Disclaimer

MatriXwoo2 does not give any warranty on accuracy, completeness, functionality, usefulness or other assurances as to the content appearing in this blog. MatriXwoo2 disclaims all responsibility for any losses, damage to property or personal injury suffered directly or indirectly from reliance on such information.

Rabu, 22 Oktober 2014

Sistem Tenaga Daripada Pemakanan

  • Keupayaan untuk bekerja
  • Tenaga kimia yang terdapat dalam badan makanan kerana wujudnya ikatan kimia di dalam nutrien.
  • Dikaitkan dengan keperluan tubuh manusia untuk hidup dan bekerja.
  • Tenaga matahari:  Sumber asas semua tenaga yang boleh ditukarkan kepada bentuk kimia dalam makanan


Tenaga Penting dalam Tubuh
  • Tenaga Kinetik : Tenaga yang dibekalkan oleh sebatian ikatan bertenaga tinggi seperti ATP, ADP, dll.
  • Tenaga berpotensi  : Tenaga yang tidak aktif disimpan di dalam badan dalam bentuk glikogen dan yang terdapat dalam makanan.

Pengukuran Tenaga
  1. Kalori:  Jumlah tenaga haba yang diperlukan untuk menaikkan suhu satu gram air sebanyak satu darjah celsius.
  2. Kilokalori (Kcal)Jumlah haba yang diperlukan untuk meningkatkan suhu 1 kg. air sebanyak sebanyak 1 darjah celsius.
  3. Unit metrik yang digunakan ialah kilojoule(KJ) 1 Kilokalori (Kcal) =   4.184 KJ)

Pengukuran Nilai Tenaga dalam Makanan
  1. Dengan menggunakan alat kalorimeter
  2. Jumlah tenaga yang dihasilkan oleh setiap sampel protein, lemak dan karbohidrat
            1 gm. Karbohidrat       =          4 kcal
            1 gm. Lemak               =          9 kcal
            1 gm. Protein              =          4 kcal
            1 gm. Alkohol              =          7 kcal

Contoh Pengiraan 1
Berapakah nilai tenaga yang dalam satu gelas susu beratnya 244g ? Jika dalam susu 100g susu mengandungi: 4.9g  CHO; 3.5g protein; 3.7g lemak; 0.6 mineral dan 1.2g vitamin

  • CHO      =     244/100 x 4.9g x 4kcal  =   47.8 kcal
  • Protein  =     244/100 x 3.5g x 4kcal  =   34.2 kcal
  • Lemak   =     244/100 x 3.7g x 9kcal  =   81.3 kcal
  • Jumlah nilai tenaga   =  163.3 kcal

           
Contoh pengiraan 2
Diet mengandungi 2200 kcal dan mengandungi 210g CHO, dan 120g lemak, kira: 
Berapakah jumlah g protein dalam sajian?
Kira peratus setiap nutrien [CHO, protein dan lemak] dalam sajian?

  • Jumlah g protein

CHO membekal     =  210 x 4 kcal   =    840 kcal
Lemak membekal  =  120 x 9 kcal    =  1080 kcal
Protein                 =  2200 – (1080 + 840)  =     280 kcal
Jumlah g protein   =  280/4      =    70 g

  • Peratus CHO, Protein dan Lemak

Peratus CHO     =  840/2200  x  100   =    38.2%
Peratus Lemak  =  1080/2200 x  100  =    49.1%
Peratus Protein =   280/2200  x  100  =    12.7%

Soalan:
  1. Potato crisps mengandungi 6.3 g protein, 35.9g lemak dan 49.3 karbohidrat pada tiap-tiap 100 g. Kira nilai tenaga yang terdapat dalam 200 g potato crips?
  2. Berapakah jumlah nilai tenaga dalam satu keping daging beratnya 90g jika dalam 100g daging mengandungi 15.3g protein, 18.8g lemak, 0.1g karbohidrat , 0.2g mineral 0.2 vitamins dan 65.5g air ?
  3. Diet Pak Ali membekal 2600 kcal sehari.  Diet tersebut mengandungi 250g carbohidrat, 70g protein.  Kira?Berapakah jumlah g lemak dalam diet Pak Ali pada     hari tersebut?
  4. Kira peratus setiap nutrien (karbohidrat, protein dan lemak) yang terdapat dalam diet Pak Ali ?


Input Tenaga
Tenaga/kilokalori yang terdapat dalam makanan

Output Tenaga
Tenaga yang diperlukan @ digunakan oleh tubuh untuk beberapa perkara:
  • Kadar Metabolisme Asas [Basal Energy Rate]
  • Aktiviti Fizikal
  • Pertumbuhan
  • Tindakan Spesifik Dinamik Makanan


Bilakah Kadar Metabolisme Asas diukur?
  • Selepas 12 – 18 jam mengambil makanan terakhir.
  • Seseorang dalam keadaan rehat.
  • Dalam bilik yang sesuai, suhu selesa.
  • Kebiasaan diukur selepas bangun tidur waktu pagi.


Pengukuran Penggunaan tenaga
  • Jumlah tenaga yang dijana @ digunakan oleh tubuh dapat diukur secara langsung @ tidak langsung.

Kilorimetri Langsung
  • Individu diletakkan di dalam kilokalorimeter /bilik khas
  • Kaedah sangat mahal. Cuma beberapa unit terdapat di seluruh dunia
  • Di Malaysia hanya satu terdapat di Universiti Hospital.

Kilorimetri Tak Langsung
  • Kaedah yang lebih mudah
  • Diukur dengan menentukan penggunaan oksigen dan pengeluaran karbon dioksida pada masa tertentu  dengan menggunakan alat respirasi
  • Dapat digunakan semasa individu berbaring rehat @ menjalankan berbagai aktiviti
  • Pada setiap liter oksigen yang digunakan akan memerlukan 4.825 kilokalori tenaga.

Kadar Metabolisme Asas [KMA]- Basal Metabolisme Rate[BMR]

  • Kadar Metabolisme Asas

Jumlah tenaga yang diperlukan oleh tubuh untuk memiara/menjalankan proses-proses penting dalam tubuh.
Kadar tubuh menggunakan tenaga untuk kekalkan fungsi penting untuk hidup.

  • Kadar Metabolisme Rehat (KMR)

Penggunaan tenaga pada keadaan yang sama kecuali selepas makan atau berlatih

Kaedah mengira keperluan tenaga untuk KMA (Basal Metabolisme Rate)
Menggunakan anggaran 1 kilokalori/minit
=          60 m/jam X 24jam/hari
=          1440 kilokalori/hari

Alat Respiratori Bebedict-Roth (Penggunaan O2)
Ali mengambil 1.08 liter O2 dalam masa 6 minit. Kira berapa jumlah keperluan tenaga KMA dalam sehari ? [Piawai 1 liter O2 = 4.825 kcal]
  • 6 minit  Ali mengambil 1.08 liter oksigen
  • 1 jam (60 minit)          =          1.08 x 60/6


                                         =          10.8 liter Oksigen
  • Sehari (24 jam)           =          10.8 liter x 24 jam

                                         =          259.2 liter Oksigen
            KMA                        =          259.2 x 4.825
                                          =          1251 kkal.

Berasaskan Berat badan, Umur & Jantina
  • Lelaki  

< 50 tahun  =   1.0 kkal/kg X  BB/1 Jam
> 50 tahun  =   0.9 kkal/kg  X BB/1 Jam
  • Wanita

< 50 tahun  =   0.9 kkal/kg X  BB/1 Jam
> 50 tahun  =   0.8 kkal/kg  X BB/1 Jam

Contoh:
  • Kira berapakah jumlah tenaga untuk KMA dalam sehari bagi mereka berikut?

En. Adam berumur 45 tahun mempunyai berat badan 65 kg
Keperluan tenaga KMA   = 1 x 65 x 24 jam =  1560 kcal

Cik Fatimah berumur 26 tahun mempunyai berat badan 46 kg.
Keperluan tenaga KMA  = 0.9 x 46 x 24 jam =  993.6 kcal

  • Kira berapakah jumlah tenaga untuk KMA dalam sehari bagi mereka berikut?

En. Ramlee berumur 45 tahun mempunyai berat badan 65 kg ?
Cik Fatimah berumur 25 tahun mempunyai berat badan 46 kg.
Pak Adam berumur 66 tahun mempunyai berat badan 63 kgMak Timah berumur 70 tahun mempunyai berat badan 81 kg.

Kaedah Pengiraan WHO.Gunakan Berat badan (dalam kg)

Wanita
Berat dalam Kg x 0.95 kcal x 24 jam

Lelaki
Berat dalam Kg x 1.0 kcal x 24 jam

Contoh:
  • Aminah berumur 13 tahun dan berat badan 50 kg.

50kg x 0.95 kcal x 24 jam       =          1140 Kcal
  • Ramlee, berat badan 58 kg dan berumur 25 tahun

58kg x 1.0 kcal x 24 jam         =          1392 Kcal

Kira berapakah jumlah tenaga untuk KMA dalam sehari bagi mereka mengikut kiraan WHO?
  1. En. Yunus berumur 48 tahun mempunyai berat badan73 kg ?
  2. Cik Rohani berumur 28 tahun mempunyai berat badan 53 kg.
  3. Hamidah berumur 35 tahun mempunyai berat badan 62 kg
  4. Halim berumur 70 tahun mempunyai berat badan 74 kg.





Latihan:
Aminah  mempunyai berat badan 50 kg. , berumur 18 tahun .  Kirakan keperluan tenaga Aminah dalam sehari dengan menggunakan Formula REE ?
            =          14.7 w  +  496
            =          ( 14.7 x 50 )  +   496
            =          735  +   496
            =          1231 kcal/hari

Soalan: Hamid mempunyai berat badan 78kg dan berumur 33 tahun.  Kirakan keperluan tenaga dengan Formula  REE?           
Jawapan: Faktor-Faktor yang mempengaruhi Kadar Metabolisme Asas seseorang
  • Komposisi tubuh

Kandungan tisu seseorang.
Tisu tanpa lemak  (otot) : tinggi KMA
Tisu berlemak sedikit tenaga untuk memiara tisu ini.
Lelaki perlu KMA tinggi kerana mempunyai lebih tisu tanpa lemak. 
Keadaan Tubuh: Jalankan aktiviti Fizikal
2 lelaki sama umur, tinggi & berat badan
Jalankan tugas fizikal yang berbeza. Seorang buruh dan seorang akaunta.
Buruh perlu banyak KMA berbanding akauntan kerana buruh mempunyai otot-otot terbentuk berbanding akauntan
Jantina:
Lelaki lebih tenaga KMA berbanding wanita
Lelaki muda dewasa mempunyai 14% lemak daripada berat badan
Wanita muda dewasa mempunyai 23%- 32% lemak daripada berat badan
Tidur:   Kurang tenaga KMA
Malnutrisi: Tenaga KMA rendah 
Tekanan mental: lebih tenaga bagi orang. yang mengalami masalah mental
Suhu Tubuh
Kalau suhu tubuh tinggi KMA tinggi

