Disclaimer

MatriXwoo2 does not give any warranty on accuracy, completeness, functionality, usefulness or other assurances as to the content appearing in this blog. MatriXwoo2 disclaims all responsibility for any losses, damage to property or personal injury suffered directly or indirectly from reliance on such information.

Rabu, 22 Jun 2011

NEWTON’S 3RD LAW : Low of Action and Reaction


Menyatakan bahawa bagi setiap aksi atau tindakan (action) akan terdapat satu tindakbalas (reaction) yang sama magnitud dari arah yang bertentangan. 

Kita boleh memaksimumkan daya yang diaplikasikan ke atas satu jasad melalui daya tindakbalas dari bumi. Untuk kesetabilan semasa tindakkan daya yang maksimum ini, kita perlu mengarah posisi badan ke arah pergerakan yang ditentukan. Semua acara sukan telah mengapilkaskan Hukum Ketiga Newton ini, dan digabungkan dengan prinsip biomakanik serta prinsip-prinsip kecergasan fizikal bagi maksimumkan pemindahan daya yang diharapkan.

Di dalam satu contoh acara sukan, prinsip ini telah diaplikasikan oleh pelari pecut semasa memulakan pecutan dengan kaedah crouch start. Mereka mengaplikasikan posisi pergerakan yang dapat mengenakan daya tindakan yang besar ke atas bumi agar satu daya tindak balas yang besar dapat dihasilkan. Daya tindakbalas inilah yang akan mempengaruhi gerakan permulaan pelari pecut.

Kenapakah kita sukar belari di tepi pantai berbanding di jalan raya? Perkara ini adalah disebabkan, butir-butir pasir yang longgar merupakan penyerap daya. 



PERTUKARAN MOMENTUM

Momentum boleh dihasilkan dan juga boleh diubah arah serta boleh dipindah dari satu tempat ket tempat yang lain. Sebagai contoh, pecutan tangan digunakan untuk menghayun raket tenis dan momentum yang dihasilkan itu dipindahkan kepada bola tenis dan seterusnya menukar arah pergerakan bola tenis tersebut.


Pemain rugby bertubuh kecil boleh bergerak lincah dan dapat mengelak dari pemain lawan yang jauh lebih besar. Ini disebabkan pemain yang bertubuh kecil mempunyai momentum yang lebih rendah bagi memudahkan baginya menukar arah pergerakan. Jisim yang lebih berat sukar digerakkan tetapi jika ianya digerakkan maka adalah sukar untuk mengubah arah atau mengehentikan pergerakannya. 


Momentum merupakan sifat yang ada pada setiap objek. Momentum berkadar terus dengan jisim serta berkadar terus dengan halaju. Sebagai contoh, dalam sukan gusti sumo Jepun, kedua-dua ahli gusti akan memecut ke arah pusat bulatan gelanggang dan sesiapa yang ditolak keluar dianggap kalah. Objektif sukan ini adalah untuk mengubah momentum diri dan pihak lawan, oleh itu jisim yang besar adalah penting dalam sukan ini.




Kedua-dua ahli gusti sumo akan bertembung di tengah-tengah bulatan gelanggang, dan kita menjangkakan ahli sumo yang berjisim lebih rendah akan ditolak keluar gelanggang, tetapi kedua-dua pihak tidak dapat menolak mana-mana pihak ke belakang. Ini disebabkan momentum selain bergantung kepada jisim tetapi ianya bergantung juga kepada halaju. Ini bermaksud mereka berlanggar dengan momentum yang sama. Memontum = mv. Sekiranya ahli gusti di sebelah kiri berjisim 246 kg dan halaju pergerakan 2.0 m/s, maka pihak lawan yang berjisim 123 kg perlulah menggandakan halaju pergerakannya iaitu 4.0 m/s atau lebih.


Selasa, 21 Jun 2011

NEWTON'S 2ND LAW : Law of Acceleration


Di kenali sebagai hukum pecutan (Law of Acceleration). Hukum ini menyatakan, apabila sesuatu objek dikenakan suatu daya, ia akan bergerak ke arah yang sama dengan daya berkenaan. Pecutan adalah berkadar terus dengan daya yang di kenakan dan berkadar songsang dengan saiz dan jisim objek tersebut.

