; Hembree,1988; Kroll, 1979).
  • Kurangnya persediaan fizikal (Cohn, 1990. Jones, Swain & Cale, 1990)
  • Hilang kawalan (Kroll, 1979), pencapaian lepas (Jones, Swain & Cale, 1990; Martens & Gill 1976; Scanlan, 1978)
  • Gangguan luaran dan konsentrasi (Krane, Joyce & Rafeld, 1994),
  • Umur (Hammermeister & Burton, 1995).

Cara Mengatasi 
  • Pengalaman bertanding dalam sukan (Fenz & Jones, 1972; Gould, Petlichkoff & Weinberg 1984),
  • Fasiliti sosial (Cohn, 1990; Flood & Endler, 1980)
  • Pre-disposition (A trait) (Cooley, 1987; Martens, Vealey & Burton, 1990; Poteet & Weinberg 1980; Scanlan & Passer 1979; Weinberg & Genuchi, 1980; Williams &Krane 1992),
  • Ancaman yang dijangka (Lox, 1992; Martens et al., 1990),
  • Keutamaan hasil /perceived important (Lox, 1992; Martens et al., 1990),
  • Pencapaian semasa (Highlen & Bennet, 1979; McAuley, 1985),
  • Matlamat pertandingan ( contoh tahap kesukaran tugasan) (Jones, Swain, & Cale, 1990),
  • Tahap pertandingan (Dowthaite & Amstrong, 1984; Gruber & Beuchamp, 1979), 

Penyebab
  • Situasi kritikal semasa bertanding.
  • Bertanding dalam situasi yang serba kekurangan ( Cohn, 1990; Marchant, 1992),
  • Persekitaran ( Martens et al.,1990),
  • Jenis sukan (sukan contact, sukan buka contact, individu, berkumpulan, skor objektif, skor subjektif) (Krane & Williams, 1987; Simons & Martens, 1979),
  • Tekanan ibu bapa (Pierce & Stratton, 1981)
  • Stres dalam kehidupan seharian (Scanlan, Stein & Ravizza, 1988) serta jantina (Krane dan Williams, 1994).  
Beberapa kajian yang telah dijalankan sebelum ini telah menunjukkan permasalahan kebimbangan banyak memberikan kesan yang negatif kepada individu. 

Antaranya adalah dengan tahap kebimbangan yang tinggi akan menurunkan pencapaian, mengubah perangai dan sikap. 

Permasalahan ini amat berat jika difikirkan kerana ia akan memberikan kesan berat kepada pencapaian individu itu dan yang lebih berat lagi akan menjejaskan peluang untuk berjaya.

Kebimbangan adalah pengalaman dan dilaporkan berlaku kepada semua atlit tanpa mengira usia dan tahap kemahiran. 

Pengalaman dan kemahiran atlit dilaporkan dari sikap yang berbeza dan banyak menghala kepada bagaimana pengalaman mereka menghadapi kebimbangan. 

Kesungguhan dan kesan kepada prestasi kebimbangan kemungkinan berkaitan kepada tafsiran seseorang individu.

Natijahnya kebimbangan boleh ditakrifkan sebagai kesan kognitif atau emosi yang terhasil dari persepsi terhadap situasi yang dihadapi, yang dilahirkan dalam bentuk ancaman yang bakal diterima oleh seseorang individu seperti kekalahan, ugutan fizikal, rasa malu dan sebagainya.

Sabtu, 23 Januari 2016

Kekejangan (Cramp) Otot -otot Hamstring


  • Otot hamstring ini terdiri dari 3 jenis otot. Ia terletak di sepanjang bahagian belakang paha. Untuk lebih jelas lagi, di bawah pinggul sampai ke sedikit bawah tempurung lutut.
  • Otot-otot hamstring ini membolehkan untuk kita membengkokkan lutut dan meluruskan kaki secara maksimum.
  • Kecederaan hamstring ini terjadi apabila salah-satu daripada otot tersebut tertarik atau ditarik sehingga melebihi hadnya ketika beraktiviti, lalu ia akan tercedera.
  • Tiga jenis otot yang dimaksudkan tersebut - semimembranosus, semitendinosus, dan otot bisep femoris.
  • Kecederaan otot akibat berlari seringkali terjadi di bahagian otot bisep femoris. Otot ini terletak antara titik pertemuan otot dan tendon.
  • Kecederaan otot akibat kekejangan pula biasanya terjadi di bahagian atas belakang paha iaitu pada otot semimembranosus.