Setiap 1 darjah tambahan suhu boleh tingkatkan 13 kcal KMA badan
Suhu persekitaran
suhu panas kita perlu KMA yang rendah
suhu sejuk kadar KMA tinggi bagi panaskan badan
Kehamilan
            -           Tenaga KMA tinggi untuk menghamil bayi
                        300- 330 kcal lebh daripada wanita biasa
            -           Ibu menyusu KMA tinggi bagi proses mengeluarkan susu
                        500- 550 kcal lebih daripada wanita biasa
Umur:  Umur meningkat keperluan KMA menurun
Merokok: lebih 10 peratus daripada orang tidak merokok

Soalan:
Norzalina  25 tahun, tinggi 1.63 m dan berat badan 65 kg.  Berikut adalah jumlah kalori yang dimakan iaitu karbohidrat 190g;  protein 120g dan  lemak 93g mengikut 24-hour dietary recallnya. 


Dengan menggunakan data di atas kirakan:

jumlah kalori dan tunjukkan peratus karbohidrat, protein dan lemak ? 
Peratus pengambilan makanan
Beri penjelasan tentang diet yang diamalkan oleh   Norzalina mengikut perkiraan WHO menggunakan (i) berat badan dan (ii) norma REE

            (i)        Jumlah pengambilan kalori:
            a.         karbohidrat      =          190 X   4 kcal               =  760 kcal
            b.         protein            =          120  X 4 kcal                 =  480kcal
            c.         lemak              =          93 X     9 kcal               =  837 kcal
                        Jumlah           =  2077kcal
            (ii)        Peratus pengambilan makanan
            a.         karbohidrat     =          760/2077 X 100             =  36.6 %
            b.         protein            =          480/2077 X 100            =  23.1 %
            c.         lemak              =          837 /2077 X 100            =  40.3%

i.          Berat badan dengan perkiraan WHO
                        =          0.95 kcal X kg (berat badan) X 24 jam
                        =          0.95 kcal X 65 kg  X  24 jam
                        =        1482 kcal
 
            ii.         Berat badan berdasarkan Norm        
                        =          (14.7W)  + 496
                        =          (14.7 X 65 ) + 496
                        =          955.5 + 496
                        =          1451.5 kcal

i.          Berat badan dengan perkiraan WHO
                        =          0.95 kcal X kg (berat badan) X 24 jam
                        =          0.95 kcal X 65 kg  X  24 jam
                        =        1482 kcal
 
            ii.         Berat badan berdasarkan Norm        
                        =          (14.7W)  + 496
                        =          (14.7 X 65 ) + 496
                        =          955.5 + 496
                        =          1451.5 kcal







Isnin, 20 Oktober 2014

Kecerdasan Pelbagai: Implikasi Kecerdasan Pelbagai Kepada Guru Sebagai Pengurus Bilik Darjah


Pengurusan Bilik Darjah
Pengurusan bilik darjah merupakan satu proses yang melibatkan penyusunan fizikal sesebuah bilik darjah serta galakkan komunikasi dan interaksi antara pelajar. Selain mengajar, guru juga memainkan peranannya sebagai pengurus. Tugas guru sebagai pengurus ialah mengurus rutin bilik darjah. Mengurus murid supaya menjalankan tugas mereka mengikut jadual tugas seperti membersihkan bilik darjah dan menyusun meja kerusi, mengurus murid-murid supaya mematuhi segala peraturan bilik darjah. Mengurus keadaan fizikal bilik darjah supaya menjadi lebih kondusif untuk aktiviti  pengajaran dan pembelajaran, mengurus bahan-bahan pengajaran supaya dapat digunakan dengan lebih berkesan dan mengurus aktiviti kumpulan supaya dapat dilaksanakan secara teratur mengikut rancangan. Pengurusan bilik darjah juga melibatkan penyediaan persekitaran sosioemosi yang selesa, disiplin kelas yang baik.

Dalam pendidikan pemulihan khas, bilik atau kelas merupakan satu keperluan asas yang utama yang perlu disediakan kerana mengikut konsep pemulihan khas, murid-murid yang ketinggalan atau lemah dalam pelajaran di kelas biasanya akan dibawa keluar dari kelas dan dimasukkan ke bilik yang disediakan khas untuk pengajaran dan pembelajaran pendidikan pemulihan. Dengan yang demikian dalam menentukan bilik atau kelas yang sesuai dan paling ideal, beberapa ciri atau keperluan mengikut teori-teori kecerdasan pelbagai (TKP) perlu diambil kira.