Ciri-ciri hukum ini ialah: (i) F (daya); (ii) Jisim (m); (iii) Pecutan (a) dan hubungan antara ciri-ciri tersebut ialah F = ma
Hukum pecutan ini amat penting kerana di dalam sukan, setiap atlet sering menggerakkan tubuh mereka bersama peralatan seperti raket, lembing, cakera, bola dan sebagainya. Atlet perlu tahu apakah kesan penggunaan hayunan yang lembut berbanding dengan hayunan yang keras dan kuat. Umpamanya, adakah raket atau bola boling yang berat lebih berkesan berbanding yang lebih ringan?

Inersia juga berkadar langsung dengan berat  sesuatu peralatan sukan yang digunakan. Maka raket atau bola boling yang lebih berat adalah lebih sukar diubah kedudukan dan pecutannya. Peralatan sukan yang lebih berat, lebih sukar untuk dihayun, dilontar atau diputarkan tetapi jika ianya digerakkan, peralatan tersebut mempunyai momentum yang lebih besar. Begitu juga dengan atlet bertubuh besar, gerakan mereka adalah lebih sukar untuk diubah arah atau dihentaikan.

Dari persamaan ini, adalah jelas bahawa momentum (daya) yang dihasilkan dalam satu hayunan raket tenis adalah bergantung kepada berat raket dan pecutan raket berkenaan (kekuatan hayunan tangan). Raket yang berat adalah sukar dihayun tetapi tidak banyak tenaga diperlukan untuk menghasilkan pukulan yang sama kencang dengan sebatang raket yang lebih ringan (hayunan lebih kuat dan tenaga lebih banyak diperlukan). Ramai pemain tenis profesional menggunakan raket yang lebih berat kerana otot-otot tangan mereka lebih kuat untuk menghayun raket yang lebih berat dan dengan itu berkebolehan membuat pukulan bola yang lebih kencang dengan lebih mudah. 

Pemilihan raket berat biasanya digunakan oleh pemain yang gemar bermain secara rali di garisan belakang kerana dengan menggunakan raket yang berat, pemain tersebut tidak akan membebankan dan seterusnya mencederakan otot-otot tangannya untuk melakukan beratus-ratus pukulan dari garisan belakang di dalam satu-satu kejohanan Grand Slam. 

Bagi pemain profesional yang gemar bermain secara menyerang ke arah net, mereka akan memilih raket yang lebih ringan kerana raket yang lebih ringan dapat digerakan dengan lebih mudah dan pantas. Selain itu, pemain-pemain ini mempunyai kekuatan otot-otot tangan yang lebih kuat yang membolehkannya menghayun raketnya dengan lebih pantas untuk menghasilkan pukulan bola yang kuat. 

Momentum hanyunan raket akan di alih kepada bola dan saiz momentum inilah yang menentukan halaju bola tersebut. Momentum bergantung kepada jisim dan halaju bola berkenaan. Halaju pula ditentukan oleh daya yang digunakan untuk menggerakan bola tersebut.


Isnin, 20 Jun 2011

NEWTON'S FIRST LAW (Law of Inertia)

Dikenali juga sebagai Hukum Inersia : Sesuatu jasad akan kekal pegun atau terus bergerak secara seragam dalam satu arah kecuali apabila ada daya bertindak ke atas jasad itu dan akan berlaku keadaan terhadap jasad tersebut. 


Hukum ini merujuk kepada rintangan terhadap sebarang perubahan yang berkaitan dengan pergerakan. Daya yang diperlukan untuk memeulakan pergerakan, menghalang pergerakan, memecut sesuatu objek, menukar arah pergerakan atau menghenti pergerakan.


Ciri-ciri Inersia ialah : Satu jasad sentiasa berkeadaan pegun tidak akan bergerak dengan sendirinya; Sesuatu jasad akan bergerak apabila satu daya dikenakan ke atasnya; Satu jasad berkeadaan pegun mempunyai kadar pergerakan sifar dan tiada arah sementara jasad yang bergerak mempunyai kadar pergerakan dan arah; Inersia ditakrifkan sebagai sifat semula jadi pada jasad untuk menentang perubahan terhadap keadaan asalnya sama ada pegun atau bergerak; Inersia sesuatu jasad mempunyai hubungan yang rapat dengan jisimnya.


Aplikasi Newton's First Law di dalam aktiviti sukan olahraga ialah, sebelum memulakan larian, atlet berada di dalam keadaan static. Semasa memulakan pecutan, daya dari otot kaki akan membolehkan atlet memecut dari keadaan statik.

