Disclaimer

MatriXwoo2 does not give any warranty on accuracy, completeness, functionality, usefulness or other assurances as to the content appearing in this blog. MatriXwoo2 disclaims all responsibility for any losses, damage to property or personal injury suffered directly or indirectly from reliance on such information.

Rabu, 30 Mei 2012

Cerebellum




Dikenali sebagai ‘otak kecil’ tetapi berperanan besar dalam fungsi kawalan motor. Berkempentingan di dalam proses kawalan motor berdasarkan jumlah dan jenis neuron yang terdapat di dalam struktur ini iaitu neuron motor piramid dan neuron motor purkinje.

Neuron Motor Piramid

Neuron Motor Purkinje

Purkinje Neuron Motor



                                                                                                        

Antara peranan cerebelum dalam kawalan motor adalah: (a) pengawalan ‘tone otot’ (b) koordinasi laluan dan training (c) pembelajaran motor.

Cerebelum juga berkeupayaan untuk membanding input daripada pelbagai sumber: (a) segala maklumat yang diterima daripada reseptor (b) segala maklumat yang diterima daripada bahagian korteks motor serta kawasan lain dalam sistem ‘penggabung’ (i.e. projection).

Sistem penggabung ini menjadikan cerebelum sebagai: (a) pusat koordinasi dan regulasi mutu pergerakan yang dihasilkan (b) pusat mejor di dalam mengesan dan memperbetulkan kesilapan-kesilapan yang berlaku di dalam pergerakan.

Cerebelum juga diandaikan sebagai tempat menyimpan blue print untuk aksi. Sebagai contoh, apabila seseorang menerima input di kawasan kortikal/ korteks cerebral, salinan eferen aksi yang hendak dihasilkan (berdasarkan input motor daripada kortikal) dibandingkan dengan input sensori dari periferi. Apabila sumber input periferi berlaku, input sensori yang dimaksudkan adalah maklumat terkini mengenai keadaan sistem biologi. (i.e. tension yang dialami oleh otot).Keadaan tidak serasi di antara aksi yang hendak dihasilkan dengan input sensori terbaru yang diterima dapat dikesan oleh cerebellum, dan akan berlaku pengubahsuaian.




Fungsi Cerebellum Dalam pembelajaran Motor
Mengikut Teori Morr-Albus (1971): Cerebellum menerima dan memproses maklumat yang diterima daripada sistem releven dalam CNS. Bagi maklumat yang lazim diproses, struktur Serat Mossy (SM) berperanan dalam proses intergrasi maklumat dengan sistem yang lain. Jika maklumat yang perlu diproses adalah maklumat jenis baru, didapati Serat Climbing (SC) akan menjadi aktif. Diandaikan SC ‘mengajar’ SM untuk beradaptasi dengan maklumat baru tadi.






                                                                                     
        



Sistem-sistem Lain Pada Kawalan Motor









Sabtu, 26 Mei 2012

Prinsip-prinsip Latihan


Double Champion 1991 - Johore Golden Team

Prinsip latihan boleh ditakrifkan sebagai rukun yang mesti diikuti oleh setiap atlet, jurulatih atau sesiapa sahaja yang terlibat di dalam aktiviti fizikal atau latihan sesuatu jenis sukan. Prinsip latihan pula perlu dijalankan secara bersistematik dan mengikut prosedur-prosedur yang telah ditetapkan. Antara prosedur yang perlu diamalkan semasa prinsip latihan seperti di bawah:



Prinsip latihan fizikal merangkumi prinsip-prinsip berikut:
(i) Prinsip Tambah Beban – Latihan bebanan melibatkan latihan rintangan yang prograsif dengan berulang-ulang untuk mendapatkan pergerakan, kuasa, daya tahan otot, kelenturan dan kekuatan. Tiga pemboleh ubah dalam latihan ialah: (a) intensiti (b) tempoh masa/jangka masa (c) kekerapan/frekuensi.

Prinsip Tambah Beban


Bebanan latihan yang berlainan memberi kesan yang berlainan pada pemulihan atlet.

(ii) Prinsip Perbezaan Individu
Setiap individu unik dan bertindak balas secara berlainan terhadap latihan. Oleh itu, sesuatu program harus diubahsuai mengikut perbezaan individu. Antara faktor-faktor yang mempengaruhi latihan ialah: (a) baka/genatik (b) kematangan fizikal dan mental (c0 pemakanan (d) tahap kecergasan fizikal.