Suasana Dan Iklim Bilik Darjah
Keberkesanan  pengajaran dan pembelajaran dipengaruhi oleh pelbagai faktor. Sebagai pengurus bilik darjah keperluan jelas membuktikan bahawa guru memainkan peranan penting sebagai pengurus bilik darjah kerana ini merupakan titik permulaan untuk guru meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dalam suasana bilik darjah yang kondusif dan mengenalpasti kekuatan guru sendiri dan kekuatan murid dalam kecerdasan pelbagai. Di mana guru akan lebih berkeyakinan dan bersedia untuk membantu murid meningkatkan lagi kecerdasan mereka dalam menjana idea baru dan membina aktiviti pembelajaran yang merangkumi teori kecerdasan pelbagai.
Selain daripada itu, keadaan fizikal bilik darjah juga boleh diubahsuai untuk menyesuaikan persekitaran dengan keceradasan pelbagai murid. Berikut adalah beberapa fokus yang boleh digunakan di antaranya:
  • Stesen kecerdasan
  • Perhiasan bilik darjah
  • Lawatan luar
  • Sumber bilik darjah
Persekitaran bilik darjah yang berasaskan teori kecerdasan pelbagai ialah:
  • Gunakan sumber yang sedia ada
  • Pembelajaran tidak perlu tinggi atau banyak
  • Berkongsi guru dan bilik darjah.
  • Guru tidak perlu menyediakan semua bahan bersendirian
  • Benarkan murid menghasilkan bahan yang diterapkan melalui pengajaran dan pembelajaran
Oleh itu, nyatalah bagi kita bahawa pelbagai faktor telah mempengaruhi pengajaran dan pembelajaran. Guru sebagai pengurus dalam bilik darjah haruslah bijak melaksanakan tugas yang telah diamanahkan.selain daripada itu beberapa faktor boleh dikelaskan dalam pembentukan sesebuah bilik darjah. Faktor-faktor tersebut ialah faktor fizikal, kemanusiaan dan teknikal. Penumpuan di sini kami khususkan pada pembentuk sebuah bilik darjah kelas pendidikan pemulihan khas.

Faktor fizikal
Sistem persekolahan yang lama tidak dapat menumpukan perhatian terhadap persekitaran fizikal dan dan hubungan guru dengan murid serta hubungan antara murid dengan murid. Pakar-pakar pendidikan telah menjalankan berbagai-bagai penyelidikan dan merumuskan bahawa suasana fizikal yang baik akan menjamin kelicinan dan kecerdasan pengajaran dan pembelajaran.

Di antara faktor-faktor fizikal bilik darjah yang perlu dipertimbangkan ialah saiz bilik darjah, suasana am bilik darjah, peralatan, keadaan cahaya dan udara bilik darjah. Ini merupakan sebahagian daripada satu cara menggalakkan interaksi antara guru dengan murid serta murid dengan murid. Dengan kata lain, suasana sosial dan emosi akan bertambah sihat lagi. Penyusunan kerusi dan meja murid secara kumpulan dapat melaksanakan penggunaan kaedah pengajaran secara kumpulan dan individu. Di mana aktiviti-aktiviti pemulihan dan pengayaan lebih mudah di laksanakan. Bersama ini disertakan satu situasi contoh lakaran sebuah bilik darjah yang diluluskan  dalam RMK9 dan contoh cd pengurusan sebuah bilik darjah kelas pendidikan pemulihan khas mengikut teori kecerdasan pelbagai yang disertakan bersama dan faktor-faktor fizikal lain ialah:

A. Saiz Bilik Darjah
Saiz bilik darjah penting kerana ia menjamin keselesaan murid-murid di dalamnya, ukuran bilik darjah yang dianggap sesuai ialah 7 x 9 meter (3 bay). Walaubagaimanapun, guru perlu menggunakan budi bicaranya jika bilik darjah yang diperuntukkannnya lebih kecil daripada saiz yang sepatutunya.

B. Suasana Am Bilik Darjah
Suasana bilik darjah yang ceria atau yang dihiasi lebih menarik serta dapat menggalakkan proses pembelajaran. Ini merupakan satu lagi aspek yang penting. Guru perlu mendapat kerjasama daripada murid untuk mewujudkan suasana bilik darjah yang menarik.

Oleh itu, bilik darjah boleh dihiasi dengan gambar-gambar yang berwarna warni, carta-carta, poster-poster, lukisan-lukisan hasil murid dan model satu objek konkrit yang lain. Papan kenyataan dan almari disediakan untuk mempamerkan hasil projek individu dan kumpulan supaya murid-murid dapat belajar daripada kawan-kawan. Papan pameran juga boleh digunakan untuk mempamerkan hasil kerja murid dapat juga memberikan perasaaan kejayaan serta pengakuan kepada mereka.

Di samping itu, pelbagai ruang pembelajaran yang bersesuaian dengan teori kecerdasan pelbagai dapat disediakan di dalam bilik darjah bagi mengaplikasikan proses pengajaran dan pembelajaran dalam suasana yang kondusif. (rujuk cd yang disertakan).

C. Peralatan
Peralatan yang terdapat di dalam bilik darjah terdiri daripada kerusi dan meja murid-murid, kerusi dan meja guru, papan kenyataan, rak-rak buku dan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran (sebagaimana yang diperuntukkan dalam RMK 9). Di dalam bilik darjah yang lain, meja dan kerusi disusun mengikut barisan dan kumpulan mengikut kesesuaian bilik darjah dan jumlah bilangan murid.

Selain daripada itu, saiz kerusi dan meja perlulah sesuai dengan ketinggian murid-murid. Ketinggian kerusi dan meja yang sesuai akan menjamin keselesaan murid-murid. Bagi kelas pendidikan pemulihan khas, bentuk meja segiempat  juga perlu diubah menjadi bentuk trapezium contohnya, kerana ia mudah dicantum untuk mewujudkan ruang kerja yang lebih besar atau seperti separuh bulatan dan sebagainya. 

