Disclaimer

SainsdanSukan does not give any warranty on accuracy, completeness, functionality, usefulness or other assurances as to the content appearing in this blog. MatriXwoo2 disclaims all responsibility for any losses, damage to property or personal injury suffered directly or indirectly from reliance on such information.

Khamis, 26 Februari 2015

Kekejangan Otot Akibat Bersenam

 


Apakah itu kekejangan otot?
Kekejangan otot ia lah kontraksi otot yang kuat di luar kawal. Kontraksi otot ini berterusan dan ia nya berlaku secara tiba-tiba. Keadaan tersebut menimbulkan rasa sakit kuat yang mengganggu pergerakkan anggota tersebut. Kekejangan otot sering kali berlaku ketika bersukan dan semasa menjalankan aktiviti fizikal terutamanya di kalangan atlet.


Punca berlakunya kekejangan adalah disebabkan oleh pengumpulan asid laktik dan bahan toksik secara berlebihan dan pada masa yang sama mengakibatkan kandungan oksigen serta nutrien di dalam otot semakin berkurangan.

Jenis-jenis kekejangan otot?
Terdapat 3 jenis kekejangan otot:

(i) Kekejangan otot selepas bersenam
  • Kontraksi otot luar kawal yang menyakitkan berlaku semasa atau selepas bersenam. 
  • Overexhaustion iaitu kehausan otot berpunca dari aktiviti yang melebehi tahap kemampuan. 
  • Fasa memanaskan dan menyejukkan badan yang tidak mencukupi. 
  • Hanya berlaku pada otot yang digunakan secara berlebihan daripada kemampuan.
(ii) Kekejangan otot akibat keletihan
  • Berlaku di kalangan atlet yang banyak kehilangan elektrolit selepas banyak berpeluh.
(iii)Kekejangan otot akibat cuaca panas
  • Disebabkan kehilangan sejumlah besar kuantiti air dan garam di dalam badan terutamanya selepas bersenam di bawah suhu yang panas. 
  • Selalunya bermula di bahagian kaki tetapi boleh melibatkan bahagian yang lain.

Apakah factor punca berlakunya kekejangan otot akibat bersenam?
  • Umur – Individu berumur lebih cenderung mengalami kekejangan otot di sebabkan otot badan yang mula kendur dan mengecil. Anggota badan mudah letih semasa aktiviti fizikal. 
  • Atlet – Atlit acara jarak jauh mudah mengalami kekejangan terutamanya bila cuaca panas. Kecederaan yang di alami semasa menjalani latihan di awal musim boleh juga menjadi punca. 
  • Dehidrasi – Kurang pengambilan air dengan berpeluh yang berlebihan meningkatkan risiko. 
  • Obesiti – Otot yang menampung berat badan yang berlebihan sering kejang terutamanya pada bahagian kaki. Dayatahan otot individu obese selalunya kurang. 
  • Intensiti dan tempoh senaman yang berlebihan – Senaman berintensiti tinggi yang dilakukan secara berlebihan menjadi punca berlakunya kekejangan otot. 
  • Teknik regangan otot yang salah – Regangan otot yang dilakukan secara sambil lewa sebelum memulakan senaman boleh mengakibatkan otot menjadi kejang.
Apakah simptom ketika berlakunya kekejangan akibat bersenam?
  • Kesakitan otot yang berpanjangan dan berterusan selama beberapa minit semasa/selepas senaman. 
  • Kontraksi luar kawal pada otot yang tegang. 
  • Otot kelihatan kering dan kusam. 
  • Simptom berkurangan selepas aktiviti dihentikan. 
  • Simptom dapat diatasi dengan melakukan regangan otot.
Apa yang anda harus lakukan semasa kekejangan otot sewaktu bersenam?
  • Berhenti dan berehat di kawasan yang mempunyai pengaliran udara yang baik. 
  • Minum air yang mencukupi. Elak minum air berkafein yang akan merangsang anda membuang air kecil. 
  • Letak ais pada otot bagi mengurangkan intensiti sakit. 
  • Urutan ringan akan membantu mengurangkan kekejangan. 
  • Lakukan regangan secara perlahan sehingga simptom berkurangan.
Bagaimana kekejangan akibat bersenam dapat dielakkan?
  • Bersedia sepenuhnya dari segi fizikal sebelum memulakan aktiviti. 
  • Lakukan regangan mencukupi ke atas otot yang cenderung mengalami kekejangan. 
  • Pastikan pengambilan nutrisi dan air yang mencukupi. 
  • Mulakan aktiviti dengan tempoh dan intensiti yang optimum. 
  • Pastikan air diminum pada kadar yang awal sekiranya berlaku dehirasi. 
  • Kurangkan berat badan yang berlebihan. 
  • Banyakkan pengambilan sayur dan buah-buahan di dalam diet.
Apakah komplikasi akibat kekejangan otot?
  • Pengsan 
  • Masalah pernafasan 
  • Tidak sedarkan diri 
  • Tiada komplikasi serius akibat daripada kekejangan otot. Adalah dinasihatkan agar para pembaca dapat menemui doktor atau mana-mana personel kesihatan sekiranya mempunyai sejarah mengalami kekejangan otot yang berulang kali untuk pemeriksaan selanjutnya


Tiada ulasan:

Featured post

Metos Makan Waktu Malam

  Makan malam buat anda gemuk? Tiada bukti secara saintifik  membuktikan kerap makan di waktu malam akan mengakibatkan seseorang itu mengala...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...