Disclaimer

MatriXwoo2 does not give any warranty on accuracy, completeness, functionality, usefulness or other assurances as to the content appearing in this blog. MatriXwoo2 disclaims all responsibility for any losses, damage to property or personal injury suffered directly or indirectly from reliance on such information.

Rabu, 29 Ogos 2012

FALSAFAH SUKAN : Konsep Sukan




Definitions of sport, play and game

  • Play – spontaneous, voluntary, simple, no rules, no age limit.
  • Games – formal, organized, skills, strategies and luck involved, specific to a culture.
  • Sports – highly organized, has rules, competitive, designed to produce a winner, involved skills, physical and mental preparation.

Reasons for Participation

Individual

  • Cultural demand
  • Social
  • Helth and fitness
  • Recreatition
  • Competition
  • Aggression theory
  • Visibility
  • Joy theory
  • Acculturation
  • Material
  • Pursuit of  excellence
Nation

  • Politic
  • Propaganda
  • International relations
  • Education
  • Helth
  • Economics
  • Recreation
  • Militarism
Reasons for Increased Awareness in Sports

  • Fitness and lifestyle
  • Women emancipation
  • Increased Youth Programs
  • Sponsorship
  • Common links between nations not found in religion and politics
  • Proliferation of activities
  • Interaction

Concept of Sport Science

Definition of sport sport science:

  • Sport science is a discipline that studies the application of scientific principles and techniques with the aim of improving sporting performance. Human movement is a related scientific discipline that studies human movement in all contexts including that of sport. The discipline of Sports Science is also known as “Exercise Science” and “Exercise Physiology”

Concept of Sciencein Sport

  • The study of sports science traditionally incorporates areas of physiology, psychology, motor control and biomechanics but also includes other topic such as nutrition and diet, sports technology, anthropometry kinanthropometry and performance analysis.

  • Sports scientists an performance consultants are growing in demand and employment numbers, with the ever-increasing focus within are sporting world on archieving the best results possible. Through the study of science and sport, researchers have developed a greater understanding on how the human body reacts to exercise, training, different environments and many other stimuli.


Khamis, 16 Ogos 2012

ASAS PSIKOLOGI DALAM KAWALAN DAN PEMBELAJARAN MOTOR



Objektif:

Pelajar dapat gambaran asas mengenai model pemprosesan maklumat dan ekologi dalam kawalan motor.

Pelajar dapat mengenalpasti komponen mejor sistem pemprosesan bagi proses kawalan motor

Pelajar dapat menjelaskan proses mental mejor bagi kawalan motor.

Pelajar dapat bezakan pendekatan pemprosesan maklumat dan ekologi dalam proses kawalan motor.








Selasa, 7 Ogos 2012

LATIHAN DAYA TAHAN OTOT



Latihan Isotonik
Latihan isotonik ialah kontraksi yang melibatkan fiber otot memendek dengan ketegangan berbeza semasa mengangkat bebanan yant tetap. Semasa latihan isotonic, terdapat dua kontraksi otot berlaku iaitu kontraksi konsentrik (otot memendek) dan kontraksi esentrik (otot memanjang). Di dalam latihan ini otot sentiasa bersilih ganti konsentrik dan esentrik, contohnya lakuan bicep curl. Kontraksi konsentrik berlaku ketika menurunkan bebanan sambil melawan griviti. Otot akan berkerja dengan lebih keras semasa permulaan menaikkan bebanan dan beransur-ansur kurang di hujung julat pergerakan dan ketika menurunkan bebanan.

Latihan Isometrik
Isometrik ialah latihan yang melibatkan kontraksi static fiber otot tidak memanjang atau memendek dan sendi tidak mengalami julat pergerakan. Antara aktiviti ialah tarik tali atau tuala, menolak dinding.