Papan hitam dan papan pameran perlu dipasang selaras dengan penglihatan murid-murid untuk memudahkan mereka membaca bahan yang dipamerkan dan bahan-bahan yang dipamerkan juga perlu ditukar dari semasa ke semasa supaya dapat menarik minat murid. Maka dengan ini akan mendorong mereka untuk membaca segala apa yang dipamerkan. Bahan-bahan di papan pameran seharusnya tidak terlalu banyak kerana ini menyusahkan murid-murid membaca. Pelbagai alatan hendaklah disimpan dengan kemas dan tersusun, keadaan ini akan melicinkan pengajaran dan pembelajaran.

D. Keadaan Cahaya Dan Udara Bilik Darjah.
Sesebuah bilik darjah seharusnya mempunyai tingkap dan pintu yang mencukupi. Tingkap dan pintu seeloknya dibuka untuk membolehkan pengedaran udara yang secukupnya di dalam bilik darjah. Kekurangan udara akan menyebabkan keadaan bilik darjah yang panas dan murid-murid akan mengantuk serta gelisah. Situasi seperti ini mendorong timbulnya masalah-masalah disiplin.

Cahaya yang cukup juga penting bagi murid-murid. Bilik darjah yang gelap atau tidak cukup terang dan pengedaran udara yang kurang akan menjejaskan penglihatan murid-murid. Situasi tersebut juga boleh menyebabkan murid-murid cepat berasa letih dan mengantuk dan secara tidak langsung pengajaran dan pembelajaran tidak berjaya dilaksanakan.

E. Faktor Kemanusiaan
Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran tidak hanya bergantung pada bilik darjah yang selesa atau kaedah pengajaran yang efektif. Ia juga bergantung pada faktor kemanusiaan seperti personaliti guru, cara guru melayan pelajar-pelajar dan juga suasana sosiemosi yang wujud di dalam bilik darjah, diantaranya ialah:
1. Kasih Sayang
Guru perlu menyayangi kanak-kanak. Jika dia tidak berupaya belajar menyukai dan menyayangi mereka, maka dia tidak akan menjadi seorang guru yang baik. Kasih sayang berpunca daripada pengetahuan dan kefahaman tentang kanak-kanak. Mereka tidak akan dapat belajar, membesar dan berkembang dengan baik tanpa pemahaman dan kasih sayang daripada guru dan ibubapa.   

2. Keadilan
Selain kasih sayang dan pemahaman, guru hendaklah bersikap adil dan tidak pilih kasih. Semua murid di dalam kelas harus dilayan secara saksama.

3. Demokrasi
Guru hendaklah sentiasa mengamalkan demokrasi di dalam bilik darjah. Contohnya guru tidak melantik ketua darjah, tetapi meminta murid-murid lain untuk memilihnya. Selain daripada itu juga, guru sanggup mendengar dan menerima pendapat yang baik daripada murid-muridnya.

4. Bertimbangrasa
Guru yang bertimbangrasa dan bersopan-santun akan juga membentuk sikap murid-murid tersebut terhadap kawan-kawan mereka.

5. Kecindan
Guru yang baik juga patut menyelitkan unsur kecindan ke dalam pengajarannya. Guru yang pandai bergurau dari semasa ke semasa akan dapat menghilangkan rasa kebosanan  semasa pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan. Guru tersebut hendaklah ketawa bersama-sama muridnya untuk menyatakan akan kelucuan atau jenaka yang telah dibuat. Di samping itu, guru janganlah menggunakan bahasa sindiran terhadap murid-muridnya. Ini akan menyebabkan murid-murid berasa rendah diri atau terhina.

Suasana bilik darjah yang tidak mempunyai unsur kecindan merupakan suatu tempat atau situasi yang membosankan dan tidak menarik. Sebaliknya,unsur kecindan dapat membantu perhubungan yang mesra antara guru dengan murid-muridnya. Ia juga menjadikan bilik darjah suatu tempat yang bahagia dan digemari  murid-murid. Secara tidak langsung ini akan meningkatkan lagi keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

Faktor Teknikal
Faktor ini meliputi beberapa perkara seperti kemahiran guru, komputer, projektor overhead, transparensi, slaid, pita rakaman dan sebagainya.

Kemahiran serta pengetahuan guru penting demi menjamin keberkesanan pengajaran dan pembelajaran (P&P). Oleh itu, selain pendidikan perguruan yang diterima di maktab mahupun universiti, guru hendaklah menghadiri seminar, forum dan bengkel dengan tujuan untuk meningkatkan lagi kemahirannya. Alat Bantu mengajar seperti projektor overhead, pita rakaman dan slaid yang digunakan secara berkesan juga akan menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih bermakna, berkesan serta menarik.

Di samping itu, segala aktiviti pengajaran adalah ditujukan untuk menghasilkan aktiviti pembelajaran yang berkesan. Dengan perkataan lain, objektif pengajaran utama ialah membawa hasil pembelajaran dengan membentuk perubahan tingkahlaku dari satu tahap rendah ke suatu tahap yang lebih tinggi.

Pengajaran tidak akan menjadi bermakna sekiranya ia gagal mewujudkan situasi pembelajaran yang berkesan. Sesungguhnya, segala pendekatan, strategi, kaedah dan teknik mengajar adalah berlandaskan kepada segala teori dan ciri pembelajaran. Hal ini adalah memastikan bahawa segala usaha pengajaran akan menghasilkan aktiviti pembelajaran dengan berkesan. Justeru itu, kaedah dan teknik mengajar seperti kaedah perbincangan, kaedah demonstrasi serta strategi pembelajaran seperti strategi pemusatan murid dan bahan adalah berhubung rapat dengan keberkesanan mengurus aktiviti pembelajaran di dalam bilik darjah.

Organisasi sebuah bilik darjah mestilah mengandungi suatu ciri keistimewaan iaitu di samping ruang aktiviti pembelajaran secara kelas, ruang-ruang aktiviti pembelajaran yang lain, khasnya ruang digunakan untuk aktiviti kumpulan, pula disediakan. Sehubungan ini, banyak aktiviti kumpulan adalah dijalankan dalam ruang-ruang pembelajaran seperti sudut atau ruang matematik, ruang verbal linguistik, ruang nuteralis, ruang muzik, ruang visual-ruang, ruang kecerdasan kinestetik, ruang kecerdasan interpersonal dan intrapersonal. Berasaskan pada CD yang disertakan satu model pengurusan bilik darjah sebuah kelas Pendidikan Pemulihan Khas

Aktiviti-aktiviti yang biasanya dijalankan dalam sudut atau ruang pembelajaran ialah aktiviti pengayaan dan pemulihan, aktiviti sokongan, aktiviti bacaan tambahan, perbincangan, bercerita dan aktiviti jual beli. Di samping itu, ruang-ruang  pembelajaran juga digunakan untuk mempamerkan bahan-bahan pelajaran dan hasil kerja daripada murid-murid di dalam kelas. 

Dalam kerja pengurusan sudut atau ruang pembelajaran, guru harus memastikan bahawa sudut atau ruang dikelolakan dalam keadaan yang kemas dan teratur serta dilengkapkan dengan bahan-bahan pelajaran yang bersesuaian dengan murid-murid dalam menjalankan aktiviti pembelajaran. Untuk mencapai tujuan ini, guru boleh melantik seorang ketua daripada kumpulan murid untuk membantunya supaya menjaga dan membimbing rakan-rakan sedarjah menggunakan ruang atau sudut pembelajaran dengan cara yang betul.

Di dalam bilik darjah, selain mengajar guru juga memainkan peranannya sebagai pengurus. Tugas guru sebagai pengurus ialah:-
  • Mengurus rutin bilik darjah.
  • Mengurus murid-murid supaya menjalankan tugas mereka mengikut jadual bertugas seperti membersihkan bilik darjah dan menyusun meja-kerusi.
  • Mengurus murid-murid supaya mematuhi segala peraturan bilik darjah.
  • Mengurus keadaan fizikal bilik darjah supaya menjadi lebih konusif untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran; mengurus bahan-bahan pengajaran supaya dapat digunakan dengan lebih berkesan.
  • Mengurus aktiviti kumpulan supaya dapat dilaksanakan mengikut rancangan.
Oleh itu, setipa guru tidak dapat melarikan diri daripada kerja-kerja berbentuk rutin Rutin dalam bilik darjah juga boleh dikaitkan dengan pengurusan bilik darjah. Pengrusan bilik darjah yang berkesan ini sangat penting terutamanya untuk menjimatkan masa dan tenaga. Ia juga bertujuan memberikan peruntukkan yang lebih kepada pembelajaran. Menurut Asmah Hj. Ahmad (1989), rutin merupakan kerja biasa di bilik darjah. Kecekapan dalam kegiatan bilik darjah didapati melalui amalan-amalan harian.

Rutin merupakan satu cara tetap untuk menjalankan aktiviti bilik darjah. Penggunaan rutin dalam bilik darjah menjamin kelancaran aktiviti-aktiviti seperti menanda jadual kedatangan, menyemak keadaan fizikal bilik darjah, mengeluar dan menyimpan dan menyediakan bahan-bahan pengajaran, menyediakan berbagai-bagai rekod dan sebagainya.

Sesetengah tugas tersebut boleh dijalannkan oleh murid-murid. Antara tugas tersebut ialah membersihkan bilik darjah, membuka tingkap dan pintu, membersihkan papan hitam, mengedar dan mengutip  bahan-bahan pembelajaran, menyusun kerusi dan meja, menghias bilik darjah dan mengemaskini bahan-bahan pada papan kenyataan. Semua tugas ini harus dijalankan dan diselesaikan dengan penuh tanggungjawab. Tujuannya ialah untuk menimbulkan suasana tindakbalas yang sesuai, yakni guru-guru mengajar sementara murid-murid pula belajar.