(iii) Prinsip Pengkhususan
Individu atau atlet diberikan latihan yang lebih khusus pada kemahiran-kemahiran yang sesuai dengan acara yang akan disertainya selari dengan keperluan-keperluan objektif yang hendak dicapai.

(iv) Prinsip KebolehbalikanAtlet perlu menjalani latihan secara berterusan untuk mengelak penurunan tahap kecergasannya. Jika latihan tidak dijalankan dalam satu tempoh yang lama selepas satu sesi program latihan latihan, tahap kecergasan atlet itu kembali ke tahap pralatihan semula. Lazimnya prestasi fizikal akan menurun jika latihan tidak dilakukan lebih dari 72 jam.

(v) Prinsip Kepelbagaian
Untuk mengelakkan kebosanan ketika menjalani sesuatu sesi program latihan, aktiviti-aktiviti perlu dipelbagaikan. Contohnya, latihan yang berat selalunya diikuti dengan rehat atau aktiviti yang ringan dan santai.



Jumaat, 25 Mei 2012

Kecergasan Fizikal


Kecergasaan adalah keupayaan untuk hidup dalam keadaan seimbang dan sempurna dari segi fizikal, mental, emosi, rohani dan sosial serta berkeupayaan melakukan kerja-kerja harian tanpa cepat atau mudah mengalami keletihan dan kelesuan. Di samping itu masih bertenaga untuk melakukan aktiviti riadah dan bertindak balas jika berlaku sesuatu kecemasan.

Kepantingan kecergasan ialah: (i) Membentuk keperbadian, kepimpinan dan disiplin diri. (ii) Membantu melibatkan diri dalam aktiviti sosial dengan lebih cergas. (iii) Meningkatkan kesedaran individu terhadap diri, masyarakat dan negara. (iv) Membantu mengawal emosi. (v) Mencapai kehidupan yang sihat dan cergas.

Kecergasan terbahagi kepada 5 komponen utama: (i) Kecergasan Fizikal – keupayaan individu berfungsi secara berkesan untuk menghadapi cabaran. (ii) Kecergasan Mental – membolehkan individu berfikir secara rasional dan menggunakan maklumat untuk meningkatkan kualiti hidup. (iii) Kecergasan Sosial – keupayaan individu untuk bergaul dengan orang lain bagi mewujudkan perhubungan yang sihat. (iv) Kecergasan Emosi – keupayaan individu untuk menghadapi masalah harian dan keupayaan individu untuk membentuk sistem nilai. (v) Kecergasan Rohani – dapat memanafaatkan masa sanggang dengan berfaedah, mempunyai kepercayaan beragama, meningkatkan perasaan kendiri dan dapat menghadapi sebarang kecemasan.


KECERGASAN FIZIKAL

Kecergasan fizikal ialah kerja fizikal harian dan dapat berfungsi secara berkesan. Individu juga dapat mengatasi hal-hal kecemasan dengan efisien dan meluangkan masa lapang dengan aktiviti yang berfaeah. Kecergasan sering kali dikaitkan denga keupayaan individu untuk menggunakan masa sanggang, menentang penyakit hipokinetik dan menghadapi kecergasan.

Kecergasan untuk kesihatan merangkumi aspek-aspek yang berkaitan dengan fisiologi dan psikologi yang dipercayai memberi seseorang individu perlindungan daripada ancaman penyakit-penyakit hipokinetik seperti penyakit jantung, obesiti dan pelbagai penyakit otot dan tulang. Kecergasan untuk kemahiran pula merujuk fungsi-fungsi dan keupayaan seseorang itu yang membolehkannya bertanding dalam aktiviti sukan dengan lebih bertenaga, mempunyai daya kuasa, kuat, berdaya tahan, berkemahiran dan sebagainya, (Falls, 1980).

Kecergasan fizikal ialah keupayaan melaksanakan tugasan harian dengan cekap dan cergas tanpa kepenatan yang berlebihan serta mempunyai tenaga yang mencukupi untuk aktiviti riadah. Selain itu, seseorang yang cergas fizikalnya sanggup menghadapi cabaran keadaan-keadaan kecemasan yang mungkin terjadi, (Clarke, 1979).


KECERGASAN FIZIKAL BERLANDASKAN KESIHATAN

Daya Tahan Kardiovaskular (DTK)
Merujuk keupayaan kardiovaskular mengedar sistem darah beroksigen ke otot-otot yang berkerja dengan efisien dan pada jangka masa yang lama. DTK individu bergantung kepada kombinasi sistem jantung, sistem paru-paru dan sistem saluran darah yang efisien.