Latihan Isokinetik
Latihan isokinatik ialah latihan isotonic yang menggunakan peralatan atau mesin yang mempunyai bebanan atau pelbagai halangan. Bebanan atau halangan ini bersamaan dengan daya yang dikenakan terhadap sesuatu julat pergerakan. Otot mengalami kontraksi dengan halaju yang sekata pada keseluruhan julat pergerakan. Latihan isokinetik memerlukan peralata khas yang direka bentuk bagi mengeluarkan halaju sekata ketika daya diaplikasikan. Latihan ini amat baik sebagai pemulihan daripada kecederaan serta mempunyai kelebihan daripada segi keselamatan.

Info:
Repetition Maximum
1 RM ialah beban maksimum yang mampu diangkat oleh seseorang atlet. Untuk memperolehi 1 RM, atlet berupaya mengangkat bebanan maksimum dengan sekali angkat sahaja. Ini adalah paras satu ulangan maksimum atau 1 RM bagi atlet tersebut.

Contoh:
Atlet membuat latihan bench press. Dia berupaya mengangkat berat maksimum 90 kg dengan hanya membuat satu repetition. 1 RM bagi atlet tersebut melakukan latihan ialah 90 kg.

Untuk menjalankan aktiviti daya tahan otot tangan, atlet tersebut boleh melakukan aktiviti dengan 50% daripada 1 RM, iaitu 50% daripada 90 kg dan ditambah ulangannya 10 – 15 kali.  Contohnya,  3 set X 45 kg X repetition (Lakuan aktiviti mengangkat bebanan 45 kg, 10 kali repetition sebanyak 3 set)
  
LATIHAN DAYA TAHAN OTOT
Jenis Kontraksi
Definisi
Contoh
Kelebihan





Isotonik
Latihan yang melibatkan kontraksi fiber otot memendek dengan ketegangan berbeza semasa mengangkat bebanan yang tetap
Abdominal crunch
Memberi lebih kekuatan daripada isometric

Baik untuk koordinasi

Cepat pulih daripada lesu

Baik untuk melatih imbangan



Isometrik
Latihan yang melibatkan kontraksi static dengan fiber otot tidak memanjang dan tidak memendek serta sendi tidak mengalami julat pergerakan
Tarik tuala
Boleh dilakukan di ruangan sempit
Tidak memerlukan peralatan

Baik untuk pemulihan otot


Isokinetik
Latihan isotonic dengan menggunakan peralatan atau mesin yang menetapkan halaju sekata pergerakan
Sama seperti latihan isotonic tetapi menggunakan peralatan khas yang dapat mengawal kelajuan pergerakan
Baik untuk latihan kekuatan