Tanda-Tanda Kecederaan Hamstring
  • Kecederaan terjadi secara tiba-tiba sehingga menimbulkan rasa sakit dan tegang menusuk dibahagian belakang peha semasa atau selepas melakukan aktiviti fizikal.
  • Otot akan mula membengkak dalam masa beberapa jam selepas itu.
  • Akan berlaku perubahan warna sepanjang bahagian belakang kaki dan disertai dengan rasa lemah-lemah otot.
  • Ada kes yang tak mampu berjalan dan memerlukan bantuan tongkat.
  • Segera Berjumpa Dengan Doktor Sekiranya Mengalami Gejala Berikut:
  1. Kaki yang cedera sama sekali tidak mampu menanggung apa-apa beban. Termasuk beban kaki itu sendiri.
  2. Anda tidak mampu berjalan lebih dari 4 langkah tanpa rasa sakit yang kronik.
  3. Kecederaan tidak pulih walaupun sudah melakukan rawatan. 

Tips Terapi Kecederaan Hamstring
  • Berehatlah Dari Sebarang Aktiviti Lasak - Jangan lakukan apa-apa aktiviti berat supaya otot hamstring dapat direhatkan dan sembuh. Elakkan melakukan aktiviti yang boleh menyebabkan rasa sakit, bengkak dan tidak selesa pada otot. Jika kecederaan hamstring anda serius, gunakan tongkat untuk bergerak supaya berat badan ditampung oleh tongkat dan tidak membebankan kaki.
  • Terapi Ais - Letakkan segera ais dibahagian yang mengalami kesakitan. Pastikan anda lakukan terapi ais ini terlebih dahulu, sementara menunggu bantuan perubatan tiba.Untuk beberapa hari pertama setelah cedera, letakkan ais ditempat kecederaan selama 15 ke 20 minit pada setiap 2 ke 3 jam sekali. Kedinginan ais dapat membantu untuk mengurangkan rasa sakit, bengkak dan radang otot.
  • Bandage - Ini adalah perkara biasa dilakukan untuk mengurangkan bengkak iaitu membalut kaki dengan ‘bandage’. Namun, berwaspadalah agar bahagian yang tercedera tak dibalut terlalu ketat sehingga mengganggu peredaran darah. Sekiranya rasa sakit atau kebas kaki apabila dibalut, longgarkan balutan.
  • Sangga Kaki Lebih Tinggi - Duduk atau berbaring dengan posisi kaki yang disangga atau disendal dengan alas seperti bantal. Sangga kaki dengan bantal atau gantungkan dengan kain anduh agar posisi kaki lebih tinggi dari posisi jantung. Daya graviti dapat membantu mengalirkan cecair berlebihan di kaki sehingga menyurutkan bengkak.

Nutrisi Yang Tepat
  • Magnesium - Magnesium membantu untuk merehatkan otot. Kekurangan magnesium dalam tubuh boleh menyebabkan kekejangan. Magnesium sangat penting untuk meningkatkan kekuatan otot dan mempertingkat sistem saraf. Mineral ini akan membantu otot menerima isyarat daripada otak untuk membaikpulih dan mengurangkan kekejangan dengan cepat. 
  • Kalsium - Kalsium perlu diambil bersama-sama magnesium untuk merehatkan otot dan membaiki tisu yang rosak. Selepas bersukan, koyakan mikroskopik sering berlaku kepada tisu otot dan pengambilan kalsium akan mempercepat penyembuhan tisu. 
  • B Complex - Persatuan Kanser Amerika telah mendapati kekurangan vitamin B Complex boleh menyebabkan kekejangan otot. Pengambilan secukupnya vitamin B Complex lengkap dengan B1, B2 dan Asid Folik akan mempercepat penyembuhan kekejangan otot. Ia juga dapat mengurangkan kesakitan. Ini kerana sakit otot  berpunca daripada koyakan kecil pada tisu otot. Cara paling cepat untuk memperbaikinya dalah melalui metabolisme protein yang membina semula tisu otot. Justeru, pengambilan B Complex akan membantu tubuh untuk memecahkan protein bagi tujuan membaik-pulih otot dan mengurangkan sakit.
  • Vitamin A - Menurut sumber, kekurangan vitamin A akan mengakibatkan sendi menjadi semakin lemah. Ini adalah faktor terjadinya radang otot. Vitamin A membantu untuk memperkuat otot disamping membaiki tisu rosak.