Sistem respirasi dan sistem peredaran darah membekalkan oksigen kepada sel-sel dan organ-organ di dalam badan untuk melakukan aktiviti fizikal di dalam jangka masa yang panjang. Aktiviti-aktiviti DTK melancarkan lagi sistem peredaran darah dan meningkatkan lagi kebolehan paru-paru berfungsi secara optimum.

Contoh aktiviti DTK ialah latihan aerobik, seperti berjalan kaki, berenang, berjogging, jeda, fartlek dan mendaki gunung.

Daya Tahan Otot (DTO)
Kebolehan sesuatu jenis otot atau kumpulan otot menghasilkan daya berulang-ulang di dalam jangka masa yang panjang tanpa cepat berasa lesu. DTO membantu individu melakukan kegiatan yang membebankan anggota-anggota badan secara berterusan.

Contoh aktiviti DTO antaranya ialah, naik dan turun tangga, bench press dan jeda.

Kekuatan Otot
Kebolehan kumpulan otot menghasilkan daya untuk mengatasi sesuatu rintangan. Kekuatan sesuatu jenis otot atau kumpulan otot boleh menghasilkan kuasa kontraksi otot yang maksimum.

Contoh latihan kekuatan otot antaranyanya, tekan tubi, bangkit tubi dan latihan litar.

Fleksibiliti
Keupayaan otot, sendi, tendon dan ligamen melakukan pergerakan dengan lancar pada julat pergerakan yang maksimum. Hasil sesuatu pergerakan ditentukan oleh kefleksibelan serta panjang otot-otot, ligamen, tendon dan struktur sendi.

Contoh aktiviti yang boleh meningkatkan fleksibiliti ialah pusing sisi, lentik sisi dan lentik belakang.

Kompisisi Tubuh Badan
Ianya merujuk kepada peratusan kandungan tubuh berbanding dengan berat tubuh yang terdiri tulang dan otot-otot. Pada amnya, berat badan individu merangkumi 70% – 80% otot dan tulang manakala 20% - 25% adalah lemak.

Bentuk badan manusi terbahagi kepada tiga kategori iaitu: (i) Endomorf (gemuk). (ii) Ektomorf (kurus).     (iii) Mesomorf (sasa).




KECERGASAN FIZIKAL BERLANDASKAN KEMAHIRAN MOTOR

Koordinasi (KOD)
Ianya merujuk kepada keberkesanan dan keseragaman yang cekap dalam pergerakan tubuh badan individu. Koordinasi melibatkan penyelarasan pergerakan kesemua anggota tubuh. Individu yang mempunyai koordinasi mata dan tangan berbakat di dalam bidang sukan seperti badminton dan tenis. Individu yang mempunyai koordinasi mata dan kaki yang baik cemerlang dalam sukan bola sepak.

Contoh latihan untuk meningkatkan koordinasi ialah burpees.

Imbangan
Ianya merujuk kepada keboleh individu mengekalkan keseimbangan apabila pusat griviti, dasar atau tapak yang menyokongnya diubah atau statik. Imbangan terbahagi kepada dua jenis iaitu: (i) Imbangan Statik – merujuk kepada, kebolehan mengekalkan keseimbanagan ketika pusat griviti berada setempat. (ii) Imbangan Dinamik – merujuk kepada, kebolehan mengekalkan keseimbangan ketika pusat griviti diubah.

Contoh aktiviti yang boleh meningkatkan imbangan antaranya ialah, berdiri dengan sebelah kaki dan berjalan atau berlari dengan sebelah kaki.

Ketangkasan
Merujuk kepada kebolehan individu melakukan pergerakan berturut atau mengubah kedudukan dengan pantas dan tepat. Kepantasan melibatkan kepada aspek-aspek koordinasi gerak tubuh.

Contoh latihannya ialah lari ulang-alik.

Kuasa
Merujuk kepada keupayaan otot untuk menghasilkan daya yang maksimum di dalam jangka masa yang singkat. Kuasa melibatkan kekuatan dan kelajuan otot.

Conto latihannya antaranya ialah, melontar peluru, bola segar dan lompat tinggi.