Di antara faedah-faedah melaksannakan rutin dalam bilik darjah ialah:
  1. Segala aktiviti di bilik darjah dapat berjalan dengan lebih teratur. Proses pembelajaran tidak terganggu sementara proses pengajaran dapat disampaikan dengan lebih berkesan 
  2. Rutin menjimatkan masa dan tenaga guru dan murid-murid. Dengan adanya rutin, kerja-kerja memberi dan mengutip buku latihan, bahan dan alat ujikaji yang digunakan dapat dijalankan dengan lebih cepat. 
  3. Rutin dapat menolong mengelakkan kekecohan di bilik darjah. Murid-murid yang ditugaskan pada hari yang ditentukan akan menjalankan tugas masing-masing mengikut jadual yang telah disediakan. 
  4. Peraturan bilik darjah membantu mengawal dan meningkat disiplin murid. Peraturan ini akan menolong mengatasi masalah disiplin di dalam bilik darjah. 
  5. Dengan adanya rutin, kemalangan di dalam bilik darjah akan dapat dielakkan. 
  6. Murid-murid yang diberi tanggungjawab akan mendapat pengalaman bertugas yang seterusnya akan memberi peluang untuk mempelajari dan memperoleh kemahiran kepimpinan dan tanggungjawab. 
  7. Murid-murid akan mengambil bahagian menjalankan rutin secara aktif. 
  8. Rutin akan memberi perasaan selamat kepada murid-murid. 
  9. Rutin akan memberi peluang kepada murid-murid untuk bekerjasama; tolong-menolong, bertolak ansur, bertimbang rasa dan mengamalkan sikap-sikap sosial lain yang baik. Setiap kanak-kanak memberi sumbangan kepada kelas semasa menjalankan tugas masing-masing. 
  10. Rutin memberi peluang untuk memilih ketua dan ahli jawatankuasa untuk menjalankan sesuatu tugas. Murid-murid diberi kesempatan untuk mengamalkan prinsip-prinsip demokrasi. 
  11. Rutin menolong murid mengamalkan pemindahan pembelajaran.
Pengurusan Rutin Dalam Bilik Darjah
Pengurusan rutin bilik darjah yang teratur bukan setakat mewujudkan iklim bilik darjah yang baik malahan menimbulkan suasana yang sesuai untuk pengajaran dan pembelajaran. Dalam pengurusan rutin ini, guru memainkan peranan yang penting; rutin bilik darjah perlu diterangkan kepada mrid-murid sejelas-jelasnya dan penerangan ini ada baiknya dibuat pada awal tahun atau awal semester persekolahan seperti kata Earl J. Montague (1987)
……Spend some time at the beginning of the year teaching student the classroom routines they will be usig the rest of the year.

Rutin bilik darjah mestilah jelas dan tidak mengelirukan murid-murid dan apabila telah ditetapkan maka ia  perlu diterangkan kepada murid supaya mereka tahu akan prosedur rutin tersebut dan melakukannya tanpa sebarang bantahan.

Joseph F. Callahan dan Leonard H. Clark (1988), pula berpendapat bahawa guru seharusnya menerangkan rutin yang hendak dijalankan dengan jelas supaya mereka tahu mengikut rutin yang ditetapkan. Berdasarkan penjelasan yang diberikan oleh Joseph F. Callahan (1988), W.F. Cannell (1981), rutin bilik darjah boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu:-
  1. Rutin bilik darjah yang dilakukan oleh guru
Rutin tersebut biasanya dilakukan oleh guru bersendirian. Ada pula rutin yang dianggap sulit, khasnya yang berkaitan dengan rekod peribadi murid-murid. Rutin-rutin berikut juga mesti dilakukan oleh guru-guru sendiri seperti mengutip yuran, mengambil kedatangan pelajar, memunggut buku latihan dan sebagainya,

  1. Rutin bilik darjah yang dilakukan oleh pelajar
Murid-murid dianggap sebagai pembantu guru untuk menjalankan rutin dalam bilik darjah. Aktiviti-aktiviti yang disarankan oleh guru ialah membersih dan mengemaskan bilik darjah, memunggut dan menghantar buku, menghias bilik darjah dan sebagainya. Rutin yang hendak dilakukan oleh murid-murid mestilah ditetapkan terlebih dahulu supaya ia dapat dijalankan tanpa menunggu arahan.

Cadangan-cadangan menjalankan rutin 

  1. Rutin mestilah teratur supaya ia dapat memberi pengalaman yang luas kepada murid-murid.
  2. Rutin yang diadakan harus menjimatkan tenaga dan masa murid-murid dan guru.
  3. Rutin yang paling sesuai haruslah dipilh dan diamalkan sehingga menjadi kebiasaan, sementara rutin yang baik hendaklah dikekalkan.
  4. Rutin yang baik sentiasa menggalakkan dan memperkembangkan insiatif murid-murid.
  5. Murid-murid harus digalakkan mengambil bahagian menjalankan kerja-kerja rutin seperti menjaga kebersihan kelas, tempat duduk, pergerakan murid-murid menyampaikan bahan-bahan lukisan, memberi dan mengutip buku-buku latihan. Dalam keadaan ini, semua murid seharusnya diberi peluang.
  6. Semakin besar sesebuah kelas, semakin diperlukan rutin-rutin yang efektif.
  7. Murid-murid harus memahami bagaimana sesuatu tugas dijalankan dan kelebihan yang diperoleh daripada sesuatu rutin yang digunakan.

Penyimpanan Rekod
Rekod-rekod murid-murid sememangnya penting dalam menyediakan, menganalisis dan menyimpan maklumat tentang seseorang murid. Berdasarkan rekod-rekod tersebut guru akan dapat membuat penilaian tentang prestasi murid terhadap mata pelajaran yang diajar.

Biasanya bagi guru pemulihan khas penyimpanan rekod ini boleh membantu guru mengetahui akan kelemahan dan kebolehan seseorang individu dan guru bertujuan untuk menolong seseorang individu mencapai kebajikan am, pendidikan dan kestabilan emosi yang maksimum terutama dari segi intelek, rohani, jasmani dan social.
 
Selain daripada itu, jika digunakan dengan cermat, rekod dan laporan ini akan dapat menolong guru mengajar mengikut perbezaan  individu dan tidak menggunakan kaedah secara kelas (pengajaran seluruh). Jadi seorang guru haruslah menyingkirkan tanggapan bahawa kerja menyimpan rekod adalah tugas yang remeh dan membuang masa. Sebaliknya, rekod dan laporan akan membantu guru mengajar dengan lebih berkesan lagi.

