Pendidikan Luar
merangkumi pelbagai tujuan dan amalan yang dapat memperkayakan dan memperkukuhkan pengalaman pendidikan
formal dengan melihat alam semulajadi sebagai ‘makmal hidup’. Pemanfaatan
persekitaran dan alam semulajadi sebagai tempat pembelajaran secara terus akan
menajamkan kepekaan individu apabila pengetahuan yang diperolehi melibatkan
deria. Dalam hal ini Pendidikan Luar mengutamakan aspek penaakulan oleh
individu dan perlakuan motor yang melibatkan semua deria umpamanya dalam
mengenal alam flora dan fauna.
Pendekatan pendidikan luar banyak tertumpu kepada kaedah penemuan,
eksperimen dan kajian lapangan. Penekanan pembelajaran dalam pendidikan luar
menggalakkan pelajar memperolehi pengalaman melalui sesuatu yang dilakukan sendiri.
Pendidikan Luar
merupakan salah satu daripada pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran yang
amat menarik dan berkesan dilaksanakan elektif dan bijaksana. Pendekatan,
pemeringkatan, pengolahan dan pengisian aktiviti secara teori dan praktikal
akan membantu pelajar meneroka pengetahuan dan pengalaman baru.
Knap (1981)
menyatakan “Pendidikan Luar sebagai alat untuk mencapai matlamat dan objektif
organisasi” Apa yang dimaksudkan dari pernyataan tersebut adalah pendidikan
luar boleh dijadikan satu kaedah untuk mengorientasikan individu atau kumpulan
berdasarkan falsafah, pelaziman dan pengukuhan pembelajaran.
Hammerman ( 1985
), pula menyatakan “ Pendidikan Luar sebagai landasan untuk mengenalpasti
pengalaman yang boleh dipraktikkan dalam situasi harian” Pendidikan luar adalah
sebagai salah satu sub disiplin ilmu dalam pendidikan. Kemahiran-kemahiran
ikhtiar hidup seperti berenang, memanjat, mendaki, menyelesaikan masalah dan
tekanan banyak dipelajari dalam pendidikan luar.
Ford ( 1981 ),
menegaskan “Pendidikan Luar sebagai program yang meliputi penggunaan
persekitaran semulajadi bagi tujuan mengukuhkan pengajaran dan pembelajaran dalam
kurikulum yang sedia ada” Ini merangkumi perkembangan penegetahuan, kematangan
san sikap. Khususnya dalam penggunaan waktu senggang.
Falsafah
Pendidikan Kebangsaan menegaskan bahawa pendidikan di Malaysia adalah suatu
usaha yang berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara
menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari
segi jasmani, emosi, rohani dan intelek berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan.
Oleh yang demikian Program Pendidikan Luar dapat dijadikan media untuk
memurnikan hasrat berkenaan.
Pendidikan Luar
merangkumi pelbagai tujuan dan amalan yang dapat memperkayakan dan memperkukuhkan pengalaman pendidikan
formal dengan melihat alam semulajadi sebagai ‘makmal hidup’. Pemanfaatan
persekitaran dan alam semulajadi sebagai tempat pembelajaran secara terus akan
menajamkan kepekaan individu apabila pengetahuan yang diperolehi melibatkan
deria. Dalam hal ini Pendidikan Luar mengutamakan aspek penaakulan oleh
individu dan perlakuan motor yang melibatkan semua deria umpamanya dalam
mengenal alam flora dan fauna.
Pendekatan
pendidikan luar banyak tertumpu kepada kaedah penemuan, eksperimen dan kajian
lapangan. Penekanan pembelajaran dalam pendidikan luar menggalakkan pelajar
memperolehi pengalaman melalui sesuatu yang dilakukan sendiri. Konsep
pendekatan yang sedemikian diamalkan kerana pegangan falsafah pendidikan luar
yang mempercayai bahawa adalah sukar mengajar seseorang itu belajar tetapi
lebih mudah menolong seseorang itu belajar.
Disamping
itu ianya juga adalah satu proses
pembelajaran secara langsung (learning by doing so). Ilmu, pengetahuan dan
pengalaman diperolehi dengan konsep ‘hands
on’ / ‘first hand experience’. Pendedahan kepada kedua-dua konsep ini
secara tidak langsung akan melahirkan seorang individu yang sempurna dimana
segala aspek yang diberi penekanan iaitu fizikal, mental, emosi, sosial dan
rohani dapat dimantapkan.
Dengan melibatkan
diri kepada corak pendidikan seperti ini potensi individu akan dapat
dikembangkan secara menyeluruh. Individu dapat meningkatkan tahap kreativitinya
dengan menggabungjalin dan menggembelingkan segala ilmu pengetahuan dan
fakta-fakta yang diperolehinya bagi mencetuskana satu corak pemikiran kreatif.
Jenis-jenis pendidikan luar boleh dikategorikan kepada
aktiviti yang berorientasikan:
Aktiviti air :
jenis-jenis aktiviti yang dilaksanakan di atas air yang merupakan
sungai, tasik dan laut seperti aktiviti keselamatan di air, snorkeling,
berkayak, berakit dll.
Aktiviti darat : jenis-jenis aktiviti yang dilaksanakan di
hutan dan di gunung seperti perkhemahan, abseiling, treking, mendaki, ‘orienteering’ dan lain-lain.
Rumusan
- Alam semulajadi merupakan sebuah makmal hidup yang kaya dengan sumber pendidikan.
- Pendekatan pendidikan luar banyak tertumpu kepada kaedah penemuan, eksperimen dan kajian lapangan
- Alam luar digunakan bagi meningkatkan pengajaran dan pembelajaran kurikulum untuk mengembangkan pengetahuan, kemahiran dan sikap.
- Pendidikan Luar sebagai landasan untuk mengenalpasti pengalaman yang boleh dipraktikkan dalam situasi harian.
- Pendidikan Luar sebagai program yang meliputi penggunaan persekitaran semulajadi bagi tujuan mengukuhkan pengajaran dan pembelajaran dalam kurikulum yang sedia ada.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan