Disclaimer

MatriXwoo2 does not give any warranty on accuracy, completeness, functionality, usefulness or other assurances as to the content appearing in this blog. MatriXwoo2 disclaims all responsibility for any losses, damage to property or personal injury suffered directly or indirectly from reliance on such information.

Selasa, 7 Jun 2011

SISTEM KARDIORESPIRATORI


Sistem Kardiorespiratori ini melibatkan gabungan antara system kardiovaskular dengan system respiratori. Sistem kardiorespiratori melibatkan peresapan O2 dalam darah dan pembebasan CO2. Komponen system ini melibatkan salur pernafasan yang membantu di dalam pertukaran gas secara resapan di dalam alveolus. Bahagian dalam salur pernafasan iaitu nasal, farinks, larinks dan trakea yang menyokong system pernafasan. Paru-paru pula terdiri daripada dinding alveolus yang membantu system respirasi.



Di dalam System Respiratori, trakea bercabang membentuk bronkus kanan dan bronkus kiri. Bronkus pula dilapisi oleh tisu-tisu epithelium dan di atas permukaannya terdapat unjuran rerambut halus yang berfungsi menghalang zarah-zarah kecil seperti debu dan habuk daripada masuk ke paru-paru. Dari bronkus, saluran udara terus bercabang-cabang sehingga akhirnya membentuk bronkiol iaitu saluran udara paling halus. Pertukaran gas hanya berlaku di alveolus. Setiap alveolus dikelilingi oleh kapilari darah. Melalui kapilari ini, darah membebaskan CO2 ke dalam alveolus untuk dihembus keluar. Pada waktu yang sama, darah yang mengandungi hemoglobin mengikat O2 dari udara sedutan untuk di bawa ke sel-sel. Di dalam sel-sel, O2 dilepaskan dan digunakan oleh sel bagi menghasilkan tenaga, sementara CO2 dikeluarkan. CO2 itu seterusnya di hantar ke paru-paru untuk dihembus dan proses ini terjadi secara berulang-ulang.



Di dalam System Kardiovaskular, jantung terletak di bahagian rongga dada antara dua paru-paru yang dibina daripada otot-otot kardium. Jantung terbahagi kepada ruang kiri dan ruang kanan oleh septum serta terdiri daripada empat ruang iaitu atrium kiri, atrium kanan, ventrikel kiri dan ventrikel kanan. Aterium kiri dan atrium kanan terletak di bahagian atas jantung dan lebih kecil serta mempunyai dinding yang lebih nipis daripada ventrikel. Ventrikel kiri mempunyai dinding yang lebih tebal dari ventrikel kanan disebabkan ventrikel kiri perlu mengepam darah berO2 ke seluruh bahagian badan manakala ventrikel kanan hanya perlu megepam darah ke paru-paru sahaja. 


Injap tricuspid mengasingkan atrium kanan daripada ventrikel kanan manakala injap bicuspid mengasingkan atrium kiri daripada ventrikel kiri. Kedua-dua fungsi injap adalah bagi menghalang darah daripada mengalir semula ke dalam atrium apabila ventrikel menguncup. Injap sabit pula yang terletak di bahagian aorta dan di bahagian arteri pulmonary menghalang daripada darah mengalir balik ke dalam ventrikel. Salur darah jantung pula terdiri daripada tiga jenis iaitu arteri, vena dan kapilari.



Tiada ulasan:

Featured post

Metos Makan Waktu Malam

  Makan malam buat anda gemuk? Tiada bukti secara saintifik  membuktikan kerap makan di waktu malam akan mengakibatkan seseorang itu mengala...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...