 


Di dalam bola sepak pula, sebiji bola akan sentiasa pegun sehingga digerakkan oleh sepakkan pemain mengikut arah lurus sehingga dipaksa menukar sifat pergerakannya oleh daya-daya persekitaran, seperti rintangan angin, geseran daripada permukaan padang dan sebagainya. Satu jumlah daya yang lebih besar diperlukan untuk mengatasi inersia serta daya rintangan dan daya geseran bagi membolehkan bola tersebut terus bergerak.





Rabu, 15 Jun 2011

KHASIAT TELUR : Siri 2






Telur merupakan sejenis makanan yang mempunyai khasiat yang amat tinggi. 

Jika kita dihidangkan dengan telur hancur, telur mata lembu, telur separuh masak atau telur pindang semasa sarapan pagi, itu adalah sangat bagus dan amat baik kepada kesihatan tubuh. 

Lumrah bagi masyarakat Melayu tradisional yang tinggal di kampung-kampung, biasanya sarapan pagi akan dimulakan dengan sajian yang agak berat dan sudah semestinya nasi lemak berlaukkan sambal tumis dan telur rebus. 

Pengambilan sumber protein tinggi dari telur bersama karbohidrat dari nasi lemak akan meningkatkan jumlah kalori dan seterusnya akan memberi faedah kepada masyarakat Melayu memulakan waktu pagi mereka dengan “kerja berat”

Di dalam sebiji telur terkandung Choline yang sangat diperlukan untuk membentuk “neurotransmitter” Acettylcholine dan sangat mustahak untuk memory atau daya ingatan dan thought atau pemikiran serta melindungi kita dari nyanyuk termasuk penyakit Alzheimer. 

Jadi telur, seperti ikan adalah baik untuk pembangunan otak dan “makanan otak” yang sangat baik. 

Selain itu, di dalam sebiji telur juga, mengandungi phosphatidylcholine yang merupakan bahan asas membrane sel dan kebanyakan metabolisma dalam hati berlaku di membrane sel, ianya membantu melindungi hati daripada pelbagai jenis toksin. 

Lutein juga terdapat di dalam sebiji telur amat baik untuk mata kita di mana lutein yang terdapat di bahagian retina khususnya ‘macula’ yang melindungi mata daripada kesan buruk high energy blue wavelengths dalam Matahari dan lampu rumah.

Bagi sesiapa yang ingin kelihatan anggun dan cantik macam Nasha Aziz dan untung-untung akan dapat memikat si jejaka tampan atau situa kaya, kandungan sulfur yang tinggi di dalam kuning telur akan menyehatkan serta mencantikkan kuku dan rambut. 

Selepas ini jangan dibazirkan bahagian kuning telur dengan hanya memakan bahagian albuminnya sahaja, kuning telur selain lebih enak dan lazat, ianya juga mempunyai banyak khasiat (baca juga siri satu).


Betapa anggun dan seksinya si jelita ini ... sudah semastinya makanan kegemarannya ialah "telur"
(2005), kajian oleh Cancer Epidemilogy Biomarkers and Prevention berkaitan kanser payu dara di kalangan perempuan berbangsa Cina yang berhijrah dari Tanah Besar ke Hong Kong dan seterusnya ke USA mendapati: Mereka yang makan banyak sayur dan buah-buahan kurang mendapat kanser payu dara.

Tiada kejutan dengan fakta ini, tetapi mereka yang makan banyak telur ayam juga kurang berkemungkinan mendapat kanser payu dara. 

Yang memakan sebanyak enam biji telur ayam seminggu dibandingkan dengan mereka yang memakan dua biji telur ayam seminggu didapati merendahkan risiko kanser payu dara sebanyak 44% .

Begitu berkhasiatnya kandungan nutrien di dalam sebiji telur, tetapi ingat! 

Jangan amalkan memakan telur masin kerana ianya membawa mudarat pulak kepada pengamalnya.

Selasa, 14 Jun 2011

KHASIAT TELUR : Siri 1


Jika kita pergi ke jemputan kahwin, kita akan diberi bunga telur atau sebiji telur terutamanya kepada tetamu “istimewa”. 

Ini menunjukkan betapa telur mempunyai martabat yang amat tinggi di kalangan masyarakat Melayu. 

Mungkin secara kebetulan sahaja, adat orang-orang Melayu menjadikan telur sebagai lambing kepada kesuburan dan kekayaan terutamanya kepada sepasang suami isteri yang akan menempuh alam rumahtangga. 

Zaman dahulu masyarakat Melayu sebenarnya mengetahui betapa berkhasiatnya telur dan menjadikan ianya sebagai komiditi yang sangat berharga. 

