Disclaimer

MatriXwoo2 does not give any warranty on accuracy, completeness, functionality, usefulness or other assurances as to the content appearing in this blog. MatriXwoo2 disclaims all responsibility for any losses, damage to property or personal injury suffered directly or indirectly from reliance on such information.

Selasa, 7 Ogos 2012

Faedah Latihan daya Tahan Kardiovaskular




Faedah latihan kecergasan daya tahan kardiovaskular (DTK) tidak dapat dilihat dengan serta merta. Kesan dan faedahnya diperolehi sekiranya latihan dilakukan dalam satu jangka masa yang panjang dan berterusan mengikut prinsip-prinsip latihan. Antara kesan-kesan adaptasi fisiologi dan faedah yang berlaku daripada kesan tersebut apabila kita menjalani latihan DTK secara berterusan ialah ialah:
  • Berlaku hipertropi kardiak hasil daripada penebalan dinding dan pembesaran kaviti ventrikel jantung. Keadaan ini member faedah kepada peningkatan kekuatan jantung mengepam darah beroksigen dengan lebih banyak ke otot-otot. Aspek ini membantu dalam penghasilan tenaga untuk dibekalkan kepada otot-otot dan membolehkan kita berkerja dengan lebih lama secara maksimum.
  • Penurunan Kadar Nadi rehat (KNR) selepas menjalani program latihan kardiovaskular yang berpanjangan iaitu di antara 8 minggu sehingga 12 minggu. KNR ialah indicator kecergasan fizikal seseorang di mana individu sihat mempunyai KNR yang rendah. Individu yang mempunyai KNR yang rendah adalah lebih cergas berbanding individu yang mempunyai KNR yang lebih tinggi.
  • Mempercepatkan kadar nadi pemulihan (KNP). Apabila KNP berlaku dengan cepat, maka ianya akan membenarkan individu untuk meneruskan aktiviti selanjutnya.
  • Peningkatan isipadu strok dan output kardiak dalam seminit semasa individu menjalankan latihan. Keadaan ini  akan memberi faedah disebabkan peningkatan bekalan darah beroksigen ke otot-otot berlaku bagi membolehkan otot berfungsi dalam jangka masa yang agak lama secara maksimum.
  • Peningkatan kapilarisasi di otot-otot dan organ-orhan tubuh. Ini member faedah kerana oksigen dapat dibekalkan kepada otot yang berkerja dengan efisien untuk penghasilan tenaga dalam aktiviti DTO.
  • Penurunan tekanan darah sistolik dan distolik terutamanya semasa rehat bagi individu yang mempunyai tahap hipertensi yang rendah. Ini akan dapat mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular seperti hipertensi, penyakit jantung dan strok.
  • Peningkatan high density lipoprotein (HDL) dan penurunan low density lipoprotein (LDL) dan very low density lipoprotein (VLDL). Keadaan ini akan mengurangkan risiko penyakit yang berkaitan dengan saluran darah seperti atherosclerosis yang boleh membawa kepada penyakit hipertensi, strok dan jantung.
Semua faedah di atas dapat membantu kita meningkatkan tahap kecergasan, semasa dalam tugas harian atau di dalam acara sukan. Faedah-faedah tersebut akan terus dinikmati selagi kita terus giat berlatih bagi meningkatkan dan mengekalkan tahap kecergasan diri.
  
Info:
Tekanan darah sistolik – Terhasil daripada penguncupan ventrikel kiri jantung. Semasa rehat, purata tekanan ialah 120/70 mmHg. Keadaan ini menggambarkan keadaan jantung yang berkerja atau tekanan darah pada dinding arteri.

Tekanan darah distolik – Tekanan darah semasa jantung rehat anatara degupan. Purata bacaannya ialah 70/80 mmHg. Keadaan ini menggambarkan keefisienan darah mengalir dari arteriol ke kapilari darah.


Tiada ulasan:

Featured post

Metos Makan Waktu Malam

  Makan malam buat anda gemuk? Tiada bukti secara saintifik  membuktikan kerap makan di waktu malam akan mengakibatkan seseorang itu mengala...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...