Baik untuk pemulihan kecederaan otot

Faedah Latihan daya Tahan Kardiovaskular




Faedah latihan kecergasan daya tahan kardiovaskular (DTK) tidak dapat dilihat dengan serta merta. Kesan dan faedahnya diperolehi sekiranya latihan dilakukan dalam satu jangka masa yang panjang dan berterusan mengikut prinsip-prinsip latihan. Antara kesan-kesan adaptasi fisiologi dan faedah yang berlaku daripada kesan tersebut apabila kita menjalani latihan DTK secara berterusan ialah ialah:
  • Berlaku hipertropi kardiak hasil daripada penebalan dinding dan pembesaran kaviti ventrikel jantung. Keadaan ini member faedah kepada peningkatan kekuatan jantung mengepam darah beroksigen dengan lebih banyak ke otot-otot. Aspek ini membantu dalam penghasilan tenaga untuk dibekalkan kepada otot-otot dan membolehkan kita berkerja dengan lebih lama secara maksimum.
  • Penurunan Kadar Nadi rehat (KNR) selepas menjalani program latihan kardiovaskular yang berpanjangan iaitu di antara 8 minggu sehingga 12 minggu. KNR ialah indicator kecergasan fizikal seseorang di mana individu sihat mempunyai KNR yang rendah. Individu yang mempunyai KNR yang rendah adalah lebih cergas berbanding individu yang mempunyai KNR yang lebih tinggi.
  • Mempercepatkan kadar nadi pemulihan (KNP). Apabila KNP berlaku dengan cepat, maka ianya akan membenarkan individu untuk meneruskan aktiviti selanjutnya.
  • Peningkatan isipadu strok dan output kardiak dalam seminit semasa individu menjalankan latihan. Keadaan ini  akan memberi faedah disebabkan peningkatan bekalan darah beroksigen ke otot-otot berlaku bagi membolehkan otot berfungsi dalam jangka masa yang agak lama secara maksimum.
  • Peningkatan kapilarisasi di otot-otot dan organ-orhan tubuh. Ini member faedah kerana oksigen dapat dibekalkan kepada otot yang berkerja dengan efisien untuk penghasilan tenaga dalam aktiviti DTO.
  • Penurunan tekanan darah sistolik dan distolik terutamanya semasa rehat bagi individu yang mempunyai tahap hipertensi yang rendah. Ini akan dapat mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular seperti hipertensi, penyakit jantung dan strok.
  • Peningkatan high density lipoprotein (HDL) dan penurunan low density lipoprotein (LDL) dan very low density lipoprotein (VLDL). Keadaan ini akan mengurangkan risiko penyakit yang berkaitan dengan saluran darah seperti atherosclerosis yang boleh membawa kepada penyakit hipertensi, strok dan jantung.
Semua faedah di atas dapat membantu kita meningkatkan tahap kecergasan, semasa dalam tugas harian atau di dalam acara sukan. Faedah-faedah tersebut akan terus dinikmati selagi kita terus giat berlatih bagi meningkatkan dan mengekalkan tahap kecergasan diri.
  
Info:
Tekanan darah sistolik – Terhasil daripada penguncupan ventrikel kiri jantung. Semasa rehat, purata tekanan ialah 120/70 mmHg. Keadaan ini menggambarkan keadaan jantung yang berkerja atau tekanan darah pada dinding arteri.

Tekanan darah distolik – Tekanan darah semasa jantung rehat anatara degupan. Purata bacaannya ialah 70/80 mmHg. Keadaan ini menggambarkan keefisienan darah mengalir dari arteriol ke kapilari darah.


Rabu, 1 Ogos 2012

SISTEM VISUAL DAN KAWALAN MOTOR


Sistem Fokal
Makenisme kawalan  motor secara sedar yang melibatkan tahap pemprosesan maklumat yang agak tinggi

Sistem Ambient
Mekanisme kawalan motor tanpa sedar yang melibatkan tahap pemprosesan maklumat di peringkat perantaraan contohnya optical flow (aliran optik) dan visual proproception (orentasi ruang)

Sistem Ambient dan Kawalan Motor
Optical flow (Aliran Optik)
kesinambungan aliran cahaya pada retina untuk membolehkan sistem biologi menerima maklumat tentang:-
Stabiliti dan Imbangan – pengawalan postur menerusi adaptasi visual terhadap ‘form’ (bentuk).
Velositi pergerakan dalam persekitaran – dicapai menerusi perubahan yang berlaku terhadap bentuk mengikut rangka masa.
Maklumat masa (time to contect antara objek dan individu) – dicapai menerusi pengesanan perubahan saiz objek realiti kepada jasad (retina).

Sistem Ambient dan Kawalan Motor
Orentasi Ruang (visual proprioception)
Keupayaan sistem visual memberi maklumat proprioseption iaitu merujuk kepada pergerakan atau interaksi sesuatu jasad di dalam ruangnya.
Dicapai menerusi pemprosesan kadar perubahan sudut visual objektif, realitif terhadap persekitaran: -
Arah pergerakan, realitif kepada objek dalam persekitaran.
Pergerakan objek dalam persekitaran; realitif kepada posisi individu.


Featured post

Metos Makan Waktu Malam

  Makan malam buat anda gemuk? Tiada bukti secara saintifik  membuktikan kerap makan di waktu malam akan mengakibatkan seseorang itu mengala...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...