Rekod yang disimpan mestilah tepat, lengkap, sah dan senang dibaca. Selain itu, ia harus disiapkan dalam masa yang ditentukan. Dalam pendidikan moden, perkara yang dipentingkan ialah perbezaan individu di dalam kelas. Tujuan menyimpan rekod ialah untuk membekalkan keterangan (maklumat) yang tepat dan lengkap tentang perbezaan.

Rekod dapat menolong guru

  • menilai murid-murid secara jangka panjang
  • mengembangkan bakat dan minat murid-murid
  • memahami dan menyelesaikan masalah disiplin
  • menilai pengajarannya sendiri
  • membahagikan kelas kepada beberapa kumpulan
  • menasihatkan murid-murid tentang gerak kerja luar
  • menyediakan dan memilih ujian-ujian yang sesuai
Penutup             
Berdasarkan pada penerangan di atas dan contoh sebuah model kelas dalam CD yang disertakan, dapatlah dinyatakan bahawa implikasi teori kecerdasan pelbagai guru sebagai pengurus bilik darjah memainkan peranan penting di dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran secara formal berlaku dan berlangsungnya proses pemindahan ilmu atau pelajaran daripada guru kepada murid.  Oleh itu bilik darjah merupakan medan pembinaan dan penerimaan ilmu yang paling penting bagi murid.  Jesteru sebahagian besar masa belajar berada di dalam bilik darjah semasa waktu persekolahan.  Pembinaan budaya ilmu dengan proses pengajaran dan pembelajaran yang sangat berkesan akan wujud apabila budaya serta suasana bilik darjah yang positif dapat dijelmakan kerana pembelajaran akan lebih menyeronokkan dan memberangsangkan serta bermakna.

Sehubungan itu bilik darjah merupakan aspek utama yang harus diberi perhatian dengan mewujudkan ciri-ciri budaya kelas positif kearah memantapkan lagi pengisian konsep “Sekolahku Syurgaku” di kalangan murid.  Sekiranya pengurusan bilik darjah tidak cekap dan berkesan maka secara langsung  murid akan merasa jemu, tidak seronok atau tidak selesa untuk terus berada di bilik darjah bagi menjalani proses pengajaran dan pembelajaran.  Kepimpinan guru yang efektif (kreatif, inovatif serta imaginatif) adalah penting dalam mewujudkan suasana yang mendorong kepada pengajaran dan pembelajaran berkesan lagi bermakna serta menyeronokkan bagi murid dalam suasana dan budaya yang sihat dan positif.   

Ganjaran yang diberikan untuk murid juga dapat mengubah tingkah laku dan menggalakkan minat serta keseronokkan murid untuk terus mengikuti pengajaran dan pembelajaran dan hadir ke sekolah.  Amalan Psikologi melalui pendekatan yang sesuai dengan tahap dan keadaan serta teknik memotivasikan dan membentuk geraklaku seperti penghargaan atau pujian dan lain-lain akan memberikan satu impak yang positif.

Jelas di sini bahawa penerimaan persekitaran bilik darjah yang sentiasa berkembang akan mempengaruhi perkembangan kognitif dan percambahan minda murid.  Ini menjadikan asas kepada corak pemikiran seperti pemikiran konsep, penyelasaian masalah dan kreativiti murid.  Kebanyakkan teori pembelajaran masa kini adalah berorentasikan kognitif  Teori Fenonilologi atau Humanistik pula membuat penekanan kepada sikap dan perasaan, kesempurnaan diri, kebebasan pembelajaran dan penjelasan nilai.  Selain daripada itu beberapa elemen penting yang mempengaruhi kewujudan bilik darjah, guru sebagai pengurus dan implikasi teori kecerdasan pelbagai terdiri daripada faktor fizikal, sosial emosi, moral guru atau murid, kepimpinan guru, teknologi serta suasana pengajaran dan pembelajaran.                  


Biblografi
  1. Ee Ah Meng, Psikologi Perkembangan Aplikasi Dalam Bilik Darjah Edisi Ke-2 ,Penerbit Fajar Bakti.
  2. Abdul Rahman Abd Rashid, 1999, Siri Pengajian Dan Pendidikan Utusan Profesionalisme Motivasi Pengurusan Bilik Darjah, Utusan Publicatioans & Distributors Sdn Bhd.
  3. Ee Ah Meng, Murid Dan Proses Pembelajaran Asas Pendidikan 2, Penerbit Fajar Bakti.
  4. Mok Soon Sang, Ilmu Pendidikan Untuk KPLI 1 (Komponen : Profesionalisme Keguruan), Kumpulan Budiman Sdn Bhd, Subang Jaya.
  5. Ee Ah Meng, Pedagogi IV Edisi Ke-2, Penerbit Fajar Bakti.
  6. Ee Ah Meng, Ilmu Pendidikan Pengetahuan Dan Ketrampilan Kehtiasan (Semester 2), Penerbit Fajar Bakti.
  7. JPNJ, Penyemai Kreativiti Guru Bestari1 (Koleksi Guru Johor) Edisi Ke-2, Terbitan Khas Sempena Hari Guru Negeri Johor.
  8. Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK), Aplikasi Teori Kecerdasan Pelbagai Dalam Pengajaran & Pembelajaran, KPM.

Featured post

Metos Makan Waktu Malam

  Makan malam buat anda gemuk? Tiada bukti secara saintifik  membuktikan kerap makan di waktu malam akan mengakibatkan seseorang itu mengala...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...