Kelajuan
Merujuk kepada keupayaan untuk melakukan pergerakan dari satu kedudukan ke kedudukan yang baharu dalam jangka masa yang singkat. Kelajuan ditentukan oleh hasi jarak langkah dan kekerapan melangkah.

Contoh aktiviti yang boleh meningkatkan kelajuan antaranya ialah, pecut 50m dan 100m

Masa Tindak Balas (Reaction Time)
Merujuk kepada satu jangka masa yang diambil untuk bergerak selepas menerima rangsangan untuk berbuat demikian.

Contoh aktiviti, antaranya ialah berlari pecut, menangkap bola.



Isnin, 21 Mei 2012

Sistem Tenaga : Siri 2



Pembentukan tenaga ialah hasil daripada metabolism makanan. Tenaga yang diperolehi daripada proses metabolisme makanan yang dimakan tidak terus digunakan sebaliknya terpaksa melalui beberapa proses kimia untuk menhghasilkan tenaga. Tenaga ini digunakan untuk menghasilkan satu sebatian kimia yang dipanggil Adenoisine Triphosphate atau ATP. ATP disimpan dalam semua sel otot. ATP seterusnya dibekalkan kepada sel-sel otot melalui tiga cara iaitu: (i) Melalui Sistem Anaerobik Alaktik (ATP-PC). (ii) Melalui Sistem Asid Laktik (Anaerobik). (iii) Melalui Sistem Oksigen (Aerobik).

SISTEM TENAGA

SISTEM ANAEROBIK ALAKTIK (ATP-PC)
Sistem anaerobic alaktik menghasilkan bahan kimia yang dipanggil phsphocreatine (ATP-PC). Sistem ini tidak memerlukan oksigen. Sumber ATP yang terhasil adalah sedikit untuk membekalkan tenaga dalam masa yang singkat iaitu lebih kurang 10 saat. Oleh sebab system ini paling pantas menghasilkan tenaga, maka system ini sesuai untuk aktiviti-aktiviti seperti melontar peluru, lari pecut, merejam lembing dan melempar cakera.


SISTEM ANAEROBIK LAKTIK (GLIKOLISIS/ASID LAKTIK)
Sistem anaerobic laktik menghasilkan bahan kimia melalui pemecahan makanan yang tidak lengkap kepada asid laktik. Sistem ini tidak memerlukan oksigen. Sumber ATPnya adalah sedikit dan terhad. Tahap maksimum sumber ini menghasilkan tenaga hanya di antara 2 hingga 3 minit (selepas system ATP-PC). Oleh itu, aktiviti yang sering menggunakan system ini ialah lari jarak sedarhana, badminton, dan permainan yang memerlukan larian jarak sedarhana.



SISTEM AEROBIK (OKSIGEN)
Sistem aerobic atau oksigen ini wujud apabila berlaku pemecahan yang lengkap makanan serta karbon dioksida dan air akan terhasil. Sistem ini berfungsi apabila sesuatu aktiviti berlanjutan sehingga 5 minit atau lebih. Sistem ini memerlukan oksigen dan menggunakan sumber karbohidrat, lemak dan protein dalam pembentukan tenaga.


Pengeluaran karbon dioksida dan air dan pembebasan tenaga dengan kehadiran oksigen dalam sistem aerobik


MEKANISME TENAGA
MAKANAN ATAU BAHAN KIMIA
KEPERLUAN OKSIGEN
JANGKA MASA

ATP


Aerobik

Glikogen
Lemak
Protein


Ya

Lebih daripada 3 minit

Asid Laktik



Anaerobik

Glikogen

Tidak

45 – 60 saat

Alaktik


Anaerobik

(ATP-PC)
Phosphocreatine


Tidak

5 – 10 saat

Sistem Tenaga : Siri 1



Tenaga boleh didifinisikan sebagai kesangupan dan keupayaan melakukan kerja atau untuk menghasilkan perubahan jisim. Kerja didifinisikan sebagai kebolehan menggunakan satu daya sepanjang jarak yang tertentu. Tenaga yang dibebaskan semasa melakukan aktiviti dikenali sebagai sebagai adenosine triphosphate (ATP), kemudian dipecahkan kepada tenaga yang lebih kecil iaitu adenosine diphosphate (ADP).

Dalam sistem tenaga, terdapat tiga sistem asas yang membolehkan ATP dibekalkan ke sel-sel otot untuk menghasilkan penguncupan otot dan pergerakan. Pecahan tenaga adalah tersiri daripada : Sistem Aerobik, Sistem Anaerobik dan Sistem Anaerobik Laktik.

