Disclaimer

MatriXwoo2 does not give any warranty on accuracy, completeness, functionality, usefulness or other assurances as to the content appearing in this blog. MatriXwoo2 disclaims all responsibility for any losses, damage to property or personal injury suffered directly or indirectly from reliance on such information.

Rabu, 28 Mac 2012

Collagen Fibers and Elastin Fibers is Good for the Health of Your Breasts



Some of us are lucky enough to be blessed with beautiful. 

Smooth supple skin, perky firm breast which often time an envy of women and an adore by gentlemen. 

However the beauty charm fades over years with age kicking in and skin simply gives away with age. 

Aging is inevitable, we try to fend off the effects of aging one way or another and we can well see that skin care products are multibillion industry around the globe. 

Then come about our choice of lifestyle such as smoking, sleeping lat, all of which accelerating the deterioration of the skin health.

Breasts generally are a symbol of femininity and great looking skin often brings great self-confidence to woman. 

In pursue of physical perfection of those who are not happy with the size or fullness of the breasts, some has sought for breast augmentation, yet many are hesitant to undergo cosmetic surgery, fearing the risk. 

While flat-chest women mourn over their “assets”, those blessed with large breasts have their woes too. Gravity does its job; hence large breasts tend to sag more noticeably than smaller breasts. 

As we age, body’s collagen fibers (which give tissue strength and flexibility) and elastin fibers (which keep the skin from drooping) decrease. 

That’s when we see more wrinkles and saggy breasts; a woman’s nightmare! 

BAHAYA MINUMAN BERKABORNAT



Satu gelas minuman berkarbonat setiap hari boleh meningkatkan risiko serangan jantung, menurut sekumpulan penyelidik dari Harvard University.

Kajian telah dilakukan ke atas lebih 40,000 sampel lelaki menunjukkan, minuman yang penuh dengan kandungan gula itu meningkatkan risiko serangan jantung sehingga 20% termasuk boleh menyebabkan kematian.

Menurut kajian berkenaan, tubuh akan bertbertindak mengimbangi pengambilan gula berlebihan dengan menghasilkan lemak simpanan dan sesetengah daripadanya tidak baik untuk jantung.

Dalam kajian tersebut, ujian dalam sampel darah menunjukkan mereka yang mengambil minuman bergula berpotensi memiliki lemak dan protein yang tinggi dalam darah, yang berkaitan dengan serangan jantung. Keadaan ini menyebabkan paras kolestrol baik pula menjadi rendah.

Kajian itu juga menunjukkan lebih banyak minuman manis yang diambil seseorang, termasuk jus buah-buahan yang ditambah gula ketika dihasilkan, juga boleh meningkatkan risiko serangan jantung. Keadaan itu diburukan lagi dengan faktor lain seperti amalan merokok, obesity, pengambilan alcohol dan juga gaya hidup yang pasif.

Pasukan penyelidik membuat kesimpulan tersebut selepas menganalisis maklumat yang disediakan oleh responden melalui soal jawab khas setiap dua tahun, antara tahun 1986 dan 2008. Namun begitu, kajian tidak melibatkan pengambilan minuman diet berkarbonat.

Sebenarnya, air masak adalah pilihan terbaik selain susu rendah lemak untuk menjadi minuman kita, namun adakah jus buah menjadi penganti terbaik????




Pertandingan : Sistem Liga - Penentuan Bilangan Perlawanan




Sistem liga membolehkan semua pasukan yang bertanding mengambil bahagian melebihi sekali. Seiap pasukan akan bertemu dengan pasukan lain sebanyak mungkin bergantung kepada bilangan ahli kumpulan masing-masing. Sistem ini priktikal digunakan apabila penyertaan yang ramai dan tempoh masa yang panjang. Setiap pasukan akan diberi mata dimana pasukan menang diberi 3 mata, seri 1 mata dan kalah 0 mata. Johan ditentukan dengan kutipan mata tertinggi. Jika terdapat pasukan yang mempunyai mata yang sama, penganjur boleh menentukan dengan  purata markah dan perbezaan gol.


  • Jumlah semua perlawanan dalam system liga ditentukan dengan formula;
Jumlah perlawanan =  N ( N – 1 )
                                                                       2
(N = Jumlah pasukan)

Contoh pengiraan:

  • Jika jumlah pasukan yang bermain adalah 6 pasukan, maka jumlah semua perlawanan adalah 15.
                                 Jumlah perlawanan       6 ( 6 – 1 )
                                                                             2

                                                                     =  6  x  5
                                                                             2
             
                                                                     =     30
                                                                             2
                       
                                                                     =     15  perlawanan

  • Jumlah perlawanan setiap pasukan ditentukan dengan formula N – 1. Maka jumlah perlawanan setiap pasukan ialah 6 – 1 = 5 perlawanan.
  • Jumlah pusingan perlawanan ditentukan dengan formula N – 1 bagi penyertaan angka genap (2, 4, 6 ….). Jika N = 6, maka jumlah pusingan perlawanan bagi 6 pasukan ialah 6 – 1 = 5 pusingan.
  • Jumlah pusingan perlawanan ditentukan dengan formula N bagi penyertaan angka ganjil (3, 5, 7, …). Jika  N= 7, maka jumlah pusingan perlawanan bagi 7 pasukan ialah    N = 7 = 7 pusingan.
  • Jumlah perlawanan sesuatu pusingan untuk penyertaan angka ganjil = N – 1                                                                                                                                                2
  • Jika N=6,  jumlah perlawanan dalam sesuatu pusingan =                                                                                                                             2      
                                                                                           = 3 perlawanan
                  




                

Isnin, 12 Mac 2012

SISTEM OTOT




Semua pergerakan merupakan hasil daripada kontraksi otot. Otot membantu pergerakan tulang-tulang. Tisu otot menyumbang kira-kira 40% hingga 50% berat tubuh dan mempunyai sel-sel khusus. Otot mempunyai cirri-ciri pergerakan tertentu. Otot berupaya menerima gerak balas terhadap rangsangan.



Sifat-sifat otot: Menguncup dan kontraktiliti; Mengendur atau relaksi; Regangan; Berubah bentuk pada asal setelah mengalami kontraksi atau relaksi.

Semua kontraksi/penguncupan otot bergantung pada fungsi tulang, sendi dan otot yang melekat pada tulang. Tujuannya adalah untuk menjalankan aktiviti harian. Kontraksi otot juga menghasilkan haba dan mengekalkan postur badan.




Otot terbahagi tiga jenis: Otot Licin/Tiada Jalur – Bersifat involuntri, mempunyai pergerakan di luar kawal; berbeza dari otot jantung kerana tiada jalur, contohnya otot abdomen/perut.



Otot Rangka – Seratnya boleh memanjang sepanjang 30cm ataupun lebih, Setiap seratnya di kelilingi oleh membrane yang disebut sarkolama, sarkolama dan miofilamen bergabung untuk menghasilkan pergerakan, contohnya otot muka.




Otot Jantung – Bertindak tanpa rangsangan saraf, kuasa system saraf bergantung pada pengenduran dan penguncupan otot-otot kardiak mengikut keperluan tubuh, contoh otot jantung.



Ciri-ciri otot rangka ialah: kontrakliti (memendek); ekstansibiliti (memanjang), eksitabiliti (bergerak balas terhadap rangsangan), elastiliti (pergerakan pelbagai arah).






Muscle terminology


Myofiber atau myocyte: sel otot
Sarcolemma: membrane plasma sel otot
Sarcoplasm: sitoplasma sel otot
Retikulum sarcoplasmic: ertikulum endoplasma sel otot
Sarcosome: mitokondria sel otot
Sarcomere: unit contractile atau fungsi otot

Teori Penguncupan Otot




Isnin, 5 Mac 2012

Fungsi Sistem Rangka


Memberi perlindungan kepada organ seperti tengkorak, melindungi otak.; Memberi sokongan untuk pergerakan anggota badan seperti tulang-tulang pada otot rangka, tulang rusuk dan tulang vertebrata; Sebagai tempat penghasilan dan penyimpanan sel-sel darah, contohnya tulang femurdan pelvis. (sel-sel tulang dapat memperbaiki kerosakan tulang-tulang; Menyimpan garam galian, untuk kegunaan tulang-tulang.

Tumbesaran Tulang
Tulang ‘spongi’ mempunyai liang-liang manakala  Semua tumbesaran sel-sel pada bahagian epiphysyes dapat memanjangkan tulang sama ada tumbesaran garis pusat/diameter tulang akan bertambah.





Keperluan mineral, vitamin dan hormone kepada tumbesaran tulang adalah seperti berikut: Mineral – untuk tumbesaran tulang dan menguatkannya; Vitamin A,D,C – untuk tumbesaran tulang dan penyerapan nutrien ke dalam otot-otot badan; Hormon tiroid, tumbesaran dan seks – untuk tumbesaran tulang dan pergerakan tulang yang licin.