Khamis, 21 Januari 2016

Kekejangan Otot (Muscle Cramp)


Kekejangan otot berlaku akibat pengecutan otot yang tidak terkawal seterusnya menyebabkan ia tidak dapat berehat secara normal. Dalam keadaan normal, otot akan mengecut dan berehat secara sekata. 

Namun, tindakan otot yang mengecut secara tiba-tiba menyebabkan terjadinya kekejangan.

Sesetengah orang akan mengalami kekejangan otot dalam tempoh beberapa saat atau beberapa minit. Pun begitu, ada juga yang mengalaminya dalam tempoh yang agak lama. Kekejangan otot yang lama mungkin satu petanda kepada kesihatan tubuh badan.

Terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan kekejangan otot. Antaranya disebabkan oleh komplikasi kecederaan lama, tidak melakukan pemanasan badan sebelum bersukan, melakukan aktiviti senaman dalam tempoh yang lama sehingga menyebabkan otot letih dan kekurangan air dan garam galian atau elektrolit.

Kebiasaannya, kekejangan otot dapat dikenal pasti apabila anda berasa sakit di kawasan otot terlibat apabila ia menegang, mengeras seterusnya berasa sakit apabila disentuh. Mereka yang pernah mengalami situasi ini terpaksa berehat daripada melakukan sebarang aktiviti sementara menunggu kekejangan tersebut reda.

Bagi mengatasi permasalahan ini, anda digalakkan untuk mengambil makanan berkarbohidrat seperti nasi dan roti. Manakala pengambilan elektrolit dan mineral seperti kalsium, magnesium, potassium dan zink dipercayai membantu mencegah kecederaan dan kejang otot. Buah-buahan seperti pisang yang mengandungi potassium serta air isotonik amat diperlukan bagi mencegah kekejangan dan kecederaan otot.

Selain menitikberatkan pemakanan, anda  juga disarankan untuk melakukan regangan secara perlahan-lahan pada otot yang bermasalah. Sesi pemanasan badan sebelum dan selepas bersukan ini juga dapat membantu mengatasi kekejangan otot. Ia penting agar otot-otot terlibat tidak terkejut dan dapat menerima tindak balas berkenaan.

Sekiranya anda mengalami kekejangan, sapukan minyak panas atau ubat yang dikhaskan untuk tujuan itu di bahagian berkaitan. Jika kekejangan berlaku di bahagian kaki, 

legakan kekejangan itu dengan cara duduk dan luruskan kaki serta halakan jari kaki ke arah badan. Lakukan ia secara berulang sehingga rasa kejang itu hilang. Ia diikuti dengan urutan secara perlahan di tapak kaki bagi melegakan otot dan membaringkan murid dan menolak kakinya ke atas untuk melegakan kekejangan otot yang berlaku dan ini merupakan senario biasa yang kita dapat lihat di sekolah. Terdapat juga situasi dimana pada setiap tahun.


Mengurangkan Risiko Kekejangan Otot Pada Atlet Muda
  • Latihan yang lebih giat dan berterusan. Latihan yang giat dan berterusan amat penting bagi memastikan system otot rangka dapat mengadaptasikan latihan yang dijalankan dan otot dapat menampung beban latihan yang dilakukan apabila sudah terbiasa dengan keadaan yang demikian. Latihan yang berterusan akan mengurangkan risiko kekejangan otot secara tiba-tiba dengan turut membantu adaptasi tubuh badan terhadap latihan. 
  • Regangan yang mencukupi sebelum memulakan sesuatu aktiviti. Aktiviti regangan yang mencukupi amat perlu sebelum melakukan apa-apa aktiviti kerana ianya memberi persediaan system otot rangka. 
  1. Aktiviti regangan akan: (a) mengurangkan risiko kecederaan. (b) mengurangkan rasa lenguh otot selepas aktiviti. (c)meningkatkan kesediaan tubuh badan untuk melakukan aktiviti. 
  2. Namun teknik regangan yang salah juga akan membawa kepada risiko murid mendapat kecederaan. Kuasai dahulu Oleh itu, menguasai dan pelajari dahulu teknik regangan yang betul.
  • Mengaplikasikan teori Schwellnus iaitu kekejangan otot dapat dielakkan sekiranya aktiviti refleks regang songsang dikekalkan semasa melakukan latihan yang panjang terutamanya. Ini dapat dilakukan dengan meregangkan tendon otot yang terlibat secara kerap kerana latihan regangan ini mengaktifkan semula refleks regang songsang. berlaku. 
  • Mlakukan aktiviti kenduran yang bersesuaian. Aktiviti kenduran yang bersesuaian yang dimaksudkan di sini sudah memadai dengan mengurangkan kadar intensiti latihan berlari pada 15 minit yang terakhir sebelum tamat sesi latihan ataupun matapelajaran. Aktiviti kenduran amat penting untuk memastikan otot-otot yang bekerja dapat mengecut kembali ke keadaan asal dengan kadar yang betuldan Ini secara tidak langsung akan mengelakkan risiko kecederaan sakit otot lewat selepas melakukan latihan.  
  • Sekiranya berlaku kekejangan otot, jurulatih hendaklah memastikan atlet berhenti daripada melakukan sebarang aktiviti dan meminimumkan pergerakan. Ini penting untuk mengelakkan mereka menanggung kesakitan melampau. Sapu ubat untuk mengurangkan kesakitan seperti acetaminophen dan ibuprofen ke bahagian otot yang terlibat. Tujuannya untuk mengurangkan ketegangan otot yang berlaku dan mengembalikan keadaan otot ke keadaan normal.. Sedikit urutan ringan akan turut membantu otot yang kejang untuk pulih dan pada masa yang sama turut mengurangkan kesakitan.


Biblografi:
  1. John Reid, Nicolas Nelson, Kristin Roberts, Lara McKenzie. Track-Related Injuries in Children and Adolescents Treated in US Emergency Departments From 1991 Through 2008. The Physician and Sportsmedicine, 2012; 40 (2): 56
  2. Journal Physician and Sportsmedicine, Research Institute at Nationwide Children's Hospital, United States Of America

Rabu, 20 Januari 2016

Ankle Sprain

  • Ankle Sprain merupakan satu kecederaan di bahagian buku lali yang melibatkan koyakan pada ligamen.
  • Juga melibatkan struktur-struktur yang lain seperti saluran darah, saraf, tendon, koyakan pada otot dan boleh menyebabkan tulang patah (jarang berlaku).
  • Kecederaan ini boleh berlaku apabila kaki terseliuh dalam keadaan ‘inversion, plantarflexion dan eversion’ samada ketika berjalan, berlari serta melakukan aktiviti-aktiviti fizikal.
  • Dalam aktiviti sukan misalnya, kecederaan ini kerap berlaku dalam keadaan sukan yang memerlukan lompatan (sepak takraw, bola keranjang) dan tukar haluan (bola sepak, ragbi).
  • Walaubagaimanapun, kecederaan ini juga boleh berlaku akhibat daripada faktor-faktor persekitaran seperti permukaan tanah yang tidak rata, keganasan dalam sukan dan aksi yang terlampau agresif.

Simptom
  • Sakit 
  • Terdengar bunyi crack 
  • Bengkak 
  • Lebam
  • Berkemungkinan berlakunya kepatahan tulang


Ligamen pada buku lali dibahagikan kepada 2 bahagian:

  1. Medial  - Ligamen di bahagian deltoid (sangat kuat dan jarang sekali tercedera)
  2. Lateral -

  • ATFL (Anterior Talofibular Ligament) – senang koyak & mudah cedera.
  • CCFL (Calcaneofibular Ligament) – sederhana kuat.
  • PTFL (Posterior Talofibular Ligament) – paling kuat & susah cedera.


Gred Kecederaan Ligamen:
  • Gred 1 – Hanya berlaku sedikit sahaja koyakan atau dikenali sebagai ‘koyak mikroskopik’. Kesakitan yang dirasakan tidak terlalu serius dan ditahap yang paling minimum. Pesakit biasanya boleh berjalan dan berdiri secara perlahan-lahan tetapi tidak mampu berlari dan melompat.
  • Gred 2 – Berlaku lebih kurang 50% koyakan. Kesakitan yang sederhana dirasakan akhibat daripada berlakunya pendarahan dalaman. Pesakit merasa sakit ketika berdiri dan berjalan tetapi boleh berjalan beberapa langkah secara perlahan-lahan.
  • Gred 3 – Ligamen putus sepenuhnya dan kesakitan yang amat sangat dirasakan. Pesakit mengalami kesukaran untuk berdiri dan berjalan. Hilang kestabilan ketika berdiri dan biasanya tidak boleh menggerakkan bahagian yang sakit.