Setiap ayam betina peliharaan, akan dibuatkan “tarang” iaitu berupa sarang untuk ayam-ayam peliharaannya bertelur dengan selesa. 

Ayam yang sedang bertelur akan ‘ditatang seperti minyak yang penuh” 

Ramai orang takut memakan telur kerana keinginan mereka untuk kekal langsing atau dengan kata terus-terangnya ‘takut gemuk’. 

Jika mereka ingin memakan telur, mereka akan memakan bahagian putih telur sahaja sementara bahagian kuning telur akan dibazirkan begitu sahaja. 

Hipotisis mereka mengatakan, dengan memakan bahagian kuning telur, tubuh mereka akan bertambah “montel” di sebabkan kandungan kolestrol yang dikatakan tinggi. 

Mereka telah terbawa-bawa dengan kaedah ujikaji matapelajaran sains di dalam makmal semasa di bangku sekolah, di mana kuning telur akan diletakkan di atas kertas surih dan didedahkan kepada cahaya Matahari. 

Keputusannya, kertas surih tersebut akan menyerap minyak dari kuning telur. 

Chegu yang mengajar sains tersebut terus membuat keputusan bahawa kuning telur mengandungi banyak minyak, dan seterusnya mengandungi banyak lemak dan seterusnya boleh memudaratkan tubuh badan dan akhir sekali telur kuning merupakan makanan yang tidak baik untuk kesihatan. 

Kemungkinan itulah yang menyebabkan tanggapan nagetif saya dan sebahagian besar dari masyarakat kita terhadap kuning telur.

Zaman serba moden ini, setelah dibuat kajian dan telah diujikaji di dalam makmal, telur ayam sememangnya merupakan satu-satunya makanan semula jadi yang sangat berkhasiat dan juga antara sumber protein yang paling baik di muka bumi ini.   

Dalam tiga daripada empat kaedah saintifik yang lazim diguna untuk mengukur kualiti protein, telur memperolehi skor yang jauh lebih tinggi dari sumber-sumber protein lain seperti susu, daging lembu, daging kambing, daging khizir, whey, malt dan soya. 


Selain daripada mengandungi kesemua sembilan asid amino, 15 jenis vitamin dan kolestrol kuning telur mengandungi tujuh nutrient istimewa antaranya: 

  • Cholin dan Phosphatodylcholine – memelihara kesihatan otak, jantung hati dan membrane sel. 
  • Lutin dan Zeoxanthin – memelihara kesihatan mata; Sulfur – memelihara kesihatan rambut dan kuku.
  • Selenium dan Transfer Factor _ menguatkan immunity untuk melawan kanser

Telur, makanan yang paling berkhasiat, lazat dan amat ringkas untuk disediakan di dalam sajian seharian. Dulu semasa di kolej, ianya merupakan menu utama bersama mee segera, cepat dimasak dan sedap dimakan dan jimat belanja. Tidak ada rakan-rakan kita yang gemuk dan mati disebabkan kerap memakan telur dan sehingga sekarang sihat walafiat... yang penting bersenam.


Sebenarnya kuning telur mempunyai banyak khasiat dan menafaat kepada tubuh. Di dalam bahagian kuning telur terkandung choline dan phosphytidylcholine yang membantu mengelak longgokan kolestrol dan lemak di dalam hati dan pembuluh darah. 

Choline juga membentuk metabolite dipanggil betaine yang berfungsi mengurangkan homocystin, salah satu faktor yang menyebabkan serangan jantung. 

Menurut Havard Medical School Guide to Healthy Eating, tidak pernah ada penyelidikan yang menunjukkan bahawa orang memakan telur dengan banyak mendapat lebih banyak serangan jantung daripada orang yang memakan sedikit telur. 

Jadi selepas ini, janganlah dibazirkan kuning telur tersebut, gaulkan dengan nasi panas bersama kichap soya…..mmmm betapa lazatnya sehinggakan mak mertua garang lalu kat belakaang kita tak nampak.


Inilah dia Nasi Lemak dengan Sambal Tumis dan Telur Mata Lembu makanan kebanggaan masyarakat Melayu turun-temurun. Dahulu menjadi penyambung tenaga untuk berkerja mengerah kudrat empat kerat. Sekarang dikata penyebab utama murid-murid di Malaysia menjadi gemuk pulak.

STREES DAN KECEDERAAN SUKAN


Kecederaan merupakan masalah di dalam sukan. Kalau setiap atlet mengalami bonggolan, lebam dan luka lalu berhenti bermain, maka mereka tidak akan mencapai prestasi maksimum mereka. Stress mereka akan bertambah parah apabila relitinya terdapat ramai lagi atlet boleh mengambil alih tempatnya. Setiap atlet dalam menguruskan kebimbingan dan stress akibat kecederaan harus memahami proses kecederaan dan pemulihan. 





Berikut adalah bagaimana proses sebelum dan selepas kecederaan berlaku kepada seseorang:





Preinjury
Dalam tempoh preinjury banayak kajian menunjukkan, kecederaan bukan sekadar kemalangan tetepi diakibatkan oleh kemuncak beberapa faktor termasuk kehilangan kosentrasi, tekanan prestasi dan keletihan. Jika terdapat mengenalpasti faktor-faktor preinjury, beritahu pembimbing psikologi semasa program rawatan dan pemulihan.


 

Immediate Postinjury
Tempoh immediate posinjury merupakan fasa fear (takut) dan denial (penafian) bersama kesakitan segera dan kehilangan upaya (Rottela dan Heyman and others, 1986). Waktu ini atlet memerlukan satu diagnosis yang tepat, satu penerangan yang lengkap dari diagnosis, satu cadangan program rawatan dan anggaran tempoh rawatan (Steadman, 1981). Tujuannya ialah untuk membolehkan atlet mengawal dan memainkan peranan penting dalam pasukan pemulihan.


  

Treatment and Implementation
Proses treatment and implementation akan menjadi senang jika kedua-dua tempoh di atas diurus dengan memuaskan. Atlet, agen, pengurusan dan keluarga harus memahami bahaya menerima dan menolak rawatan. Keberkesanan rawatan hanya berlaku apabila atlet dimaklumkan dengan pilihan yang ada dan memahami risiko yang terlibat.





Pre Operatif (Early Stoperative Rehabilititation)
Dalam fasa segera pos operatif, pasukan rawatan harus member perhatian yang lebih kepada atlet kerana atlet dipengaruhi oleh faktor-faktor psikologi yang akan member kesan ke atas hasil rawatan (Chapman & Turner, 1986). Dari sudut fizikal dan psikologi adalah perlu memulakan satu matlamat program rawatan (Fordyee, Brockway, Bergman & Spengler, 1986).


 

Pos Operatif (Late Stoperative Rehabilititation)
Dalam fasa pos operatif late stoperative rehabilitation, kerja yang sukar dan membosankan dari rawatan member kesan pada pemulihan. Pakar perubatan harus mambantu atlet dan perubatan sukan menjalankan program rawatan secara langsung dan berterusan. Teruskan operasi matlamat, bekalkan peningkatan aktiviti berkaitan informasi kepada atlet yang masih cedera itu dan benarkannya berasa terkawal sepanjang pemulihan ini. Tujuannya adalah untuk mengelakkan diri atlet daripada stress yang keterlaluan dan boleh membantutkan usahanya untuk maju ke hadapan.



Pengkhususan
Tempoh pengkhususan kurang mencabar secara psikologi kerana ia merupakan penghujung rawatan pemulihan latihan dan senaman yang khas dijalankan. Dalam tempoh ini atlet memerlukan jaminan bahawa mereka akan kembali untuk bermain dan sekali lagi mencapai kejayaan. Atlet mungkin takut kejayaan tidak akan berlaku, maka memerlukan pengukuhan psikologi untuk bersedia dan terus menekankan matlamat yang boleh dicapai (Danish, 1986). 






Return to Play
Semasa tempoh kembali untuk bermain, atlet memerlukan bimbingan psikologi kerana: Perasaan takut disebabkan terlalu lama meninggalkan sukan, khususnya ia tidak dikukuhkan dengan kejayaan pada permulaaan pemulihan; Perasaan rakan seperjuangan telah mendahuluinya; Walaupun program rawatan dirangka untuk memulihkan kembali untuk bermain, ketidak hadiran dalam latihan harian dalam sukan akan mewujudkan kembimbangan realistic yang lain.




Jumaat, 10 Jun 2011

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERANCANGAN PEMAKANAN ATLET

Perancangan pemakanan atlet perlu diambil kira kerana ianya memainkan pengaruh yang cukup besar terhadap prestasi atlet. 

Prestasi atlet dapat dipertingkatkan ke tahap optmum dengan diet pemakanan dan jumlah kalori yang seimbang. 