Ahad, 4 Mac 2012

ANATOMI DAN FISIOLOGI : Sistem Rangka



SISTEM RANGKA
Sistem rangka sentiasa menyokong pergerakan tulang-tulang. System ini merangkumi sendi, ligamen, tendon, rawan (kartilej) dan tulang. Tulang terbentuk khas supaya dapat menahan tekanan dan tarikan mekanikal. Tulang terbentuk daripada kalsium dan fosforus. Kalsium fosfat yang terdapat dalam tulang membentuk serat tulang yang kuat.



TULANG
Tulang sebenarnya diliputi dengan porestium. Di hujung pangkal pula diliputi kartilej (rawan). Tulang juga diselaputi dengan kapilari darah.
Semua tulang mempunyai mineral. Garam mineral mengeraskan bahan antara sel tulang. Kandungan tulang ialah 2/3 garam galian dan 1/3 bahan organic (sel-sel yang laru dalam gliserol). Jika tiada gaam dalam tulang maka tulang akan menjadi lebih teguh, lentur dan elastic.



Tulang terdiri dari empat jenis saiz iaitu tulang panjang, tulang pendek, tulang pipih dan tulang tidak sama bentuk.

Tulang Panjang
Berfungsi sebagai system tuas. Berbentk bengkok sedikit dan merupakan tulang mampat. Contoh femur, fibula dan tibia (kaki), radius, ulna, humerus (tangan) dan klavikel (badan).
Struktur tulang panjang ialah: epiphyses – hujung tulang panjang; diaphysis –dikenali sebagai aci, bersifat mam;pat dan mempunyai sum-sum tulang; periosteum – merupakan tisu penghubung yang berfiber.



Tulang Pendek
Berfungsi sebagai daya pergerakan dan bentuknya tidak tetap. Contohnya tarsal (tulang pergelangan kaki), karpal (tulang pergelangan tangan)



Tulang Leper
Tulang ini berbentuk melengkung dan nipis dan berfungsi sebagai ikatan pada otot. Contohnya kepala (tulang-tulang pada tengkorak) dan badan (sternum, scapula, pelvis).


Tulang Tidak Sama Bentuk
Kebanyakkannya terdapat pada tulang belakang dan berfungsi sebagai tempat perlekatan otot. Contohnya tulang servikel, torasik, lumbar, sacrum dan koksiks.


Rawan/Cartilage
Berfungsi sebagai ‘kusyen’ pada tulang, bersifat kenyal dan terdapat di hujung tulang.



Sendi
Sendi merupakan bahagian yang membolehkan system rangka melakukan pergerakan. Tiga pergerakan sendi ialah: Amphiarthroses – pergerakan yang terhad (sendi lutut); Diathroses – pergerakan yang bebas (sendi bahu); Synarthroses – tiada pergerakan (sendi di bahagian tengkorak).



Jenis-jenis Pergerakan Sendi
Pergerakan bebas – sendi pelana, sendio lesung, sendi engsel, sendi pangsi dan sendi gelungsur.



Pergerakan terhad – radius, ulna, fibula, tibia, bahagian pubis, tulang rusuk dan sternum.




Tiada pergerakan – tulang-tulang tengkorak, lengkungan pelvis dan sendi di antara gigi.


Ligamen
Berfungsi untuk menyambungkan tulang dengan tulang, merupakan tisu berfiber dan menyokong pergerakan sendi-sendi tulang.




Tendon
Berfungsi untuk menyambunghkanotot dengan tulang dan meregangkan pergerakan anggota-anggota badan.



ANATOMI DAN FISIOLOGI : Hubungkait Antara Sistem-sistem Tubuh




Sistem tubuh sangat berhubung kait antara satu sama lain. Fungsi utama system tubuh ialah memberi sokongan mekanikal dan fisiologi tubuh.

Antara contoh-contoh system tubuh berhubung kait adalah seperti berikut:
Sistem integumentari (kulit) yang membekalkan vitamin D untuk menyerap kalsium dan fosforus untuk pembesaran tulang; Sistem respiratori berhubung kait dengan system rangka (sangkar tulang rusuk melindungi paru-paru); Sistem kardiovaskular berhubung kait dengan system rangka (sum-sum tulang membekalkan sel-sel darah); Sistem saraf berhubung kait dengan system rangka (tengkorak melindungi otak dan tulang vertebra melindung saraf tunjang; Sistem otot berkait dengan system rangka (otot bertindak sebagai tuas dan menyokong pergerakan rangka); Sistem endokrin berhubung kait dengan system rangka (Kandungan kalsium dikawal oleh hormone); system urinari berhubung kait dengan system rangka (tulang pelvis melindungi pundi kencing); Sistem percernaan berhubung kait dengan system rangka (menysediakan zat-zat untuk keperluan tulang).Uh



Sabtu, 3 Mac 2012

ANATOMI DAN FISIOLOGI: Sistem-sistem Tubuh





Sistem Endokrina
Melibatkan organ-organ kelenjar pituitari, kelenjar adrenal, kelenjar tiroid, kelenjar testis dan kelenjar ovari. Fungsi-fungsinya adalah melibatkan rembesan hormone seperti kelenjar testis akan merembeskan hormone estosteron; menyelaraskan aktiviti sel; merembeskan hormone ke dalam darah dan mengawal segala tindakan terkawal dan luar kawal.






