Lakuan motor tanpa kemahiran (Involuntari)Lakuan pergerakan ini dihasilkan secara luar kawal. Ianya berlaku secara spontan dan dalam masa yang sangat singkat. Contohnya, pantulan lutut, tarikan tangan apabila terkena panas atau tercucuk benda tajam.
Lakuan motor berkemahiran (Voluntari)
Lakuan pergerakan ini dihasilkan secara sedar atau di dalam kawalan.
Individu memeilih atau menentukan pergerakan yang ingin dilakukan. Perlakuan
ini dibina melalui bakat, pengalaman, dan latihan. Mutu perlakuan yang
dihasilkan dipengaruhi oleh faktor latihan yang berterusan dan pengalaman yang
dilalui oleh seseorang atlet. Contohnya, melakukan sepakkan gunting di dalam
permainan bola sepak, rejaman dalam permainan sepak takraw, jumping smash di
dalam permainan badminton dan spike di dalam permainan bola tampar.
Kemahiran-kemahiran Pergerakan
- Kemahiran Generik – Kemahiran ini adalah kemahiran yang diwarisi. Kematangan individu berlaku secara semulajadi iaitu sejak lahir. Perubahan kematangan berlaku dengan cepat pada usia kanak-kanak dan berkurangan pada umur dua puluhan, contoh, pertumbuhan otot-otot.
- Kemahiran Berobjektif – Kemahiran yang dipelajari dan mempunyai objektif khusus. Kemahiran ini dapat ditingkatkan melalui latihan yang kerap dan sistematik, contohnya di dalam acara lari pecut.
- Kemahiran Motot Halus – Penggunaan otot-otot kecil sebagai otot utama dalam pergerakan. Contohnya acara menembak, memanah dan boling padang.
- Kemahiran Diskrit – Mempunyai titik permulaan dan titik pengakhiran yang spesifik. Melibatkan pergerakan pantas dan masa yan terhad. Contohnya, acara merejam lembing dan permainan sepak takraw iaitu di dalam masa yang singkat, pemain itu perlu melakukan kemahiran rejaman.
- Kemahiran Berterusan – Melibatkan pergerakan yang sama dan dilakukan berulang-ulang kali dengan titik mula dan titik akhir, contohnya berenang, berlari atau berjalan.
- Kemahiran Bersiri – Gabungan beberapa kemahiran diskrit yang dicantum secara bersiri. Terdapat fasa-fasa kepada pergerakan seterusnya, contoh di dalam acara lompat jauh, dimulakan dengan fasa berlari (lari landas), diikuti dengan fasa take off, seterusnya fasa layangan dan diakhiri dengan fasa mendarat.
- Kemahiran Luar kawal – Kemahiran ini dihasilkan dalam persekitaran yang berubah-ubah. Semasa melakukan kemahiran ini, pemain dan objek berada di dalam keadaan bergerak dan tindakan pemain akan dipengaruhi oleh keadaan persekitaran.
- Kemahiran Terkawal – Kemahiran ini dilakukan di dalam persekitaran yang stabil. Setiap pergerakan di kawal dan ditentukan sendiri oleh pelaku.
Perkembangan Motor
Perkembangan motor berkait rapat dengan perkembangan manusia iaitu
dari lahir hingga tua. Ia merupakan bidang pengajian berkaitan dengan perubahan
dalam prestasi motor hasil interaksi antara manusia dengan persekitaran yang
berlaku sepanjang hayat. Perubahan motor berlaku akibat:
- Proses perkembangan
- Tumbesaran
- Kematangan
- Penuaan
Sebagai contoh, apabila seseorang itu matang dari segi perkembangan
motor, kemahiran di dalam aktiviti sukan seperti menjaringkan bola keranjang
menjadi semakin bagus. Terdapat dua aspek perkembangan motor, iaitu:
- Peningkatan Keupayaan
- Peringkat dari bayi kea lam dewasa
- Kemahiran motor dipelajari daripada kecil hingga dewasa
- Dari perilaku reflex bayi (kecil) ke perilaku kompleks (kematangan)
Penurunan Keupayaan
- Peringkat dari dewasa ke tua
- 50% manusia akan mencapai ketingian maksimum pada awal dewasa
- Usia 70an, manusia akan hilang ketinggian sebanyak 2-4 cm akibat perubahan postur dan tekanan kepada tulang belakang
- Selepas usia matang, sistem dan fungsi tubuh manusia mengalami penurunan keupayaan (hilang upaya).
Pembelajaran Kemahiran Motor
Kemahiran motor merupakan pergerakan yang melibatkan otot-otot pada
anggota badan. Dinger (1972) telah menguraikan domain psikomotor mengikut kemampuan motor (motor abilities) iaitu ciri-ciri afektif
dan kemampuan kognitif. Fartel (1960) menghuraikan kemahiran motor dibahagiakan
kepada tiga bahagian iaitu:
- Cyclic – seperti berjalan, berlari, berenang, lumba basikal yang melibatkan pergerakan yang berulang
- Acylic – kemahiran ini gabungan dari kesempurnaan ybagai contoh, kemahiran bagi permainan badminton adalah hasil gabungan hayunan transisi, pukulan rotation dan langkah di mana dilakukan di dalam satu kerja.
- Gabungan Acylic – gabungan cylic dan diikuti oleh pergerakan acylic. Kemahiran ini melibatkan semua jenis lompatan bagi acara padang dan balapan.