Jumlah kalori yang perlu diambil adalah mengikut kesesuaian atlet seperti di altitud tinggi, intensiti latihan, saiz badan atlet, iklim (sejuk atau panas serta humiditi, jangka masa latihan dan pertandingan serta tahap kecergasan atlet. 

Atlet yang berlatih di altitud tinggi memerlukan kira-kira 600 -1600 kilo kolari tambahan sehari. 

Pecahan nutrien utama makanan yang seharusnya disediakan ialah 55% karbohidrat, 30% lemak dan 15% protein.

Makan makanan segera yang mengandungi kalori yang tinggi amat penting disebabkan jumlah masa meningkat dua kali ganda bagi setiap peningkatan ketinggian 5000 kaki dari aras laut. 

Mengambil lebih zat besi amat perlu bagi menggalakan pengangkutan O2 dan menambahkan selera makan. Keperluan cecair badan adalah dua kali ganda daripada keperluan normal iaitu kira-kira 5-6 liter.

Bagi pendaki, ia memerlukan 5000 - 6000 kilo kalori sehari. Beraksi pada suhu sejuk juga melibatkan penggunaan tenaga yang tinggi iaitu lebih kurang 10 - 11 kcl/minit. 

Cuaca sejuk akan meningkatkan penggunaan tenaga sebanyak 2.5 kali ganda, peningkatan oksidasi karbohidrat adalah 5.9 kali ganda iaitu kira-kira 51% jumlah tenaga keseluruhan. 

Peningkatan oksidasi lipid adalah sebanyak 1.6 kali ganda iaitu 39% jumlah tenaga keseluruhan. 

Di dalam keadaan cuaca panas, pengaliran keluar cecair badan berlaku dengan cepat antara 0.7 - 2 liter/jam. 

Atlet maraton atau ultra endurance akan kehilangan 5 - 10% jumlah cecair badan. Dehidrasi akan berlaku kerana denyutan nadi dan suhu badan meningkat, isipadu plasma menurun dan pengaliran darah ke otot dan kulit menurun. 

Atlet disarankan menggantikan dengan cecair badan yang hilang bertujuan air merupakan pengangkut nutrien seperti glukosa ke otot-otot, mengenyahkan sisa metabolisme melalui kencing serta mengurangkan kesan haba di kulit melalui perpeluhan. 

Pemakanan yang dirancang hendaklah sesuai dengan intensiti latihan atau sesuatu jenis sukan. 

Biasanya makanan berfiber tinggi dapat membekalkan tenaga yang banyak kepada atlet. 

Jangka masa latihan juga memerlukan perancangan pemakanan yang seimbang. 

Atlet yang melibatkan jenis sukan aktif memerlukan jumlah kalori yang lebih banyak berbanding jenis sukan yang kurang aktif serta atlet lelaki memerlukan jumlah kalori yang lebih berbanding atlet wanita.

Khamis, 9 Jun 2011

KEMAHIRAN MOTOR



Perkembangan Motor meliputi perkembangan yang berlaku dari peringkat bayi hingga tua. Tahap pemerolehan kemahiran motor merujuk pencapaian sesuatu kemahiran motor secara konsisten. Fitts and Pasner (1957), Kemahiran Motor dibahagi kepada tiga tahap: Kognitif – merupakan tahap utama yang bergantung pada kognitif atau penakulan individu. Proses ini berlaku bila individu menerima arahan atau tunjuk ajar dari koordinator. Contoh, seorang atlet lompat jauh ingin memulakan lompatannya. Sebelum lompatan dilakukan, atlet tersebut mesti mengetahui fasa-fasa dan teknik-teknik lompatan yang akan dilakukannya; Asosiatif – merupakan tahap kedua di mana individu itu belajar dan bersedia untuk melakukan aksi. Pada tahap ini, kognitif berkoliberasi dengan fizikal untuk melakukan sesuat aksi setelah mendapat gerak balas dari koordinator; Autonomi – merupakan peringkat terulung dalam kemahiran motor. Pada peringkat ini, individu sudah menguasai sepenuhnya sesuatu kemahiran dan seterusnya boleh bertindak secara automatik untuk melaksanakan sesuatu aksi. Feed Back dalam pembelajaran kemahiran motor terdiri daripada intrinsic feed back (daripada deria, contohnya kesakitan daripada kecederaan atau tekanan) dan ekstrinsic feed back (dari luaran, contohnya komen dari koordinator)

Rabu, 8 Jun 2011

ASAS KAWALAN MOTOR


Kawalan Motor merupakan bidang kajian berkaitan pergerakan atau tindakan  yang dapat dihasilkan dengan adanya kemampuan seseorang individu. Sistem tubuh badan adalah berkaitan rapat dengan unsur persekitaran untuk menghasilkan pergerakan yang sempurna. Antara faktor-faktor yang mempengaruhi system tubuh adalah : Visual – melibatkan rangsangan yang dihasilkan oleh reseptor sensori; Vestibular – berpusat pada organ telinga yang mengawal system keseimbangan selain otak; Kinestatik – melibatkan tindakan antara fizikal dengan system saraf pusat juga dikenali sebagai somatosensori. Peranan persekitaran dalam kawalan motor terbahagi kepada:   Rangsangan – berbentuk maklumat yang dikesan daripada persekitaran di mana rangsangan disalurkan melalui reseptor sensori; Daya Fizikal – wujud secara natural di mana penghasilannya bergantung pada cara memanipulasikan daya.Rangsangan yang wujud daripada persekitaran dapat ditafsirkan oleh sistem persepsi. Sistem ini berbeza antara atlet elit dengan atlet novis. Contohnya, di dalam permainan bola futsal, seorang penyerang telah menerima bola pada sudut yang sukar untuk menjaringkan gol. Sekiranya pemain itu mempunyai banyak pengalaman dan berkemahiran tinggi maka dia dapat bertindak dengan bijak untuk menjaringkan gold dan sebaliknya. Sistem Aksi dapat direalisasikan oleh system persepsi. Setelah mentafsir rangsangan yang diterima, system biologi merangsang system aksi untuk bertindak balas dengan cepat dan bijak tetpi bergantung pada penguasaan kemahiran motor oleh atlet terlibat.


Selasa, 7 Jun 2011

SISTEM PEREDARAN DARAH


Kitaran pulmonary merupakan pengaliran darah daripada jantung ke paru-paru dan balik semula ke jantung. Dalam kitaran pulmonary, daah teroksigen dari ventrikel kanan dipam ke paru-paru melalui arteri pulmonary. Dalam paru-paru pertukaran gas akan berlaku dimana CO2 akan dibebaskan dan O2 akan diserap dan bergabung dengan hemoglobin iaitu darah beroksigen. Darah beroksigen memasuki atrium kiri melalui vena pulmonary dan masuk ke ventrikel kiri melalui injap bicuspid.



Kitaran Sistemik merupakan pengaliran darah daripada jantung ke semua organ badan dan balik semula ke jantung. Dalam kitaran sistemik, darah beroksigen dipamkan dari ventrikel kiri ke dalam aorta untuk dihantar ke seluruh bahagian badan kecuali paru-paru. Di dalam tisu-tisu badan pertukaran gas akan berlaku. Oksihemoglobin akan diuraikan dan O2 akan dibebaskan ke tisu-tisu badan. CO2 dari tisu-tisu badan diserap dan bergabung dengan hemoglobin untuk membentuk karbaminohemoglobin iaitu darah terdeoksigen. Darah terdeoksigen dari seluruh bahagian badan dibawa balik ke jantung melalui vena kava masuk ke atrium kanan dan dipam ke dalam ventrikel kanan.







SISTEM KARDIORESPIRATORI


Sistem Kardiorespiratori ini melibatkan gabungan antara system kardiovaskular dengan system respiratori. Sistem kardiorespiratori melibatkan peresapan O2 dalam darah dan pembebasan CO2. Komponen system ini melibatkan salur pernafasan yang membantu di dalam pertukaran gas secara resapan di dalam alveolus. Bahagian dalam salur pernafasan iaitu nasal, farinks, larinks dan trakea yang menyokong system pernafasan. Paru-paru pula terdiri daripada dinding alveolus yang membantu system respirasi.



Di dalam System Respiratori, trakea bercabang membentuk bronkus kanan dan bronkus kiri. Bronkus pula dilapisi oleh tisu-tisu epithelium dan di atas permukaannya terdapat unjuran rerambut halus yang berfungsi menghalang zarah-zarah kecil seperti debu dan habuk daripada masuk ke paru-paru. Dari bronkus, saluran udara terus bercabang-cabang sehingga akhirnya membentuk bronkiol iaitu saluran udara paling halus. Pertukaran gas hanya berlaku di alveolus. Setiap alveolus dikelilingi oleh kapilari darah. Melalui kapilari ini, darah membebaskan CO2 ke dalam alveolus untuk dihembus keluar. Pada waktu yang sama, darah yang mengandungi hemoglobin mengikat O2 dari udara sedutan untuk di bawa ke sel-sel. Di dalam sel-sel, O2 dilepaskan dan digunakan oleh sel bagi menghasilkan tenaga, sementara CO2 dikeluarkan. CO2 itu seterusnya di hantar ke paru-paru untuk dihembus dan proses ini terjadi secara berulang-ulang.