Sistem Kulit dan Integumentari
Melibatkan organ kulit. Antara fungsi-fungsinya ialah mencegah kehilangan air dari tubuh badan kerana kulit bersifat kalis air; sebagai deria rasa kerana kulit amat peka terhadap rangsangan seperti kepanasan, kesejukan, tekanan dan kesakitan; melindungi tisu dalam tubuh dari sebarang kecederaan; mengubah ergosterol kepada vitamin D apabila kulit terdedah kepada cahaya matahari pada waktu pagi; menyingkirkan bahan-bahan kumuh melalui peluh dan mengawal suhu badan (tisu adipos)





Sistem Kardiovaskular
Melibatkan organ jantung dan salur darah. Berfungsi sebagai penghalang dehidrasi dan infeksi; mengekal suhu badan dengan mengepam banyak darah ke kulit; mengepam darah beroksigen ke seluruh tubuh; membawa nutrien dan oksigen ke seluruh anggota badan dan mengangkut bahan-bahan kumuh.






Sistem Limfatik
Melibatkan organ-orga seperti salur limfatik, nodus limfa, limpa tonsil, tonsil dan tumus. Berfungsi untuk mengawal imunisasi badan; membentuk limfosit; mempunyai leukosit untuk mengawal penyakit; membawa hasil pencernaan ke dalam ‘lacteal’ dan membawa bahan kumuh untuk diuraikan dalam hati.





Sistem Otot
Melibatkan kumpulan otot-otot major dan otot-otot kecil. Berfungsi dalam membantu pergerakan system rangka; mengekalkan postur badan; membekalkan haba semasa menjalankan aktiviti fizikal dan dapat menstabilkan kedudukan sendi tulang.




Sistem Pencernaan
Melibatkan organ-organ seperti mulut, esophagus, pancreas, usus dan rectum. Berfungsi mencernakan makanan; menyerap zat dan bahan-bahan yang diperlukan oleh tubuh di dalam makanan dan mengumuhkan sisa-sisa makanan.



Sistem Rangka
Melibatkan organ-organ seperti tulang, ligament, tendon, rawan dan kartilej. berfungsi melindungi organ-organ dalaman seperti otak dilindungi oleh tengkorak dan paru-paru serta jantung dilindungi oleh tulang rusuk; menyokong berat badan; melekatkan kumpulan otot; sebagai system tuas; membentuk sel-sel darah merah dan sel-sel darah putih serta mengawal postur badan.






Sistem Saraf
Melibatkan organ-organ seperti otak, saraf tunjang, saraf periferi dan reseptor deria. Berfungsi bagi menyelaraskan segala aktiviti badan; bergerak balas terhadap rangsangan dan menerima dan menyimpan impuls.






Sistem Respiratori
Melibatkan organ-organ seperti hidung, farinks, larinks, trakea, bronkus, bronkiol dan alveolus. Berfungsi membawa masuk gas oksigen; menyingkirkan gas karbon dioksida dan wap air; mengekalkan ‘homeostasis’ badan dan melakukan pertukaran gas dalam alveolus.






Sistem Reproduktif (Pembiakan)
Melibatkan organ-organ (lelaki) – testis, vesikal simen, kelenjar prostat, uretra dan zakar. (perempuan) – ovary, faraj, tiub fallopio, uterus dan vagina. Berfungsi untuk menghasilkan sperma (lelaki) dan ovum (perempuan); menghasilkan zigot (zuriat).







Sistem Urinari
Melibatkan organ-organ seperti ginjal, hati, pundi kencing, paru-paru dan kulit. Berfungsi menyingkirkan bahan-bahan kumuh seperti urea, air dan garam yang berlebihan; mengawal dan mengimbangi kandungan asid dan alkali dalam darah serta mengawal isi isi padu kompisisi kimia di dalam badan.




Featured post

Metos Makan Waktu Malam

  Makan malam buat anda gemuk? Tiada bukti secara saintifik  membuktikan kerap makan di waktu malam akan mengakibatkan seseorang itu mengala...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...