Sistem Aerobik
Bagaimana ianya berfungsi?
Intensiti aktiviti akan menentukan sistem yang mana dicabar dan cara menghasilkan ATP untuk penguncupan otot. Glukosa ialah sumber tenaga ATP yang utama datang daripada tisu otot. Untuk menjalankan fungsinya, sistem tenaga memerlukan oksigen. Sistem ini dikenali sebagai sistem aerobik.

Sistem Anaerobik
Ianya merujuk kepada kemampuan individu melakukan sesuatu gerak kerja yang berat atau berintensiti tinggi pada satu masa yang singkat, contohnya tidak melebihi 90 saat. Latihan anaerobik dapat meningkatkan keupayaan otot-otot tertentu untuk membekalkan tenaga ATP-PC dengan kadar yang tinggi.

Sistem Anaerobik Laktik (ATP-PC)
ATP di Mayosin Cross Bridge diuraikan untuk memberi tenaga bagi penguncupan otot dan menjadi ADP. ATP diuraikan untuk menghasilkan tenaga dan ADP sehingga Creatin Phosphate (CP) habis ketika bersukan antara 5 hingga 10 saat. Tenaga ini digunakan untuk membuat sejenis sebatian kimia dikenali sebagai adenosine triphosphate dan disimpan di sel-sel otot dan digunakan untuk aktiviti yang diperlukan.

Ciri-ciri Umum Sistem Tenaga

SISTEM ASID LAKTIK
SISTEM ADENOSINE DIPHOSPHATE
SISTEM OKSIGEN
Cepat
Sangat cepat
Perlahan
Anaerobik – penghasilan ATP terhad
Anaerobik – penghasilan ATP sangat terhad
Anaerobik – penghasilan ATP tanpa terhad
Aktiviti jangka masa pendek ( 1-3 minit )
Aktiviti jangka masa singkat
Aktiviti jangka masa panjang

Langkah-langkan Untuk Meningkatkan Simpanan Sumber Tenaga
(i) Amalkan pemakanan yang seimbang (ii) pengambilan karbohidrat yang banyak (iii) Latihan yang seimbang dengan pengambilan makanan.
  
Kelesuan Otot
Menurut kajian, otot jenis fast twitch lebih cepat menjadi lesu berbanding dengan otot jenis slow twitch. Kelesuan otot adalah disebabkan oleh kapasiti glikoliti yang tinggi tetapi kapasiti aerobik yang rendah.  Komponen yang memeinkan peranan dalam kelesuan otot ialah: Sistem saraf; Mekanisme kegagalan pengecutan otot.

Antara faktor-faktor yang menyebabkan kelesuan otot ialah: Pengumpulan Asid laktik – asid laktik yang terkumpul dengan banyak di dalam otot mengakibatkan kewujudkan toksik. Keadaan ini menyebabkan kelesuan otot; Kekurangan Simpanan Glikogen Otot – aktiviti yang berpanjangan atau berterusan melibatkan kadar kerja yang banyak. Glikogen membantu dalam membekalkan pencapaian yang stabil tetapi peningkatan kadar glikogen pula tidak berkadar dengan peningkatan kadar kerja. Oleh itu, aktiviti yang berintensiti tinggi menyebabkan kelesuan otot; Kekurangan Oksigen – apabila tenaga diperlukan, otot-otot pada fasa pantas sistem akan mengeluarkan ATP tanpa oksigen. Keadaan ini akan menyebabkan otot-otot cepat lesu.

Perbandingan Otot Jenis Fast Twitch dan Slow Twitch


SIFAT
FAST TWITCH
SLOW TWITCH
Kelesuan
Cepat
Lambat
Kapasiti Aerobik
Rendah
Tinggi
Kapasiti Anaerobik
Tinggi
Rendah


SISTEM ANAEROBIK LAKTIK
Pergerakan sistem tenaga ini membawa kepada uraian dan pecahan glikogen atau glukosa dalam keadaan anaerobik untuk menghasilkan tenaga laktik atau ion hidrogen. Kehadiran ion hidrogen akan menjadikan otot berasid dan ini menjadi punca utama kelesuan otot.

Reaksi kimia dalam glikolisis anaerobik menghasilkan pyruvate dan laktik:


Oleh itu, penghasilan laktik bukan sahaja untuk bekalan tenaga tetapi sebagai tempat simpanan ion-ion hidrogen bagi melancarkan sistem bekalan tenaga.