Rawatan awalan (R.I.C.E)

  • Rest - setelah mendapat kecederaan, mangsa harus direhatkan. Sebarang pergerakan yang diteruskan ditempat yang cedera akan mengakibatkan pengaliran darah meningkat atau berterusan dan ini memburukkan lagi kecederaan.
  • Ice - Ais yang dibalut dengan kain atau plastik didemah ke atas tempat yang cedera. Kecederaan yang tidak melibatkan luka terbuka sesuai diberi rawatan ini. Jangan benarkan ais secara langsung ke atas tempat cedera kerana akan mengakibatkan ‘ice-burn’ dan mematikan sel-sel di sekeliling tempat yang cedera. Demahan ais ini menurunkan suhu tisu dan sel yang telah mengalami kecederaan dan dapat memulihkan sel yang rosak dengan lebih cepat.
  • Compression - Bahagian yang cedera harus dibalutkan untuk mengelakkan bengkak yang keterlaluan.
  • Elevation - Meninggikan bahagian yang cedera memudahkan dan mempercepatkan pengembalian darah masuk ke jantung. Ini mengurangkan pendarahan terhadap tempat yang cedera. Bahagian yang luka harus lebih tinggi daripada paras jantung. Rawatan kaedah ini perlu dilakukan untuk 48 jam yang pertama. Walau bagaimanapun, rujukan pakar perubatan harus dijalankan secepat mungkin. Dalam tempoh masa tersebut atlet tidak digalakkan menjalani urutan sukan kerana boleh menimbulkan banyak komplikasi.
Rawatan susulan
  • Melakukan pemeriksaan dan ujian spesifik kaki
  1. Anterior Drawer Test (untuk menguji ATFL)
  2. Talar Tilt Test (untuk menguji CCFL)
  3. Elektroterapeutik (penggunaan mesin elektronik)
  4. Urutan (sekurang-kurangnya selepas 48 jam kecederaan dialami)
  5. Balutan kaki (dilakukan 2 - 3 hari bagi mengurangkan bengkak dan sakit)
  • Rehabilitasi
  1. Mendapatkan semula rom dengan melakukan aktiviti ‘stretching’ (bagi kecederaan ini, jenis ‘stretching’ yang disyorkan adalah PNF). Penggunaan ais juga perlu selepas aktiviti tersebut dilakukan. Aktiviti ‘stretching’ secara pasif adalah digalakkan jika kecederaan belum pulih sepenuhnya.Menguatkan semula otot kaki (dynamic stabilizer) dengan melakukan ‘exercise’ pada bahagian kaki sebaik sahaja sakit berkurangan. Penggunaan alat bantuan seperti tiub getah bagi melakukan ‘exercise’ tertentu juga disyorkan manakala alat bantuan yang berbebanan (tidak terlalu berat) juga dibolehkan. ‘Exercise’ yang lain adalah seperti larian secara lurus, bulatan, bengkok dan pergerakan menukar haluan serta aktiviti lompatan bagi mengembalikan semula fungsi asal pergerakan kaki.
  2. Mendapatkan semula deria propriosepsi yang mana ianya sangat penting untuk mencegah kecederaan yang sama berulang. Antara latihan-latihan yang dilakukan adalah: 
  • Berdiri dengan kedua-dua belah kaki sambil menutup mata.
  • Berdiri dengan 1 kaki sambil mata tertutup.
  • Berdiri di atas trampolin.
  • Berdiri di atas ‘wobble board’.
Latihan-latihan di atas bertujuan mengembalikan semula keseimbangan dan kestabilan kaki.

Pencegahan Kecederaan dan Memulakan Semula Aktiviti Fizikal
  • Pencegahan kecederaan bagi memulakan semula aktiviti bersukan seperti sediakala memerlukan langkah-langkah tertentu dan penelitian yang sewajarnya. 
  • Penggunaan ‘bracing’ dan ‘taping’ sangat perlu bagi memulakan semula aktiviti tersebut dan penggunaannya juga diperlukan secara kerap serta mungkin mengambil masa yang lama (6 – 12 bulan selepas kecederaan). 
  • Dengan langkah-langkah pencegahan yang teliti ini, proses pemulihan akan menjadi lebih cepat dan seseorang atlet itu akan lebih bersedia untuk memulakan semula aktiviti sukan yang diceburi seperti sediakala.

Featured post

Metos Makan Waktu Malam

  Makan malam buat anda gemuk? Tiada bukti secara saintifik  membuktikan kerap makan di waktu malam akan mengakibatkan seseorang itu mengala...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...