Disclaimer

SainsdanSukan does not give any warranty on accuracy, completeness, functionality, usefulness or other assurances as to the content appearing in this blog. MatriXwoo2 disclaims all responsibility for any losses, damage to property or personal injury suffered directly or indirectly from reliance on such information.

Sabtu, 30 Jun 2012

Kekejangan Otot dan Otot Koyak




Kekejangan otot adalah merujuk kepada regangan yang berlebihan pada fiber-fiber otot. Jika terdapat satu tekanan paksaan yang berlebihan terhadap otot, maka fiber-fiber otot akan terkoyak dan beberapa kes yang serius, ‘pemutusan’ otot akan berlaku. Darjah kesakitan dan pergerakan adalah bergantung kepada tahap kecederaan. Kekejangan otot yang ‘ringan’ boleh menyebabkan kecederaan minor tenderness dan ketidakselesaan dalam melakukan aktiviti fizikal. Kekoyakan otot yang sedarhana akan membawa kesakitan dan otot akan kehilangan kekuatan serta bengkak dan diikuti lebam-lebam. Pemutusan otot yang serius akan menyebabkan kesakitan yang serta-merta deiikuti dengan bengkak, lebam dan otot akan kehilangan fungsinya.

Kekejangan dan kekoyakan otot biasanya berlaku apabila ianya mengecut serta-merta terhadap sesuatu rintangan. Semua jenis otot boleh mengalami kecederaan sedemikian, walau bagaimanapun sesetengah otot lebih biasa kepada kecederaan tersebut, contohnya, kekejangan otot pada pergelangan kaki biasanya berlaku terhadap atlet yang melibatkan acara lompatan. Kecederaan otot-otot hemstring pula biasanya berlaku kepada atlet acara pecut, bola sepak dan ragbi.

Aktiviti-aktiviti sukan yang melibatkan pertukaran arah pergerakan secara pantas dan serta-merta dengan menggunakan otot-otot pada persendian (groin muscle) akan menyebabkan berlakunya kecederaan di bahagian tersebut. Contohnya atlet renang, biasanya akan mengalami kecederaan pada bahagian bahu, atlet bola sepak akan mengalami kecederaan pada bahagian lutut dan atlet tenis selalunya mengalami kecederaan di bahagian pinggang. Dalam apa jua keadaan, apabila sesuatu otot mengecut di dalam keadaan cepat dan serta-merta secara paksa maka kekejangan dan kekoyakan otot akan terjadi.

Beberapa Keadaan Kecederaan Otot Terjadi adalah kerana: Ketidak seimbangan dalam perkembangan otot sesuatu kumpulan; Aktiviti memanaskan badan yang tidak mencukupi; Memperkembangkan sesuatu program latihan atau senaman dengan cepat; Keadaan di mana otot-otot ‘menarik balik’ akibat tergelincir akibat licin dan kekurangan daya kelenturan.

Rawatan untuk kekejangan atau kekoyakan otot adalah bergantung kepada darjah sesuatu kecederaantersebut. Secara asasnya, tahap sesuatu aktiviti perlu dikurangkan, haba perlu dikenakan sebelum aktiviti dan ais serta tekanan ke atas otot yang cedera perlu dikenakan kemudian. Sekiranya kesakitan bertambah semasa melakukan aktiviti, maka ianya perlu dihentikan serta-merta. Jika kesakitan berterusan selama 7 hingga 10 hari, mestilah dirujuk kepada pakar. Kekejangan otot minor tidak boleh dibiarkan kerana stress yang dikenakan secara berterusan ke atas otot-otot tersebut akan menyebabkan kecederaan mejor.

Kecederaan kekoyakan otot yang sedarhana memerlukan penghentian aktiviti fizikal secara serta-merta. Menggunakan ais, tekanan dan menaikkan bahagian yang cedera. Rawatan ais perlu diteruskan untuk 15 hingga 30 minit, 3 hingga 4 kali dalam masa 2 hingga 3 hari. Rawatan ais, tekanan dan meninggikan bahagian yang cedera adalah untuk menghentikan atau mengurangkan pengaliran darah dalam otot-otot tersebut. Selepas menggunakan ais selama 2 hingga 3 hari yang pertama, haba pula perlu dikenakan selama 20 hingga 30 minit, 3 kali sehari diikuti dengan aktiviti fizikal yang ringan dan sistematik.

Latihan-latihan tersebut adalah terdiri daripada pergerakan-pergerakan yang melibatkan otot-otot yang cedera digerakkan secara semaksimum yang termampu tanpa menggunakan bebanan. Apabila tiada kesakita, aktiviti tersebut boleh diteruskan dengan menggunakan bebanan. Selepas otot-otot kembali kepada ke keadaan normal, maka kembali kepada aktiviti sepenuhnya.

Bagi kekejangan otot serius dan otot-otot ‘putus’ yang serius dan berkemungkinan berlakunya kecacatan di dalam otot-otot tersebut, rawatan perubatan yang segera adalah diperlukan. Jika ianya memerlukan pembedahan, maka satu program pemulihan (fisiotrapi) yang sistematik oleh pakar-pakar fisiotrapi amat diperlukan.

Seseorang atlet yang pernah mengalami kecederaan otot yang serius, perlu menjalankan program regangan yang sistematik bagi meningkatkan daya kelenturan otot. Ini kerana otot-otot yang pernah mengalami kecederaan yang serius akan menjadi lebih ‘ketat’ dan kurang elestik berbanding sebelumnya. Selain itu program regangan untuk kumpulan otot-otot tertentu bagi mengekalkan keseimbangan kumpulan otot-otot yang lain. Penilaian semula ke atas teknik-teknik latihan untuk mengelakan stress yang berlebihan dikenakan ke atas sesuatu kumpulan otot serta kaedah memanas dan menyejukan badan yang betul amat penting.

Kekejangan dan kekoyakan otot boleh berlaku pada bila-bila masa walaupun disebabkan gangguan-gangguan yang kecil seperti faktor keletihan disebabkan bebanan kerja yang dikenakan terhadap otot-otot secara berterusan. Melalui rawatan yang sesuai ke atas kecederaan-kecederaan tersebut, kerosakan terhadap otot-otot dapat dikurangkan dan atlet boleh kembali semula menjalani rutin latihan sepenuhnya dengan kadar waktu yang singkat selepas mengalami kecederaan.

Tiada ulasan:

Featured post

Metos Makan Waktu Malam

  Makan malam buat anda gemuk? Tiada bukti secara saintifik  membuktikan kerap makan di waktu malam akan mengakibatkan seseorang itu mengala...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...