Jumaat, 18 Mei 2012

Sistem Otot




Semua pergerakan merupakan hasil daripada penguncupan/kontraksi otot. Otot membantu pergerakan sendi dan tulang. Tisu otot menyumbangkan 40% hingga 50% berat tubuh dan mempunyai sel-sel khusus. Otot mempunyai ciri-ciri pergerakan tertentu. Otot berupaya menerima dan bergerak balas terhadap rangsangan.

Sifat-sifat Otot
Menguncup atau kontraktiliti; Mengendur dan relaksi; Regangan; Berubah bentuk pada asal msetelah mengalami kontraksi atau relaksi.

FUNGSI-FUNGSI OTOT
Semua penguncupan notot bergantung pada fungsi tulang, sendi dan otot yang melekat pada tulang. Tujuannya adalah untuk menjalankan aktiviti harian. Penguncupan otot juga menghasilkan haba dan mengekalkan postur badan. Otot terbahagi kepada tiga jenis iaitu : 
Otot Licin – bersifat involuntari; mempunyai gerakan di luar kawal; berbeza dengan otot jantung kerana tiada jalur; contoh, otot abdomen.
Otot Rangka – serat/fibernya boleh memanjang sejauh 30cm atau lebih; setiap seratnya dikelilingi oleh membran yang disebut sarkolama; Sarkolama dan miofilamen bergabung untuk menghasilkan pergerakan; contohnya otot muka.
Otot Jantung – bertindak tanpa rangsangan saraf; kuasa sistem saraf bergantung pada pengenduran dan penguncupan otot-otot kardiak mengikut keperluan tubuh; contohnya otot jantung.

Ciri-ciri Otot Rangka:
Kontraktiliti (memendek)
Ekstansibiliti (memanjang)
Eksitabiliti (bergerak balas terhadap rangsangan)
Elastiliti (pergerakan pelbagai arah)

PELEKATAN OTOT
Dua tempat perlekatan otot ialah:
Pelekatan Proksimal – pelekatan ini bersambung pada tulang yang tidak bergerak atau statik contohnya sendi bahu, pelekatannya adalah di tulang klavikal yang memegang otot Deltoid.
Pelekatan Distal – pelekatan yang bersambung pada tulang yang bergerak atau dinamik contohnya, sendi bahu, pelekatan distal adalah pada tulang Humerus.

INTERAKSI OTOT-OTOT DALAM PERGERAKAN RANGKA
Interaksi otot terbahagi 3 jenis iaitu:
Agonis - merupakan kumpulan otot-otot utama atau primer yang menghasilkan pergerakan.
Antagonis – merupakan kumpulan otot-otot yang bergerak bertentangan agonis.
Sinergis – bergerak dengan agonis. Sinergis berkerjasama dengan agonis untuk menyatukan daya pada perlekatan otot-otot.

PERANAN OTOT DALAM PERGERAKAN
Penguncupan Isometrik – penguncupan otot-otot yang statik dan tiada perubahan di dalam pemanjangan otot-otot. Ketegangan berlaku pada bahagian yang dihasilkan tetapi tiada pergerakan mekanikal contohnya, menolak dinding.

Penguncupan Isometrik


Penguncupan Isotonik – penguncupan otot yang menyebabkan otot-otot memendek apabila melakukan aktiviti. Menghasilkan pergerakan dinamik. Melakukan kerja penguncupan (konsentrik) dan pengembangan (esentrik) contohnya, mengangkat berat.


Penguncupan Isotonik

Penguncupan Isokinetik – Melibatkan penguncupan yang berbeza untuk melakukan pergerakan. Pergerakan otot mengikut bebanan yang boleh ditentang oleh otot contohnya aktiviti burpee.

Penguncupan Isokinetik

HALAJU PENGUNCUPAN OTOT
Fast Twich Muscle – digunakan oleh atlet pecut jarak dekat seperti 100 meter  dan 200 meter. Melibatkan sistem tenaga anaerobik iaitu asid laktik.
Slow Twitch Muscle – digunakan oleh atlet maraton jarak jauh dan melibatkan sistem tenaga aerobik iaitu oksigen.

Peratusan fiber otot slow twitch muscle






Featured post

Metos Makan Waktu Malam

  Makan malam buat anda gemuk? Tiada bukti secara saintifik  membuktikan kerap makan di waktu malam akan mengakibatkan seseorang itu mengala...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...