Di dalam System Kardiovaskular, jantung terletak di bahagian rongga dada antara dua paru-paru yang dibina daripada otot-otot kardium. Jantung terbahagi kepada ruang kiri dan ruang kanan oleh septum serta terdiri daripada empat ruang iaitu atrium kiri, atrium kanan, ventrikel kiri dan ventrikel kanan. Aterium kiri dan atrium kanan terletak di bahagian atas jantung dan lebih kecil serta mempunyai dinding yang lebih nipis daripada ventrikel. Ventrikel kiri mempunyai dinding yang lebih tebal dari ventrikel kanan disebabkan ventrikel kiri perlu mengepam darah berO2 ke seluruh bahagian badan manakala ventrikel kanan hanya perlu megepam darah ke paru-paru sahaja. 


Injap tricuspid mengasingkan atrium kanan daripada ventrikel kanan manakala injap bicuspid mengasingkan atrium kiri daripada ventrikel kiri. Kedua-dua fungsi injap adalah bagi menghalang darah daripada mengalir semula ke dalam atrium apabila ventrikel menguncup. Injap sabit pula yang terletak di bahagian aorta dan di bahagian arteri pulmonary menghalang daripada darah mengalir balik ke dalam ventrikel. Salur darah jantung pula terdiri daripada tiga jenis iaitu arteri, vena dan kapilari.



Ahad, 5 Jun 2011

IMBANGAN CECAIR DAN ELEKTROLIT


Air penting untuk mengekalkan peredaran darah dan isipadu cecair badan yang normal supaya otot-otot dapat berfungsi dengan lebih efisien. 

Aktiviti sukan yang berpanjangan mengeluarkan peluh yang berlebihan dan air yang hilang itu perlu diganti dengan segera. 

Rasa haus merupakan indicator yang menunjukkan badan telah kehilangan air yang banyak. Minum air 500ml - 600 ml (1-2 gelas) yang telah disejukkan 15 minit sebelum melakukan aktiviti fizikal atau sebelum besukan dan air yang mencukupi dalam badan serta air sejuk dapat mempercepatkan proses penyerapan. 

Air yang disejukkan juga dapat mengurangkan berlakunya kekejangan otot. 

Air buah-buahan, air berbikarbornat dan minuman isotonic boleh diminum sekiranya sesi aktiviti fizikal atau sesi sukan melibihi 90 minit. 

Walau bagaimanapun, kandungan minuman berbikarbornat tidak melebihi 10% dan air buah-buahan perlu dicairkan dengan 2 bahagian air biasa kerana ini akan akan menggangu proses percernaan yang boleh mengakibatkan gangguan perut. 

Semasa terlibat di dalam sesuatu aktiviti sukan, badan akan kehilangan air melalui proses radiasi matahari, udara atmosfera yang lembab serta proses konduksi yang melibatkan jasad dengan permukaan tanah. 

Imbangan cecair dan elektrolit dalam badan perlu diimbang dari semasa ke semasa. Kekurangan cecair atau sebaliknya boleh menurunkan prestasi seseorang atlet. 

Antara faktor-faktor yang mempengaruhi pengambilan elektrolit ialah:

  • Lokasi latihan : permukaan tanah yang berbeza memerlukan keperluan cecair yang banyak. (permukaan simen memerlukan cecair badan yang lebih kerana haba dari permukaan melibatkan proses konduksi berbeza dengan permukaan rumput)
  • Suhu : suhu yang panas memerlukan elektrolit yang banyak
  • Intensiti : intensity latihan yang berat dan berpanjangan mengkehendaki keperluan cecair yang banyak. Kandungan dan pengambilan elektrolit yang seimbang dapat mengimbangi kandungan plasma darah. Cecair badan dapat melicinkan lagi system peredaran darah dan sekiranya system ini berjalan lancer makan nutrient dan O2 dapat dihantar ke seluruh badan dengan lebih baik. Jika berkurangan, maka suhu badan akan naik dan boleh mengakibatkan Heat Stroke.

Featured post

Metos Makan Waktu Malam

  Makan malam buat anda gemuk? Tiada bukti secara saintifik  membuktikan kerap makan di waktu malam akan mengakibatkan seseorang itu mengala...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...